Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^
Showing posts with label Doctor. Show all posts
Showing posts with label Doctor. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Berbeza Realiti

Assalamualaikum W.B.T

Well, it's been quite long since my last post. Sesungguhnya there were so many things occurred since my last presence in this blog.

One of the biggest changes is that, I am no longer studying in Egypt. Due to some circumstances, I choose to continue medicine in Malaysia. It was not an easy decision. Stress tau dak nak buat pilihan! Masa nak isi borang stress, masa dah dapat keputusan masuk mana pun stress, bila dah masuk universiti baru pun stress, bila dah start blajar pun stress.

But one of the main reason I chose to stay in Malaysia is because of my istikharah. Istikharah is really powerful you know... Allah bagi ketenangan walaupun kita tahu benda ni bukan benda senang. Ingat jadi transfer credit student ni senang ke? Nak adapt dengan new friends, new lecturers, new surrounding, new systems.. Awal-awal ada yang dah psiko suruh balik Egypt smula. Trust me, it's not easy. Seriously not!!

However, Allah je ada kuasa bagi ketenangan dan kekuatan kat diri ni. That's why I always remind myself, to be happy and contented with istikharah. Berbahagia dengan istikharah. Beriman dengan ayat Allah bahawa setiap kesusahan ada kesenangan.

So, it's been like a month and half I'm here. Kehidupan sebagai student medic di Mesir dan Malaysia memang berbeza.

Here in Malaysia, basically no more spoon feeding. Not everything will be thought, mentioned by the lecturer. Lecturer will only give you sparks, but the one who should lit up the candle is you.

So to my friends who are studying in Egypt, don't worry. Rasanya lah based on my observation and theory, you guys tak payah risau sangatlah dengan clinical skills macam taking bp, buat venupuncture, buat physical examination. Clinical skills macam tu memang boleh acquire. I tried venupuncture few times, tapi failed. So takpelah, praktis lagi. Nanti kalau ada free time rajin2 la pergi attachment kalau you guys nak acquire clinical skills. Banyak lagi procedure kena tahu and buat. Bila dah jadi HO memang kerja amik darah je tiap2 hari...

You guys just kena RAJIN practice and have CONFIDENCE. Make sure tahu theory dia and then try to practice it. But there are few things yang make me concern la. These are few things that I want to point out:

1. Take proper history
Rasanya semua makruf je kan. History is the basic of diagnosis. Based on history, memang banyak la clue to make a diagnosis. Kalau boleh for every chief complaint, try to explain it more using SOCRATES method. I know kat Egypt, ada language barrier kan? But please try to clerk them jugak.

Takpelah kalau tak faham satu habuk mak cik pak cik tu cakap apa, but you have to train your brain to ask proper and related question regarding chief complaint. For example if patient complained having dyspnea, so what other related symptoms that you should ask to help you reach diagnosis or to exclude unrelated system? Train your brain to work, not memorizing the questions.

Kalau history cantik, diagnosis pun cantik.

2. Try to present cases
Lepas dah clerk (taking history) from patient, haa rajin-rajin la present cases. Ingat present cases ni saje-saje suka?
Bila patient first masuk hospital, orang pertama yang kena clerk and do all physical examination adalah HO. Lepas tu HO present case kat MO then to specialist. During ward round with specialist, specialist biasanya mana ada masa nak review case lama-lama. So kita kena pandai guide MO and specialist towards our diagnosis. Kalau tak kena cara present haa kena lah "why don't you mention this to me at the first place!" or sometimes they will say, "I don't have much time, just tell me what is important." Haa jangan gagap ye. Kesian patient nanti tak dapat proper review from specialist.

3. Try to synchronize your theory with your clinical findings.
Kalau boleh jangan lah hafal buku. Try to understand then apply it.

4. Rajin pergi ward round.
Hmm since aku pun tak penah pergi ward round kat Egypt, so I'm not sure macam mana procedurenya... But, kalau boleh pergi la ward round. Haa kalau pergi ward round tu, jangan la just tengok patient je. "Oooh patient CKD macam ni, patient CCF macam ni." Try la buat PE. Kalau tak dapat consent buat PE, haa learn to observe. Observe patient ni under nasal prong or neb, given TPN ke, given Normal Saline ke, Keep NBM ke. Lepas observe tu, jangan balik rumah minum susu pastu tidor. Try lah cari dia punya indication, contraindication. Bak kata one of my lecturer, "Everything in the wards is for you to learn."Tengok la sekali lab result, cxr, kub xray anything that available...

Same case with tengok procedure or surgery. That is not the time for you to take picture then post it at FB or instagram. Tahu, excited kan? But before you join any procedure, check la dulu latar belakang patient, his presenting illness, indication of procedure, complication bla bla bla.. At least you gain something.

5. Respect your lecturer!
Tahu kekadang ngantuk lah, boring la dalam kelas. Tapi bertahanlah... Appreciate their knowledge :) Not everything you can learn from the book.

6. Belajar manage patient
For every diagnosis, tahu the general management, investigation yang kena buat. FBC, RP, LFT, ESR.. Pastu belajar interpret result. Urea high, creatinine high but it was not proportionate.. So what is possible causes?

That's all I wanted to share. Aku pun tak pandai lagi. Banyak lagi nak belajar. Jadi sama-sama doakan...

Alright. I'm sleepy. Good night people.

For those who miss me (ada ke haha!), I'm surviving, contented and enjoying my new life :)


Kasr Al Ainy and UIA



Friday, December 7, 2012

Kot Putih


Baru selesai makan petang hari ini. Alhamdulillah, rezeki sotong goreng celup tepung hari ini. Terasa balik ke Malaysia pula, ditambah dengan angin-angin sepoi bahasa yang masuk ke rumah tingkat tujuh ni.
Terima kasih buat saudari yang tolong masakkan sotong goreng. Untung saya dapat kawan serumah macam saudari... Hehe!

Lepas makan ni, biasalah, tenaga tengah banyak. Nak bercerita tentang semalam boleh?

Semalam. Ada apa dengan semalam? Semalam hari yang menarik. Semalam ada lawatan ke Fever Hospital bagi subjek Community Medicine. Secara keseluruhan, dapat saya simpulkan lawatan tersebut memang seronok dan bermanfaat! Dapat sisi pandangan baru mengenai tugas doktor...



Sebelum terdedah dengan maklumat tentang Fever Hospital, terfikir, kenapa nama hospital ni Fever Hospital? Kalau diterjemah jadi 'Hospital Demam' dalam bahasa Melayu. Kedengaran janggal. Dan kenapa perlu ada hospital yang khusus untuk demam sahaja?

Saya rasa saya ni agak kurang sikit lah tentang pengetahuan am di Malaysia mengenai hospital. Sebab saya tak pernah dengar pun pasal Fever Hospital di Malaysia. Di Mesir sendiri, ada lebih kurang 12 buah Fever Hospitals. Banyak kan? Di Malaysia? Saya tak pernah dengar satu pun. Kebanyakan hospital di Malaysia adalah general hospital dan private hospital.

Hospital ini menempatkan kebanyakan case Tetanus, Gas Gangrene, CNS infection dan HIV. Department di hospital ini juga berubah mengikut keperluan dan kekerapan kes.

Sebenarnya Fever Hospital adalah salah sebuah hospital yang special. Special and specific. Satu refleksi dapat dibuat adalah, tenaga kerja dalam sektor kesihatan di sini luas. Bayangkan, hampir setiap sistem tubuh badan, ada hospitalnya tersendiri di sini. Kalau di Cairo sahaja sudah ada Bilharzial Institute, Cancer Institute, Children Hospital di Abou Rish, Fever Hospital dan tak silap doktor yang mengajar kami ada mention tentang Dialysis Center dan Liver Institute. Kalau di Malaysia, hospital yang specific saya pernah dengar hanyalah Institut Jantung Negara (IJN). 

Refleksi lagi, katanya di Mesir ini ramai doktor pakar. Dalam subjek Community Medicine sendiri, doktor ada mention tentang khidmat doktor pakar di outpatient clinic di general hospital. Saya sendiri pernah pergi. Yang buat examination tu memang doktor pakar mata (Ophthalmologist). Untung bukan rakyat sini? Dan saya dengar (hanya dengar, saya tiada fakta yang tepat) kalau di Malaysia referral system mungkin mengambil masa lebih kurang dua bulan. Lama. Cukup untuk buat si pesakit naik muak dan tertunggu tunggu jawapan, diagnosis dan rawatan. Ya, mungkin kerana Malaysia kekurangan tenaga pakar.

Pernah terbaca satu statement dari seorang figura, "Sesiapa yang nak jadi doktor, please rethink." Kenapa sampai terkeluar persoalan ini.
Adakah terlalu ramai dan crowded medical students dan HO? 

My point of view, kebanyakan hospital memang perlukan tenaga pakar. Tetapi yang ramai sekarang adalah chronic medical students dan HO. Yang kurang latihan, pendedahan, soft skills, confidence, attitude, dan segala bagai sifat positif dan competency. Saya bukan bercakap mengenai orang lain, sebab saya rasa saya ada ciri ciri lacking yang saya sebutkan tadi. Malu nak sebut lacking itu. ^-^''

Semasa sesi lawatan semalam pun, saya hampir terasa nak meluru keluar dari bilik ICU selepas tengok patient. Bukan geli, bukan kesian, bukan risau. Tapi takut, nervous! 

Sewaktu lawatan untuk sesi Environmet Hospital di Kasr Al Ainy, perkara yang sama juga berlaku. Satu usungan di tolak oleh pekerja hospital. Atas usungan itu, terbujur mayat kaku. Ketar lutut tengok. 

Kata-kata hikmah keluar dari Dr Sherif semalam, Kot Putih walaupun sifatnya ringan, tapi sebenarnya kot itu berat. Berat dengan amanah. Amanah dari pesakit dan yang paling penting Tuhan. Pesan Dr lagi, semoga bilangan pesakit yang kita rawat, lagi ramai dari pesakit yang kita 'bunuh' dek sikap careless, negligence dan ignorance kita.   

Sudah dusta berbau di madah,
Baru tahu retak percaya,
Sudah tanah berbau darah,
Baru tahu tiada geliga.

Mungkin ramai yang akan keluar dari sekolah perubatan di serata pelusuk dunia. Bilangannya pasti ramai. Pasti berbondong bondong. Berapa pun kuantitinya, semoga kualitinya mengatasi tahap 'biasa-biasa sahaja'

Mahu jadi lebih dari biasa-biasa sahaja, usahanya patut lebih dari biasa-biasa sahaja.
Mungkin boleh mula dengan aktif interaksi di kelas. Active listening and questioning.

Kes Kaposi Sarcoma  pada pesakit HIV yang kami lihat sewaktu lawatan. - Sumber Gambar Google.
Semoga kot putih ini menjadi amal untuk akhirat kelak.

Di hadapan Special Immunity Department. Siapa sangka bangunan usang di belakang banyak 'permata'. Terima Kasih  Dr!