Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Friday, May 31, 2013

Kicauan Burung yang Menjengkelkan

Assalamualaikum and Hai!

Aku sebenarnya cukup tak berkenan dengan bunyi loceng rumah dekat negara ni. Bunyi burung. Burung serindit ke, burung merak ke, burung murai ke, entah aku tak tahu. Annoyed!

Kalau fikir logik, sepatutnya bunyi kicauan burung itu mendamaikan. Terbayang waterfall, sungai, burung terbang-terbang, lagu ala-ala Kitaro gitu... Ah tapi loceng rumah bunyi kicauan burung itu jadi igauan aku. Hampir semua rumah dekat sini, bunyi loceng rumah sama. Takda "Ting Tong" macam kat Malaysia or kat US or kat mana-mana lah..

Kenapa aku rasa irritated dengan bunyi loceng ni? Entahlah, rasanya sebab kuat dan nyaring sangat. Kadang-kadang sebab bunyinya lama sangat. (Tak reti nak tulis macam mana bunyi tu... Kalau yang duduk Mesir mesti familiar lah.. Kalau nak tahu bunyi camne, meh la datang Mesir ni...) 

Dan aku malas bukak pintu kalau ada orang Arab yang tekan loceng tu. Dah lah tekan lama.. Lama jugaklah bunyi tu memekak kat telinga. Kadang-kadang ada yang jenis sikit-sikit tekan, macam pakcik zibalah (pakcik yang angkut sampah) lagi lah aku tak nak bukak. Datang mintak duit je... 10 genih pulak tu. Tak mahu aku. Lagi rasa nak marah je bukak pintu.

Tapi bermula semalam, tiada lagi bunyi loceng tuh, atau lagi tepat lagi it's no more functioning. Happy happy! Haha! Tapi cerita disebalik non functioning loceng tuh, memang traumatik dan sadis.

So the story starts with kami serumah dah habis gas nak memasak. Jadi panggil lah pakcik ammubah (pakcik gas) datang naik rumah, mintak tukar gas. Harga asal 20 genih. Macam tak percaya.. Apasal murah sangat.. Tapi tak kisahlah, janji murah kan??

Bila dah siap pasang, pakcik tu cakap 40 genih... Oh, ini kes menipu ni! Bengang lah. Tawar punya tawar, bagi 30 tak nak... Actually boleh je nak bagi 40, tapi sebab dah banyak kali dah rasa teraniaya dengan perangai certain orang Arab ni, today is not your day, pak cik! Tak nak bagi can..

Bajet berani, suruh pakcik tu ambil balik gas yang dia dah siap pasang.. "Kalau kau tak nak amik duit ni, kau ambik balik gas ko tuh!" Surprisingly, pak cik tu ambik balik gas tu and still insisting suruh kami serumah bayar jugak.  "Aku penat-penat naik tingkat 7, takkan ko tak nak bayar?"



Tak nak lah bayar pakcik. Pakcik tipu kitaorang kan? :p

Cepat-cepat tutup pintu dan buat bodo dan sambung study... Takde ruang dah bagimu pakcik.

And the pakcik started tekan loceng rumah banyak kali. Agak persistent lah. Almost 15 min non stop. Pasang MP4, dengar X Ray Dog. Memang tak dengarlah bunyi burung memekak tu.. (Dalam kepala dah start fikir nak panggil sape musyrif ni... Cuak lah jugak)

And suddenly nampak asap somewhere dekat circuit breaker (yeke nama dia ni?) and boomed! Meletup... Box yang operate bunyi loceng tu overload. Hoooh, memang nak kena sumpah la pakcik ni.. Tapi, Alhamdulillah takde yang injured.. and the rest is history....

So that is the price that we paid. Loceng rumah yang rosak dan trauma. Tapi puas. Agaknya mesej sampailah kot dekat pakcik tu "Heh, jangan ingat kami foreigner, kami boleh dibuli dan ditipu sesuka hati!" Hah, kacau lagi budak medik tension study! 

Tapi aku sukalah, bunyi loceng tu dah takde.. :D Lepas ni bolehla ketuk pintu rumah dan bagi salam cara melayu, "Assalamekommmmmm!" to notify us that you guys in front the door. Haa dapat sikit pahala bagi dan jawab salam. Kalau tekan loceng je takde... (^_^)



Dan siapa nak tolong panggil pakcik ammubah? Haha! Aku masih trauma...
Peristiwa tu memang bahaya. Dah trauma. Tapi serik? Tak tahu... Sebab hari-hari kena menghadap mereka ni.

Hai, Mesir, Mesir!

p/s: Memang Mesir ni banyak betul cabaran. Mengajar hakikat bersabar....

Wednesday, May 22, 2013

Saya dan ENT

Assalamualaikum and Hai!

Just finished my ENT (pronounce the alphabet) end round exam. It was great and awesome. Took most of the time thinking the correct answers for functions of nose.. I tipu je great and awesome tu... As always, lepas habis exam je mesti ada je rasa regret tak belajar betul-betul, main-main. Tapi, memang I kinda jenis late starter. 3 days before exam baru bom pum pang nak pegang buku, buat MCQs, cases. So, whatever good results that I had before, itu semua dari Allah. :) And all the mistakes, wrong answers, tak tahu jawapan, itu memang my own problems and kelemahan lah.

Tak sangka nak habis dah tahun 4. Cepat betul masa berlalu dan semua orang makin tua. Sobs! *heh tapi perangai macam budak-budak lagi* Final exam nak start dah. Mujahadah balik nak bukak buku Commed, Fortox... Tak sampai suku pun lagi baca. Haih, like I said before, I'm a late starter...

Satu amazing fact yang tak boleh nak percaya sampai sekarang, I never seen a female doctor teaching us ENT in our department. Like seriously! I wonder why? Geli ke? *Mucous, ear wax ha apa lagi yang dorang buat muka time doctor buat endoscope* Or memang tak minat? I don't know... Anyone? ENT ni rasis ke? Ahaha!

Tapi kalau tanya diri sendiri, ENT ni ok lah. Nak kata minat sangat-sangat tu tak jugak, tapi part yang paling interesting for me bab Larynx. Tak suka sangat study Ear because all the symptoms and signs are confusing. Recurrent infection causing Acute Otitis Media and bla bla bla tetibe we have Chronic Otitis Media and suddenly back to recurrent infection. Huhu I cannot accept this lah... The cycle is just complicated to structure. *Actually malas fikir, tu yang jadi macam ni*

Another thing, kalau jawab case and dapat diagnose, huh happy sengih-sengih kat meja. Tapi bila masuk soalan management, jaw drop. Tak tahu jawapan. Padahal being a doctor, the job is not just to identify the disease, but we need to manage the case too. Start investigations, give proper treatment. Diagnosing memang best sebab rasa macam dah solve puzzle, tapi kalau tak reti treat, bye bye lah!

I still have 2 years and half to finish medicine. Tetibe rasa sangat grown up. Dah patut plan nak kerja and settle down kat mana nanti...

*ENT = Ear, Nose and Throat.