Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Monday, May 16, 2011

Baby and Us


Patah tumbuh, hilang berganti... Tapi mana nak cari yang serupa.. :(

2 weeks ago, kawasan rumah kami bising dengan bunyi anak kucing. Cari punya cari, manala datangnya bunyi anak kucing tu. Sudah 3 hari mengiau.. "Eh, anak kucing ni ada ibunya ke tidak?"

Cari punya cari, rupa-rupanya di compound imarah sebelah. Tapi disebabkan imarah tersebut berkunci, maka kami pun tak dapatlah masuk untuk tgk anak kucing tu..

Malam, tu, makin kuat anak kucing tu mengiau.. Oleh sebab kasihankan sangat anak kucing tu, maka Cik Chef, Cik AJKT, Cik SPR pun keluar la menengok anak kucing tersebut.. Dah macam spies dah saya menengok nye... Ahaha mana taknya, dengan cermin lah, kain lah, dan bagai2 lagi alatan nak bawak anak kucing tu keluar... Tapi dengan skillnya yang tak seberapa, fail lah mission terbabit! Hehehe.. Hanya dapat bagi anak kucing tu susu jer (macam la anak kucing tu pandai menjilat lagi).. At least, dapatlah spying kucing terbabit melalui pantulan cermin.. Besar tapak tangan jer, warna putih tompok hitam.. Bulu lebat ala2 Persian cats. :)

Esoknya, time Cik Chef nak keluar rumah, beliau nampak la seekor anak kucing,"Eh, ni kan anak kucing semalam!!" Nampaknya kucing tersebut dah dilepaskan oleh pak cik imarah terbabit. Anak2 jiran sebelah bermain dengan kucing terbabit. Owh, tahu-tahu sajalah bila budak2 nampak binatang n kiut, habis naik geram dan dipicit-picitnya! Teringat lagi dulu pernah nampak seorang budak ni main dengan anak ayam... Huhuhu naik nazak anak ayam tu dipicitnya kegeraman!

Cik Chef pun mintak la izin ambik anak kucing tersebut. Nenek yang duduk atas pun suruh Cik Chef ambik, sebab anak kucing tu bising...

"Dila! Dila!" Puas Cik Chef jerit! (Rumah kami di tingkat bawah sekali, dan kalau malas nak masuk biasanya orang jerit di balkoni. Balkoni tu pula memang setentang je dengan bilik..) Ehehe biasalah, saya... Telinga memang disumbat dengan ear phone, melayan Tokio Hotel~ Mana nak dengarnye...

Bukak2 je tingkap balkoni I saw a cute kitten! Ahahaha... In love already... :)

Kami 'berperang' pilih nama utk kitten tu.. Dah macam2 nama keluar... Akhirnya takde nama yang melekat. Kami panggil kitten tu 'baby' sahaja finally...

Ya! Memang macam baby pun.. Kena bagi susu... Bersuap. Baby memang tak pandai menjilat lagi macam kucing2 dewasa yang lain.. Kadang2, kalau baby lapar sangat, habis jari2 kami digigit... Sakit!

Beberapa hari yang lepas, Baby cirit.. Lepas tu ok. Then dia constipate pulak dah... Sebelum ni, kak Tiqah memang dah pesan, jangan bagi susu sebarangan pada anak kucing.. Kami ni pun mmg tak berpengalaman sangat..

Hayat baby dengan kami tak lama... Baby dah takde! :'(

Rasanya baru semalam baby mengiau, berjalan terkedek-kedek masuk bilik saya... Uhuhuhu.. Touching ah gini..

Masa Baby baru je pergi, seisi rumah menangis... :'( Mungkin yang diluar ada cakap, "eleh, kecoh ah nak nangis2 ni, kucing je pun!" Well, bukan senang nak wishing and waving goodbye... Susah... Entah bila lagi nak jumpa dia...

Baby, sorry kalau kami tak jaga baby elok2.. Semoga baby lagi sejahtera dan aman di sana.. Pergimu, tiada ganti.. :'(

p/s: Saya pun nak turun dah dari MT Batch Gen 9... Smoga AJK baru yg bakal naik dapat membaca batch ke arah yang lebih baik. Majulah Gen 9 untuk agama, bangsa dan negara! Selamat mengundi!!!







Thursday, May 12, 2011

Deteriorating

"Sakit sangat sampai boleh mati ke????" (baca dalam nada menganjing)

Well, I'm not sure if I heard it correctly. But somebody said that to me few years back, when I was hell sick!

Makin sakit aku dengar. Tak memahami langsung.
...

Sakit itu ujian. Sejak masuk summer ini, saya kerap jatuh sakit... Kifarah dosa agaknya. Banyak sangat melagho~

Kerap sangat kena migrain. Aura, photophobia, vomitting. Seharian berteleku atas katil. Tak sanggup nak makan, sebab bila makan akan muntah balik.

Dulu, time dekat sekolah, paling seksa bila rasa loya nak termuntah. Asrama compound terbuka.. Kalau nak keluar kena pakai tudung. Dorm dan bilik air pulak terpisah dalam jarak 40 meter. Just imagine, kena berlarian ke bilik air in every 30 minutes. Sekali kena migrain attack ada la dalam 4-5 kali muntah..

Huda, Yani, Umi, Tim, Pani, Yana, Husna, Alia - kalian sudah biasa dengan sindrom saya ni kan? Almost every months... Maafla menyusahkan.. :( Thanks for being my savior. May Allah bless!

Lately, makin kerap kena, but tak seteruk dulu sampai seharian melepek. Ooowh, final dah dekat.. Risau..


Tuesday, May 10, 2011

Vlogging

Assalamualaikum W.B.T

Sekarang ni orang tengah giler vlogging. Video+Blogging. Senang citer blogging dalam bentuk video. Syok juga tengok. Action, voices, facial expression, songs...

Yang femes kalau yang saya tahu, Matluthfi90, IniAnwarHadi (is it Anuar or Anwar?), Maria Elena (her english is superb~) and latest, produk dari Egypt, Lah.. Try cari dekat YouTube.

Sekarang ni generasi orang malas membaca. Orang lebih suka mendengar dan berhibur.
eh ye ke?

Tak caya?

Dah berapa banyak kali entah dalam majalah keluar artikel "Rakyat Malaysia kurang membaca"..
Tajuk exam bahasa melayu pun selalu tanya pasal "Cara memupuk semangat membaca"
Bila kena tanya soalan general knowledge tak boleh nak jawab, sebab kurang membaca.

....

Bila pameran buku or pesta buku, melalak nak pergi cari buku.
Sanggup berhabis beratus, beribu sebab nak beli buku.

"Saya nak kamus! Saya nak majalah Solusi! Saya nak Ensiklopedia National Georgraphic! Saya nak buku mewarna! Saya nak novel Aa+Bb! Saya nak Atlas!"

Hah... Ambik kau! Semua nak borong...

Ironinya, bila dah beli, tak nak la pulak baca...
Buku2 tu hah duduk bersidai atas almari...

Bila tengok buku banyak dekat almari, fuih rasa hebat kejap... "Eh, banyak giler buku aku. Kalau orang tengok ni mesti dia cakap aku rajin membaca. Hehehehe"

.....

Hah, kalau nak membaca, saya syorkan Al-Quran. Sirah, hukum hakam, ayat2 cinta semua ada.. Dapat pahala lagi kalau baca.

Dah, saya malas tulis konklusi. Since study leave secara rasminya belum bermula, dunia study saya serabut... Exam written n oral tinggal sebulan aje lagi..


Buku-buku medik saya memanggil untuk dibaca....~

p/s: still video dorang best and the messages pun best jugak..

eh, tajuk post tiada kena mengena yer? Lantaklah...