Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Saturday, November 17, 2012

Soal Hati

Bismillah.

"Jom, aku teman kau balik hari ni!"

"Yeay, seronoknya! Ada orang teman aku balik. Ni yang terharu ni..."

Perjalanan pulang dari exam tadi, penuh dengan gosip. Cerita sana sini. Tentang orang-orang sekeliling kami. Yang paling popular dan makruf tentulah pasal KAHWIN.

Tipulah kalau kata tak 'tercabar' atau 'terbakar' bila dengar adik-adik junior nak kahwin. Mesti kecoh punyalah.

"Eh, kau tahu tak adik yang nama sekian, tahun sekian, universiti sekian, nak kahwin dah!!"

Mulut melopong bila dengar berita. MasyaAllah! Kahwin usia muda dalam tempoh belajar bukan senang ye dak? Lagi-lagi kalau si suami isteri tinggal bersama dan dalam kondisi bergelar pelajar. Masing-masing sudah perlu main peranan dan selesaikan tanggungjawab dalam alam rumah tangga dan alam belajar.

KAHWIN itu big step.

Lah, apahal lah pulak cakap pasal kahwin ni. Meremang bulu roma. Geli pun ada jugak. Isu ni kalau bawa depan keluarga di Malaysia, agaknya tak betul dalam seminggu. Balik cuti dulu pun dah terpecahkan periuk vision ibu bila cakap pasal ni.

Bukan apa. Saje saje berkongsi. Ramai yang bertanya bila pulak giliran Batch Gen09 yang nak melangsung majlis? Semua ternanti-nanti.

Saya? Hmm tiada jawapan lagi. Hehe!

"Kau bila?" Soalan rasmi bila bercakap berkenaan isu ini.

Orang kata, kahwin ini macam exam.
Kalau exam, pernah tak rasa macam tak nak je exam. Rasa macam tak ready je nak masuk exam. Rasa macam malas je nak sakit kepala nak fikir exam. Tapi, bila sampai waktu dan masanya, kita kena jugak ambil exam. Masuk dewan exam. Duduk menghadap exam dan mula tulis jawapan.

Kalau study, laju sahajalah menulis. Kalau tidak, melopong sahajalah!

Kahwin pun macam tu jugak. Tak ready nak kahwin, tapi nak tak nak, bila jodoh sampai kahwinlah jugak...
Tak perlulah pertikaikan orang tu kahwin awal ke cepat ke. Masing-masing sudah masak fikir management masa kahwin nanti.

Sebenarnya, MATI itu pun exam yang lebih dasyat. Seharusnya preparation pun patut mantap jugak!

"Budak tu dah rimas bila si dia tu asyik bagi hint, tapi tak pop up the question!"

"Kalau berkenan, terus ambil. Tak perlu nak cuba test-test banyak kali. Orang fed up lah. Hehe!"  ^^

"Betul betul!! Aku setuju betul!"

Macam beli baju. Kita masuk kedai, jumpa baju yang berkenan. Kita ambil dan cuba pakai di fitting room. Lepas timbang tara corak, warna, harga, jenis kain, kita setuju nak beli. Kemudian kita bayarlah.

Tak adanya nak pergi cuba dekat fitting room kali kedua, ketiga, keempat atau kesepuluh kali kemudian  baru kita beli. Tuan punya kedai pun menyampah kalau ada customers macam ini.

Senang cerita, kalau dah berkenan, dah suka, tanya sahajalah. Act seriously. Kesian pulak dekat ukhti tu... Pening dia. Yang penting, buatlah plan dan komunikasi dgn baik. Ada visi dan misi nak kahwin.

Ada orang bila kahwin, dapat prinsip Synergi. 1+1>3
Ada orang bila kahwin, dapat prinsip Antagonist. 1+1=0
Make a plan. Jadi orang yang berstrategi. Jangan ikut flow sangat..

Kahwin bukan sehari. Biarlah bercerai sekali je. Bercerai ikut nyawa.

Kadang-kadang antara housemates yang dah duduk sekali 3 tahun ini pun ada salah faham, ada terkasar bahasa, ada tersakit hati, inikan pulak nak kahwin. Isk~ Berlatihlah komunikasi dgn housemates :)

"Ala, nak sampai rumah dah!! Tak habis gossip lagi ni!"

"Yela. Takpelah next time!"

Sembang kencang pasal kahwin, silap-silap ajal taqdim dulu.

************************

Next time kita cuba ubah topik pula ye. Dari dulu sampai sekarang kalau bersembang, masih terperangkap dalam topik yang sama. ^^'

Saya bukan agen UBM. Err nak kahwin dalam masa terdekat ni pun tak juga. Kelabu asap lagi.
Pendapat di atas boleh ditolak dan ditambah lagi.