Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, September 28, 2011

Menangis

Assalamualaikum W.B.T

Yeay! dah balik mesir! (heheh cam excited je bunyi kan, tapi percayalah ini lakonan semata)

Sebak tinggalkan family. Walaupun balik kali ni banyak bergaduh dengan mak, tapi hukhuk itulah yang sweetnya bila duduk jauh2 ni duk teringat balik. Mak kata A, kita kata B. Mak suruh A, kita buat B. Akhirnya dua-dua tacing dan muncung.. Hahaha!

Sudah tahun 3, tapi masih berairmata di KLIA. Nak buat macamana.. Menangis tu melegakan. Tak kisahlah orang kata apa dah..Nak nangis dan peluk mak kuat2 juga. Biarlah orang kata cengeng pun, saya bermanja dengan mak sendiri juga. Bukannya entah siapa-siapa..

Tentulah mak buat-buat tabah, tapi mak lebih kurang saya jugak.. Lama-lama, suaranya dah mula pecah dan bergetar.. Akhirnya saya gelak!
Konon tabah dan be brave ye! Hahaha leaking of emotion berlaku juga...

Adik kata, dah tahun 3 nangis2 lagi.

Ouh, tahu tak betapa leganya menangis???

Dulu pernah rasa tiada perasaan. Emosi habis diperah keluar akibat stress. Tak mampu menangis.. Tak mampu luah.. Atas tikar sejadah pun tak mampu... Rasa semua beban masih terbuku.

Sampailah satu hari, DIA bagi peluang untuk saya menangis semula. Masa tu, memang banjir lah... Tak berhenti. Lega bukan main!! Hebatnya lah penangan menangis ni... Saya tak peduli orang kata apa, sebab saya punyalah lega, DIA masih bagi saya rasa dan jiwa.

Hati yang keras sahaja yang mampu untuk tidak tersentuh dan menangis.. Rugi kan kalau kita tak mampu menangis kerana DIA? Kan air mata yang jatuh sebab takutkan DIA mampu selamatkan kita dari Neraka?

Hebatkan kuasa air mata?


Thursday, September 22, 2011

Markah

Assalamualaikum W.B.T

Semua orang sudah mula masuk *sekolah*. Nampaknya Aiman sahajalah yang tengah berseronok buat sementara setelah UPSR habis. Hohoho free katanya.. Tak perlu dengar ibu dan kakaknya nagging lagi.

"Adik, study lah!"

"Nah, buat latihan ni!"

"Isk apelah, either___or dengan neither____nor pun tak reti beza" - haha kejam giler ayat kakak Aiman ni-

"Oit, mencandat sotonglah! Bukan menangkap sotong" -garang giler kakak Aiman.

-Kakak Aiman memang kuat buli Aiman, almaklumlah setahun sekali jer jumpa ^^-


Nasib awaklah Aiman. Kakak dan abang awak terdapat 5A pulak UPSR dulu. Jadinya, awak kena pressure lah...

Ibu kata zaman Aiman nanti takde PMR dah. Abang je yang last sekali amik PMR nanti.

Isk macam-macamlah. Kesian mereka... Makin complicated pulak.
*malas nak bebel panjang*

****

Rasanya dulu zaman SPM saya, peperiksaan percubaan 2 kali saje. Satu negeri, satu lagi peringkat SBP (Kalau ikutkan terlampau banyak peperiksaan untuk dilistkan)

Baru-baru ni, kononlah nak reminiscing the *good old days* di kolej. Hahaha sampai2 sahaja, muka-muka cikgu punyalah penat dan tension.
Muka student lagi lah tak payah cerita. Macam dah tiada perasaan saje.

Percubaan mereka ada 4 kali. Dan cikgu2 pulak non stop marking. Hahaha itulah bahana tittle SBP, SBT, Kluster.
*Salute pada cikgu2 dan pelajar yang non stop bekerja!*

Kami (saya dan kawan), pandang sama sendiri dan sengih.. Tahap stress melampau pernah dirasai di kolej nampaknya dialami lagi.


Sedih dan terkilan. Nak cerita lagi sebenarnya. Tapi Biarlah rahsia.. Hehehe. Kang cerita, boleh masuk saham mengumpat jugak kalau ikutkan..

****
Kalau nak belajar tu, tak yah lah pikir score sangat. Buat tension je. Niat awal tu kena betul2, insyaallah smooth and silky je.

p/s: jari dah 2 bulan sakit. malas nak cek. hehe nak balik egypt guane gaya ni?

Sunday, September 11, 2011

Distance and Absence

Assalamualaikum ;)

Lama giler tak update. Biasalah duduk rumah... :D

Btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin! (Walaupun macam lambat je, takpe, Syawal sebulan...)

Tiada apa-apa yang khusus untuk dicoretkan.

Cuma balik cuti ini terfikir, pepatah "Distance makes the heart grow fonder" itu macam tak kena sahaja. Rasanya pepatah "Absence makes the heart grow fonder" itu lebih terkesan. Kan kan kan??

Bila pindah ke Kolej, kawan-kawan di sekolah lama terasa jauh benar. Makin renggang. Bukan bergaduh, cuma kita mesti terasa awkward sikit kan bila dah lama tak jumpa.

Yelah, takkanlah bila sudah 2-3 tahun tak berjumpa, boleh kembali bertepuk bertampar, bergurau-gurau macam dahulu. Mesti kena warm up dulu, then at that moment kita terasa a bit awkward.

Anyway, one of the greatest challenge that any kind of relationships face is distance and absence. :)

Samada distance and absence akan membuat kita lebih rapat dengan seseorang, atau renggang dengan sesorang, please make a good decision.



Ukhuwah itukan manis :) Jangan ranapkannya...


p/s: hey you, don't you miss me? You keep appearing in my dreams. -Only Allah knows well.