Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Thursday, May 26, 2011

Encik Anat

Assalamualaikum W.B.T

Selesai sudah exam praktikal anatomy pagi tadi..

Bagi kawan2 yang tak tahu, anatomy tu kita belajar pasal seluruh structure dalam badan manusia ni. Dari kepala sampai lah kaki. Bila belajar anatomy, Subhanallah! Hebatnya Allah cipta kita, selengkap dan sebaik kejadian... Ingat badan kita sekadar balutan daging dan saluran darah ke? Ya Allah, kita lebih dari itu... Akal terbatas untuk cipta sebaik itu... Saluran darah dengan sistem anastomosi (erk apa ya dalam bahasa pasar?), organ-organ dan relation dengan structure lain, otak dengan gyrus dan sulcusnya, tulang-tulang dan muscles... Allah saje ada kuasa mencipta sebaik itu..

Exam praktikal ni, kami kena spot and identify labeled structure pada cadaver or any given specimen. Then ada soalan berkaitan dgn labeled structure tu. Kalau tahun ni kami ambik: Neuroanatomy, Head & Neck, Pelvis and Abdomen...

Yang ni tahun lepas punya: Upper Limb

Pendek cerita, exam tadi payah la jugak. Mungkin sebab saya kurang study (ni memang, bukan mungkin) Mungkin tak cukup masa? Mungkin soalan memang susah? Mungkin nervous sangat sampai smua ilmu dalam kepala melayang? Mungkin terhijab? Entah, banyak kemungkinannya...

Sudah tahu, masa tak banyak, duk berpoya-poya lagi.. Aish!! Nilah, bila Allah bagi nikmat lapang sikit dan sihat, mula lah melalut... Internet, makan, gosip, tidur....Entah pape ntah... Isk~ Lepas tu, bila tersedar, barulah nak gelabah... Ah, ni tak baca lagi, tu tak baca lagi! MCQ tak buat lagi! Atlas tak tengok lagi!! Arghhhh tensionnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lepas tu mula nak jadi burung hantu, vampire. Tak tidur malam... Study2!! Pulun2!! Lepas tu bila tak cukup tidur mula lah sakit, pening! Tension lagi......


Merungut banyak benda tak baca lagi dan banyak benda untuk dihafal.... Pernah membebel kenapalah aku ambik medik, baik jadi cikgu je, dah la aku ni suka membebel orang... Ngee!

Istighfar banyak2... Rasa berdosa plak complain banyak2 ni. Ni tanda manusia tak bersyukur... Kita selalu cari apa yang kita takde, tapi tak pernah nak tengok apa yang dah ada. Bila hilang, mula terasa...

Malas nak komen banyak2 anat td, redha and tawakkal aje. It's not that frustrating but it's not that satisfying. Tandanya, kena usaha lebih lagi le tu..

Pinjam kata dari seorang ukhti : Usaha sehabis baik sehingga seluruh anggota tidak larat lagi bekerja, dan tawakkal seoalah-olah tidak pernah langsung usaha... - Insyaallah, diberi kelapangan oleh Allah-

Tadi keluar after anat tadi, nampaklah beberapa orang sahabat.. Mata dah berair, hidung dah merah... Frust mungkin dengan exam kali ni... Saya tak reti beri soothing words apatah lagi memotivasi sahabat tersayang, tapi I can be a good listener and I can be your crying shoulder... But put Allah as your first list dulu... HE is the one who loves us so much...


Fact kali ni:
During a 24-hour period, the average human will breathe 23,040 times.
-Malaikat maut jumpa kita 70 kali dalam sehari. Kalau Allah takdirkan mati, bila-bila pun kita boleh berhenti bernafas-

Friday, May 20, 2011

Makan

Assalamualaikum W.B.T

Makan adalah benda yang seronok. Lagi-lagi kalau sedap~

Nah! Sindrom nak dekat exam adalah makan sebab nak release tension. Dan time exam nilah, duk rindu makanan Malaysia, durian, tempoyak, roti canai, kuih lopes, murtabak, keropok lekor dan lain-lain...

Tengok kawan pergi makan, telan air liur jelah! Konon nak simpan duit nak K***N dan S******G... Muahahaha..
Spectra, Planet Afrika, KiWi, Mori Sushi, Mukmin, Cook Door... Angan-angan ajelah. Nak masak? Haish, maaf leh mana la kome reti...

Hari tu mengidam makan steam boat sejak nampak ia adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan... Ala, buat sup aje pun. As easy as ABC.. Kihkihkih... Plus it is healthy kot~ Main dip dalam soup jer.. Not oily, fresh.. Kenyang pun kenyang..

Alhamdulillah dan terima kasih buat teman serumah dan juga cik tetamu kerana merealisasikan impian saya.. Tolong beli barang, tolong masak, tolong makan... Hehehehe.. Terharu nih.. Hikhikhik..

Tema: Ukhuwah dan Release Tension Histo..


The sauce by Cik Chef.. Terbaik! Trust me!
(Fav cik SPR)


The mushrooms... My fav dish that day.


Alhamdulillah :)

We've got Marble custard too..

(Coklat tak boleh letak byk sangat even though it is super delicious and irresistible, due to my migraine)

Alhamdullillah. Ucap syukur setiap kali dapat rezeki. Tak kira makan besar, kecik, kenit, ketot, gedabak, jadilah hamba yang bersyukur...

Kita MAKAN untuk HIDUP, bukan HIDUP untuk MAKAN...


Next paper: Praktikal Anatomy on 26 May 2011. Biiznillah Kheir :)

Till later people...


Wednesday, May 18, 2011

Histo dan dia


Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon
-Bruno Mars-

Lately ni asyik nak bersendu dan melayan ajer. Sigh!!!

Tadi, exam histo.. Tak yah cerita la betapa tak readynya saya dengan exam tersebut.. Epic failure data show for CNS.. Microscope slide pun sama. Argh!

Sudahlah, biar saja. Barang yang lepas jangan dikenang~ Ahahahaha...

Untuk Awak,

Maaf untuk setiap kata yang tidak setia,
Maaf untuk setiap senyum yang tak berbalas,
Maaf untuk mimpi yang bukan nyata,
Maaf untuk setiap derap kaki yang menjauh,
Maaf untuk setiap tinta yang menyeksa.

Tercarik, Terluka, Tercalar,
Membisa, Membarah, Membunuh!
Saya tahu,
Awak terseksa begitu.

.................
Huda, this status made my day.
"if i were there, i would hv hugged u tightly hoping that the burden the dissapointment, the anger would fall off the chest. hug does wonders n am so needing it"
p/s: Jangan buat spekulasi yang tak menguntungkan dari post ini. I'm half heartedly to share all.. :( Hahaha but please, don't make it nonsense yer... Think out of box people.. ^^