Lama tak menjengah blog ni.. Tula orang kata apa? Ah, hangat2 tahi ayam gitulah.. Dulu boring sangat dekat rumah tu yang mula blogging, bila dah busy, blog pun mula di pandang sepi ajer..
Btw, keadaan makin jadi hectic sekarang~ Gilerlah belajar.. Speed up bukan main.. Syllabus pun nak dekat habis dah. Exam pun dah start. Instead of facing the book, saya berFacebook! Saya ni hah, tak speed up-speed up lagi.. Aish~ Apa nak jadi entah... Nway, this week I'll start speeding up... Doakan la ye semua orang?
Sudah-sudah la berangan. Sudah-sudah la tidur. Sudah-sudahla makan. Sudah-sudah la shopping~ Tu buku menggunung nak baca... Baru medik, bukannya campur dengan ilmu lain lagi..
SELAIN MEDIK
Dulu-dulu time PMR, suka sangat Georg sebab senang nak score! Hehehe.. Free-free jer dapat
A dalam slip periksa.. Georg time PMR banyak pasal Malaysia kan? Which part of Malaysia ada tanah pamah, paya bakau, tanah pantai.. Ha apa lagi? Negeri mana yg banyak emas, yg banyak timah dan lain-lainla... Owh, banyaknya yang saya dah yg lupa... (tengok, ni la natijahnya bila belajar untuk exam. LUPA!)
Bile keluar result PMR and SPM, huh, smiling ear to ear.. Tengok A berderet-deret.. Tapi kan.. Tapi kan.. Tapi kan...
Bila saya pergi Prog Pendedahan Kerjaya, Head Department ENT tanya, ibu negara Hungary apa? Saya geleng kepala tak tahu...
Bila Dr Aqif tanya, ibu negara Cambodia apa? Saya geleng kepala tak tahu...
Bila Dr Aqif tanya famous liberalist in Myanmar siapa? Saya sengih lagi tak tahu...
Bila Dr dekat Hosp Besar Kuantan tanya, siapa Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke 2? Entah, tak tahu!
Ceteknya la ilmu saya ni.. Bagus jugak mereka bertanya.. Orang kata, ada 3 sebab orang tanya soalan: 1. Sebab dorang memang tak tahu
2. Sebab nak bagitahu orang tentang sesuatu facts tu
3. Sebab nak menguji kita...
Yang mana satu mereka, itu saya tak pasti. But I learnt something... General Knowledge pun kena hebat! Janganlah setakat ilmu medik je dekat kepala, tapi biarlah ilmu lain pun ada tempat jugak di kepala... Hukum2 dalam Islam, Sejarah Islam, Sejarah Malaysia, Populasi Malaysia, World Georgrafi, Ekonomi n bla-bla-bla... Belajar medik tinggi-tinggi, tapi bila suruh hidup dalam masyarakat, pergh tak tahu apa-apa...
Saya malas jugak nak membaca general knowledge ni. Bila dengar kawan cerita, oooh baru tahu macam tu rupanya.. Macam ni rupanya... Dah tahu diri tu malas, janganla pulak tambah lagi ego tu, tak nak bertanya... Jangan jadi Bodoh Sombong.. Takde gunanya... (even though sy sometime macam tu, oooh insaflah cek mek oooi!)
Bagi yang ada extra knowledge tu, apa salahnya berkongsi ilmu... Tak lari pun ilmu tu... Tak bazir air liur pun bagitahu... Tak kering tekak pun.. Eleh, setakat cakap facts, dalam 1 minit boleh cakap... Takdenye nak suruh berceramah 3-4 jam...
Itu je nak share.. Dapat ke main pointnya? Ala, malas nak extract la... Adik SC saya cakap, "Akak cakap memang best, tapi susah nak tangkap point akak" Hehehe maaflah adik2...
I'm the one yg byk analyse but susah nak spill it out and buat statement yang coherent dengan my idea... Darah gemuruh~ Hehehehe...
Till then, Wassalam...
* Ibu negara Hungary : Budapest
* Ibu negara Cambodia : Pnomh Penh
* Famous Liberist In Myanmar (Burma) : Aung San Suu Kyi
*Timb. Perdana Menteri Malaysia Ke 2: Tun Dr Ismail Abd Rahman
Tun Dr Ismail Abd Rahman
Soklan Oral Dr Aqif tadi : Describe the Australian Flag? Nganga lagi saya... Tak tahu...