Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Tuesday, March 13, 2012

Selamat tinggal semalam!


Why aren't I one of these interesting people,
Who's always got something to say.
To not be contrived and to feel so alive,
And to never have wasted a day.

To go for long walks,
Have well informed talks,
In a non-confrontational way.
Why aren't I one of these interesting people,
And why won't you stay?

I'm still having the same conversation,
That I've been having for years.
I just want to read and retain information,
Just face up to my fears.

I look at myself and its so plain to see,
All I need is to change.
Not too much, I still want to be me,
Everyone looks the same.

Why is my phone full of so many numbers,
And why doesn't anyone call.
Maybe they think that I'm always too busy,
Or maybe I've no friends at all.

When I'm watching TV they're all out necking E's
And well obviously I'm applaud
Why is my phone full of so many numbers,
And why don't you call.





Malas tulis post baru! Atas tuh lirik lagu "Why" by Lily Allen. Comel and nice lyric! Lagu tema hidup kali ini ^_^
 Kebetulan result mid year baru keluar.. Tumbang sekejap lepas tgk result. Ah, malas layan perasaan kuciwa.. Rezeki Tuhan tu luas, depends pada diri je reti bersyukur ke tak.


Yang semalam tak payahlah nak pikir sgt, 
Yang masa depan pun tak tentu lagi,
Yang sekarang ni yang kita kena manfaat,
Supaya nanti tak makan diri.

p/s: Jodoh pun kena usaha. Teringat kisah cik H, "Kalau dia tak nak, nak buat macam mana. Kita cari lain jelah! Lupakan dia!"
Haih, pening2!



Monday, March 5, 2012

Cara Dia

Assalamualaikum W.B.T

Tiap-tiap kali dalam perjalanan nak pergi atau pun balik dari Universiti, selalu terserempak dengan seorang budak perempuan yang comel ini. Putih, mata besar, bulu mata lentik, hidung kecik dan mancung.. Sekali tengok mesti kata "Ala comelnya!!"

Nak sara hidup dia, dia jual tisu.. Kat tangan dia biasanya adalah 2-3 paket tisu yang dia nak jual. Dihulurnya paket tisu pada sesiapa jelah yang passing by. Kalau orang tak nak beli, dia kejar jugak orang tu, "Belilah tisu ni kak" (translation sendiri)

Kat sini kebanyakan orang memang tak mewah hidupnya. Terdesaknya dengan kesempitan hidup memaksa dorang semua ni jadi so 'memaksa' dan 'kasar'. Contoh budak jual tisu tadi, kita memang tak nak beli dan nak bekejar ke kuliah (dah lambat sangat daaa!), so kita tak nak la beli. Boleh pulak budak kecik yang comel, sejuk mata memandang tu pergi lepuk kita! Kalau kena time malang, dia amik je kotak air or sampah tepi jalan tu dibalingnya ke kita! Habis kotor baju!

Panas jugakla beb! Tapi teringat tu budak, dah la susah, takde duit, baju lusuh, rasa tak sampai hati. Kasihan pulak bila fikir. Macam manalah adik ni bila besar nanti. Terus macam ni ke? Macam mana dengan future dia? Macam mana dengan akhlak dia? Kecik-kecik lagi dah 'terkurang ajar' gayanya... Adakah sebab terdesaknya memerlukan duit memaksa dia jadi agresif sebegitu??

Kita rasa macam tak wajar je. Tapi ada orang cakap, time orang tengah tension or stress dia akan buat something yang wajar bagi dia, tapi tidak pada orang lain. Orang lain akan sangat tidak bersetuju dengan tindakan yang dia ambil, tapi dia akan rasa itulah benda yang terbaik dia boleh lakukan setakat itu.

Orang stress boleh jadi sangat dan teramat self centered. Saya bukan cakap tentang orang lain sebab saya pun rasa macam tu. Apa-apa pun, kalau nak bertindak ikut kepala sendiri, biarpun tak wajar pada pandangan orang lain, tapi biarlah guna kepala otak yang waras tu. Waras tindakannya..

Memendam rasa is not good at all (bagitahu diri sendiri yang suka sangat buat macam ni). Being alone plus burden urself with problems, gonna suffer u a lot. Janganlah takut share problems.. Especially sharelah dengan yang tersayang. Sebab mereka akan give advice utk benefit kita je. Takkanlah yang tersayang nak tengok kita sedih2 dan stress kan :)

Rambut je sama hitam (even though sekarang dah banyak colour), tapi otak lain2.. Some might give you soothing words, some maybe akan hantam you, maybe some akan bagi good advice. Kalau hati tu terusik, biasalah~ :D





I'm still having the same conversation,

That I've been having for years.

I just want to read and retain information,

Just face up to my fears.




I look at myself and its so plain to see,All I need is to change.Not too much, I still want to be me

- Why, Lily Allen -

Eh, ada orang faham ke saya bebel apa ni?p/s: demam!



Saturday, March 3, 2012

Musibah di Metro

Assalamualaikum W.B.T

It's been a while tak hapdet blog... Takde mood nak menulis walau hati terasa nak membebel-bebel dan bercerita.. Sibuk? Tak lah... Malas je ^^

Yeap, baru-baru ni ditimpa musibah.. Tak teruk sangat pun, tapi terkesan jugaklah. Alkisah, minggu lepas dalam perjalanan nak ke Khalafawy untuk kursus first aid, saya kena pickpocket.. Handphone dgn purse lesap. Mujurlah duit tak banyak dalam purse tu. Cuma phone je lah yang terkilan sikit.. (banyak sebenarnya!)

Nak ke Khalafawy tu kena naik metro.. Memang tengah peak time agaknya masa saya naik metro tu.
Metro tu padat sepadat-padatnya dengan manusia. Tahu-tahu sahajalah, lagi-lagi arab. Perempuan arab ni sama besarnya sahaja dengan budak lelaki Malaysia. Malah yang lagi besar pun ada. Jadinya budak perempuan Malaysia secara perbandingan relatif ibarat lidi dengan kayu balak. Penat berhimpit dengan mereka dalam metro!! Pening kepala berasak-asak.. Sekali tolak, tumbang terus rasanya kami...

Entah macam mana, memang tak perasan langsung.. Sedar-sedar turun metro tengok2 zip beg dah terbukak.. "Aish, konfem kena seluk ni!" monolog dalam hati.

Seteleh dibelek-belek, memang sah lah. Hilang belaka.. Terasa panas sekejap, tapi mulut cepat-cepat istighfar.. Hati mengingatkan, kalau Tuhan nak tarik nikmat, sekelip mata je hilang! Nyawa kita ni pun pinjaman je... Sabar -sabar! Cepat2 diri mencari hikmah tersembunyi nak sedapkan hati..

Teringat sewaktu di Madrid, hati tengah excited sangat2 bila sampai... Subway yang penuh dengan buskers dan pemuzik jalanan jadi hiburan buat kami yg tengah kepenatan baru sampai. Yelah, suasana yang jarang-jarang ada di Malaysia mahupun Mesir. Biasa tengok dalam movie je, ini depan mata.. Mestilah excited semacam kan?

Rupanya, dalam tgh2 syok layan buskers, one of my friend kena pickpocket! Allah! Habis belaka duit belanja dia... Camera and all of her pocket money lesap! Tak sampai bape jam arrived, dah kena pickpocket!! Hilang habis mood kami juga nak bercuti~ Lepas tu trauma setiap kali naik metro di Spain!
(Tak pasal-pasal experience nak kereta polis dekat Spain! Aish, dah la Spanish policeman tu cute! Jatuh level iman ku hari tu..)


 
In Seville. Time ni macam tengah  nak buat music video je.. Lagu+tram way+orang jalan2+sunny day = happy! :D
Agaknya hari kena musibah tu, saya banyak sgt buat salah kot. Yeah, I did mengamuk sikit pagi tu.. I said something behind somebody's back.. Itulah balasannya  kan? Allah nak suruh beringat lah tu.. Suka hati sesedap rasa jagung je judging orang, kan dah kena!

Hati ni tengah belajar redha. Semua-semua ni pinjaman Allah semata... Sebak nak  kira satu-satu nikmat Tuhan.. Tengok diri sendiri dah cukup... Lengkap- selengkapnya kejadianNya. Kita kan sebaik-baik kejadian? Kadang-kadang kita rasa tak cukup, tapi sebenarnya Allah bagi kita lebih... Kita je tak penah nak fikir dan terima itu sebagai nikmat.. Bila hilang dan takde, baru rasa menyesal kan? Baru rasa something yang  kita hilang tu nikmat..

Ingat kita ni meminjam.. Dah pinjam tu, cubalah beramanah dengan apa yang kita pinjam tu... Dan pemilik hak yang kita pinjam ni, berkuasa nak ambik hakNya bila-bila masa or kat mana-mana pun... Jadi, apabila hilang sesuatu, redha dan banyak2 istighfar... :)



p/s: jangan call my current number, nanti mak cik arab angkat.. If anyone received one, ignore the call. I'll notify my number after I get a new one. :)