Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, October 3, 2012

Teori sumbat

I wonder how my friends yang study medicine bukan di Egypt.
Is it that good and beneficial? Heh, serious rasa inferior.
Sudah tahun 4 jurusan perubatan, lagi 3 tahun nak grad, but judging by my ability and skills tak menampakkan langsung aura kedoktoran. *sad!* Habis je exam, 90% teori lesap dari memory. Apekebenda lah...

Tahun 4 tahun klinikal. Bayangan masuk hospital, buat round, amik history patient, examine patient common lah bila nak masuk tahun klinikal. Tapi masih disumbatkan dengan teori.
Tapi nak salahkan universiti tak betul juga. Sudah caranya macam tu. Sekarang terpulang pada diri lah mana nak cari yang orang duk kata 'clinical skills' itu.

Rasa nak gelak besar-besar sambil tutup rasa inferior. =.='
Takpe-takpe. Bila kita lagi kurang, maknanya kita mesti lagi kuat usaha kan kan kan?

Round kali ini mula dengan round forensic dan toxicology. Menarik dan ngeri, khususnya forensic. Kepala putus, kaki hancur, mayat terbakar, baby mati. Name it. Semuanya horror! Orang kata subjek ForTox antara yang ringan masa tahun 4 ni. Tapi doctor pesan kalau paling ringan pun, sepatutnya inilah yang paling awak score dan kuasai.
*Don't take something for granted!*

Last time, belajar pasal cut throat. How come lah seseorang tu berani gila ends his life dengan sembelih diri sendiri?? Ngeri-ngeri... Dosa tu dah satu hal, yang berani gila tu pasal. Baiklah guna keberanian tu solve problems yang duk menggunung tu (if he is sane) daripada bunuh diri.

Belajar forensic banyak teringat pasal mayat. Terbayang bila nyawa dah pergi dari badan, kita akan jadi macam tu juga.. Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khotimah. Insaf tengok mayat manusia tak bernyawa. Badan kita ni hanya 'shell' semata. Satu hari nanti mereput juga. Tak kekal.

Takpelah kena sumbat dengan teori, tapi pandai-pandailah digest supaya satu badan dapat benefit. Jangan ko muntah sudah.. Kawan-kawan yang amik medik kat tempat lain, seniors, adik beradik gen09, nanti share-share lah dengan saya. Noob tahu bab klinikal ^^'

*Dah almost 3 weeks balik Egypt. Sebelum balik selamat hantar parents pergi haji :) dan sempat amik gradding. Thank you sensei and senpai. Yeay dah jadi senpai jugak. Hehe~ Arigatou ne!

p/s: pergi kelas arab pun kena basuh dengan ustazah lagi sekali pasal teori dan amali. Belajar bahasanya banyak tapi time buat latihan dan muhadasah gagap lah, apa lagi.... *Sobs!*

Thursday, September 6, 2012

Ini apa? Char Kuey Tiaw hancur??

Lamanya tak sentuh blog ni.
Hari ini rajin pulak nak update.

Baru-baru ini pergi Mid Valley. Argh, ramai sungguh orang! Pening masuk Mid Valley. Apa orang buat kat situ saya tak tahulah. Tengok kedai2 makan yang high class penuh dengan orang.. Kedai beg penuh, kasut penuh, buku penuh! Pening! Haih, aku ni silap tempat agaknya.. Orang tengah peak. Hayat tak nak masuk Mid lagi. Kena vertigo attack nanti, sape nak tanggung!

Kebetulan masa pergi dah petang. Perut pun dah buat lagu keroncong. Sensei Linda ajak makan. Pagi tadi breakfast sandwich je. Penat melangok tengok 'kata' event, itu nasib baik tak join competition.. Tolong tengok pun dah penat.

Masing2 dah pokai, semua pakat masuk food arcade je. Muak jugak makan fast food dua tiga hari tu. Setelah usha-usha, decide nak makan char kuey tiow. Harapannya, sedaplah hidangan tu. Gilalah, perasaan macam tak makan setahun. *Yelah, setahun sekali je balik Malaysia!*

So, after some time, the bell rang, and makanan dah siap. Sensei Linda belanja ^^
Kepala otak tengah fokus benda lain masa tu, so I was not paying attention how the food look like.

Demo competition. We got 4th. I did simple basic step je. Tak reti buat kata yg power2.
*Adik, abang, Joane, Joyee*

International Asia Cup *Gito Kukai Team*

And here comes Sensei Mikail a.k.a Edmund, "Ini apa??"

"Errr, Kuey Taw lah sensei...." Then I looked at my plate, and realised why he asked. Tak ada rupa kuey tiaw langsung!! Dalam hati dah membebel... Orang ni masak half heartily betul lah. Baik tak yah buat bisnes. Bikin bankrap je.

Ayat sadis dari Joyee, "That is most disgusting char kuey tiaw I ever see!!"

Frustrating jugak tengok rupa kuey tiaw tu. Yelah setahun tak jumpa. Kemon lah! Habis musnah impian tahu!

Nasib baiklah Rasulullah ajar jangan komen makanan... Kalau tak suka diam je. Papehal makan jugaklah, kalau tak membazir namanya.

So motifnya, kalau nak buat something, buatlah dengan sungguh-sungguh. Ni kalau buat kerja sambil lewa, membazir tenaga sendiri je and you buat others frust tahu! Haih, pak cik, saje je suruh saya cari kuey tiaw lain kan? Next time, saya belajar masak kuey tiaw lah. Frust makan orang masak half heartily! Masak sendiri , kalau tak sedap boleh tanggung sendiri.

*Gradding next week! Apa pun tak prepare lagi ^^''

Friday, August 10, 2012

Oh! Limpik..

Assalamualaikum W.B.T

Balik Malaysia kali ini tiada perancangan khusus macam kebanyakan orang. Ada yang nak join program PERUBATAN, ada yang pilih untuk melancong dengan family, ada yang nak bertunang, ada yang sibuk urus hal kahwin. Tahun ni takdak plan macam tu. Tak sampai seru lagi, lagipun parents busy ke hulu ke hilir, adik2 sibuk training dan competition. Jadi saya pilih duduk rumah, jadi penunggu setia keluarga yang merantau bekerja dan belajar. Haha!

Sebenarnya semangat patriotik dalam dua tiga hari ni membara bara pulak lepas tengok Olimpik. Yela menang medal kan? Tahniah Dato' Lee Chong Wei dan Pandelela sebab berjaya menaikkan bendera Jalur Gemilang dekat pentas antarabangsa! Ni baru feel 1 Malaysia!! Terharu tahu!! Terima kasih!

Terima Kasih belanja Baskin Robbins! *Walaupun tak pergi makan*

Tahniah jugak dekat atlit2 lain. Frust jugak sebab Azizulhusni Awang tak menang, tapi apa pun dapat masuk final dan berlumba dengan sebaris dengan pelumba basikal world class dah cukup membanggakan. Bukan rezeki The Pocketrocket Man bawak balik medal untuk Malaysia kali ini. Insya Allah next time lah! Go Pocketrocket Man! *Semangatnya! Fuh!*

Mulanya ada perasaan nak boikot temasya Olimpik sebenarnya. Orang kata banyak sangat unsur Iluminati dalam Olimpik tu sendiri. Tapi bila halfway Olimpik baru terkedek-kedek nak ambil tahu. Masa Olimpik baru start ari tu, sibuk dengan cucu-cucu kat Mesir tu. Lagipun, hati dan perasaan sudah terkemas rapi dalam luggage nak balik Malaysia. Tak ada feel tengok Olimpik.

Dulu paranoid jugak dengan orang-orang yang suka sangat dengan Teori Konspirasi and Iluminati nih. Yelah,  semua benda nak kaitkan dengan Illuminati. Ada je benda bentuk segi tiga, mula lah nak kaitkan dengan Illuminati. Kesian bentuk triangle tu kena fitnah cam tu. Triangle tu lawa tahu!

Acara Opening Ceremony pun org kata penuh dgn unsur macam tu. Tengok mascot Olimpik kali ini pun scary jugak. Bermata satu. Mata satu sinonim dengan Dajjal bukan? Now, I sound paranoid...

Motif dorang? Mungkin betul nak menjelmakan Freemason dan Iluminati, mungkin jugak nak jadi sarcasm dekat sesetengah pihak yang kononnya 'taksub' dengan teori-teori ni.

Tak tumbuh, tak melata,
Tak sungguh, orang tak kata.

Tak nak kelihatan seperti orang yang taksub atau paranoid dengan benda-benda macam ni, tapi as Muslim kena berhati-hati dan sentiasa mengkaji. Dari zaman Nabi Adam sampailah ke Nabi Muhammad, kita diingatkan pasal perancangan Dajjal dan Iblis. Jadilah orang yang bijak dan peduli.

Sebenarnya nak cerita pasal kepentingan sukan dan Team Malaysia kat Olimpik. Tapi macam dah jauh menyimpang.

Oh, cuti ni cuba cuba nak try test fizikal and doing some sport macam Karate and Squash. Tengoklah macamne. Kalau takde aral, amik grading black belt tahun ni. Itu pun kalau ada rezeki lah. Kata seyunchin masih tunggang terbalik, kumite macam monyet terlompat-lompat, stamina macam siput, basic tinggal nak dekat 3 tahun... Nasib baik adik-adik sendiri jadi senpai. Adik pun bising dengan sikap kurang kompetetif saya. Haha nasib engkorang lah kan!

Kalau tak amik gradding pun, saje je nak bersukan. Duduk Mesir, budak perempuan susah nak buat sport macam ni. Ingatkan duduk tingkat 7 tanpa lif kat Mesir, stamina boleh tahan lah, tapi hampeh jugak!

*Sign off*

Stay calm and follow Al Quran and Assunah!