Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, June 29, 2011

Bunga

Assalamualaikum W.B.T..

Short update, mahu sambung tido (Hari2 tido 3 jam, now its payback time!)

Written anat selesai. Harapnya tak perlu mengulang kertas semula.
Today, smiled ear to ear.. Dari pagi sampai malam :) Such a nice day.... Subhanallah!


Daerahku...

Usah disemai,
Andai diri enggan membaja.

Bila benar angin menggoyah,
Bila benar bunyi memeri,
Biarkanku berteleku dahulu,
Bersama dengan bijaksana.

Andai langit mula membiru,
Dan tanah juga memerah,
Barulah kita bina daerah jaya.


-Antara bunga dan penyeri laman-

p/s: mood puitis penangan ayahanda dan bonda... :)



I'm looking forward for this during summer leave :) Ibu, can u get ready the oven n the ingredients? Mahu lepas ngap!

Saturday, June 25, 2011

Kerana pintu...

Assalamualaikum W.B.T

Terasa mahu membebel di sini. Tapi tiada point untuk dibebelkan sebenarnya.

***

Teringat nukilan seorang rakan lama di sekolah dahulu. Mengenai bersangka-sangka. Ah, tapi lupa pula nukilannya bagaimana. Takpelah, kemudian sahaja saya quote.

Pagi:

Jam 3 pagi. Mata sudah kuyu membaca. Sabar menanti subuh... Aih, kang lelap, confirm2 rebah tak bangun...

Mata sudah separa tutup.. Ah, tilam nampak menggoda sungguh!! Tolak buku, amik bantal, tarik selimut. (habit tidur dengan selimut, walau bilik panas nak rak!)


Baru panas dunia =.="

Selang minit, azan subuh. Sedar dan mamai. Perasan je azan dan suara nyaring kakak-kakak mengejut bangun subuh... "Bangkit la dila... Bangkit! Bangun... Bangun... Bangkit.. Meh! Kit Kit Kit!"

Dalam mamai masih boleh lagi terasa nak tergelak, tapi tak bangun =.='

Dah terjaga tapi bermalas-malasan dulu. Sedar tak sedar, ahhh, kan dah terlepas jemaah! Meluru masuk bilik air, wuduk,solat..

Bang!!

Dinner:

Bang!!

Dia: Selalu ke pintu ni bunyi macam tu? Ingatkan ada orang dekat dalam...

Saya: Eh, ni ha Dila kat luar. Apa bendanya kat dalam pulak? =.='

Dia : Ingatkan Dila yang tutup. Gedegang bunyi pintu... Ingatkan marah.. Macam pagi tadi..

Saya :Heh! Bila pulaknya ni?

Dia: Subuh tadi... (Tunduk bawah...)

Saya: Adeiiii! Mana ada marah. Pintu tu memang bunyi kuatlah... Sebab tu lah selalu tutup pintu.Kalau tak tutup, berdegang bunyinya nanti...

Dia: Ooh! Jadi selama ni bunyi slam door tu bukanlah marah?? Memang bunyinya macam tu?

Saya: Yelah! Abis tu korang ingat selama ni Dila mengamuk la ehh?

Mereka: Ya! Nodded

Nasib la korang tanya... Kalau tak sampai ke sudah, duk ingat saya mengamuk... Hanya kerana pintu...

***

Kalau tak jumpa, cari.
Kalau tak tahu, belajar.
Kalau tak faham, tanya.
Kalau tak sahih, selidik.

Kemudian perhati, dengar dan analisa.
Jangan sangka-sangka, buat konklusi dan seterusnya menghukum.

"Don't judge people to much. Because at the end of the day, you might find yourself don't have much courage to love and care."

p/s: Cerita ini, cerita benar kemudian diputar belit... Penambah perisa dan perasa.. Kih kih kih... ^_^


note:


TIPU!!!

Next paper:
ANATOMY : Abdomen, Pelvis, Head and Neck, Neuroanatomy, Special Embryology....
Written exam: 29/6/2011
Oral exam : 3/7/2011

Doakan saya boleh jawab? Please :)


Tuesday, June 21, 2011

Bapak


Assalamualaikum W.B.T


Sempena Hari Bapa, saya nak mencoret sikit tentang ayah saya...

Panggilan saya buat ayah, adalah bapak. Klasik tak? Rasa macam dalam filem P Ramlee pulak dah... Dan bapak memang suka menyanyi ala-ala P Ramlee... Hee~

Saya masih ingat, waktu kritikal di KISAS, saya memanglah down semacam... Tgk C dan D berderet-deret dalam slip periksa... Hanya tinggal beberapa bulan je nak SPM, dengan resultnya macam tu, mestilah rasa down dan frustrated bukan? Classmates pulak sume A berderet-deret... Inferior inferior... Isk... Entah macam mana tercampak di kelas star tu..

Telefon family... Cerita itu dan ini dan tahan sebak... Sobs sobs...

Beberapa hari kemudian dapat surat... Dari bapak.. Ya, isinya sungguh klasik dan mengharukan... Saya baca sambil senyum dan menangis-nangis teresak-esak.. Aish, romantik betul ayah aku ni. Saya tunjuk surat bapak pada Yani, kemudian Umi.. Kemudian, habis satu dorm baca surat bapak tu. Zehan siap baca kuat2 lagi, bagi orang lain dengar... Isinya biasa sahaja, menyatakan kerinduan teramat pada anak yang jauh di mata, menceritakan perihal adinda-adinda, memberi semangat buat anak yang patah hati, mengingatkan si anak tentang harapan dari bonda dan ayahanda..

Iya, biasa-biasa sahaja. Tapi hati mana tak meruntun, hati mana tak sebak, hati mana tak rindu, hati mana tak terharu dengan si ayah yang begitu romantik ni??? Saya senyum sahaja dengar kenyataan mereka, yang bapak memang cool hantar surat cinta buat anak.. Sampai sekarang, kalau saya baca surat itu, air mata jatuh menitik dan tersenyum. Jadi pembakar semangat..

Bapak memang tip top dalam urusan rumah... Kalau nak dibandingkan dengan ketangkasan saya dan bapak dalam melipat kain, saya kalah! Dahla bila lipat kain tu, lining baju yang dilipat tu punyalah kemas, kalah saya...

Lagi, kalau di rumah, biasanya bapak yang basuh pinggan.. Kadang-kadang je saya basuh pinggan... Tangan ibu dan saya memang sensitif dengan sabun basuh... "Ala, bagilah kakak basuh pinggan ni." Bapak balas, "Tak payah, kakak dengan ibu tu sama jer. Sensitif sangat tangan. Nanti mulalah bila nak scan cap jari tak nampak.." - Ya, fingerprint saya selalu hilang. Bila nak scan fingerprint, mesti lama gila tenyeh dan tonyoh jari dekat scanner tu... Pastu bila tak nampak, kena marah dengan orang yang jaga kaunter... Isk, tapi saya basuh jugaklah kadang-kadang.. Amboi, anak dara mana tak reti buat kerja rumah, malulah.. :P

Kalau nak kemana-mana, bapak memang berjemput dan berambik anak dia.. Tak kiralah, nak balik rumah mandi tukar baju utk aktiviti koko semasa di SMART, atau balik hujung minggu or hujung bulan di KISAS, atau ambil saya di KLIA sewaktu evakuasi or cuti summer... Semua dia ambik.. Semua dia hantar...

"Bapak, orang kena pergi BTN lah dekat Bukit Sagu!" - Ok!

"Bapak, nak pergi outing dengan Miss H kul 4 bleh?"- Ok! Nanti dah siap call.

"Eh, kena pergi Yayasan Pahanglah isnin ni amik duit evakuasi."-Takpelah, I send you.

"Bapak, nak pergi TC (Teluk Cempedak) dengan kawan?" - Ok! Kita buat dua trip. (Kami berlapan masa tu)

"Bapak, nanti sape nak amik kakak kat KLIA ni? Bapak kan baru baik patah tangan..." -Bapak boleh drive lah.. Tak payahlah naik flight domestic..

Kalau saya kena migrain, bapak yang picit kepala saya..
Kalau saya kena bebel dengan ibu (heee! itulah nakal sangat), bapak yang sejukkan saya..
Kalau bangun sahur, bapaklah kejut saya.
Kalau ibu tak dapat teman saya shopping, bapaklah tolong ganti tempat ibu.. Berjam-jam tunggu anak dara dia pilih baju... Isk!

"Nanti nak cari hubby macam bapaklah!"-me

"Oh, please! Please find someone else better than me.." -bapak

Itu antara kisah yang saya ingat. Tak masuk lagi dari baby, kanak-kanak... Entah lagi macam ragam dan perangai... Betullah, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Membawa Bahagia... :') Selamat Hari Bapa dan Happy Birthday to you too! Terima Kasih Allah beri saya peluang macam ni..


Double entry, hari bapa and his birthday (25 Jun)






My Father.. Hmm any resemblance with me?