Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Tuesday, April 10, 2012

Amanah Siapa?

Assalamualaikum semua :)

Masa idea datang mencurah-curah, rasa macam banyak je nak tulis. Tapi bila dah duduk depan Lappy ni, satu habuk tak nak keluar.

Bismillahirrahmanirrahim...

Kata-kata Syeikh Yusuf bin Muhyidin Al Hasani baru-baru ini, terkesan sungguh di jiwa saya. "Manusia selalu buat falsafah. Selalu bertanya, bagaimana saya mahu menjadi seorang Muslim yang baik, walhal sepatutnya Muslim itu sendiri baik!"

Menjawab juga pertanyaan tersebut, Syeikh Yusuf punya jawapan simple sahaja. "Taat kepada Allah dan Rasul!"

Kali ini mood saya mahu bermuhasabah. Bermuhasabah tentang tanggungjawab, tentang tugas, tentang amanah. Mungkin akan ada antara kalian yang membaca merasa allergic dengan topic ini, mungkin ada yang melabel saya cakap besar, mungkin ada jelek berbicara tentang perkara sebegini, tapi ingatlah, hidup kita ini amanah. Amanah kita dengan tuhan, dengan Allah! Andai suatu hari saya terlupa,  ingatkan kembali saya.

Saya bukanlah manusia yang sempurna. Tidaklah bertudung labuh bak ustazah, tidaklah menghafaz Al Quran 30 juzuk, masih tidak khatam lagi membaca hadis 40, masih ingat-ingat lupa sirah Rasulullah, puasa sunat pun jarang-jarang, solat 5 waktu pun tidak tepat waktunya, apatah lagi nak bangun qiam. Ya, banyak defect! Sangat banyak tak terkira..

Namun sejak menyedari hakikat yang diri ini makin tua, tak banyak masa, dan memikirkan peranan diri dalam dunia dan agama, rasa diri ini kecik lah sangat-sangatnya... Saya tak tahulah bagaimana dengan kalian, tetapi sewaktu saya umur akhir belasan hingga awal 20-an beginilah saya banyak berfikir tentang perkara2 sebegini.. Mengenai tanggungjawab dan tugas kita di dunia.

Kita hidup sebagai hamba, sebagai khalifah dan juga daie. Percaya atau tidak dulu-dulu memang saya allergic dengan perkara sebegini!
Kalau ada yang mengingatkan, saya rasa "Oh, please!! Tolong jangan tunjuk yang kau tu baik sangat okeyh! Cakap je lebih! Buatnya tidak! Nak cakap pasal dakwah lah, usrah lah, biah lah, solehah lah, isk! Geli okeh!"

Saya sekarang pun bukannya baik sangat, tapi bila saya flasback balik diri ini dulu-dulu, nak tergelak pun ada. Ego tak memasal! Padanlah sekarang banyak istilah2 sebegitu terpaksa diolah. Usrah dan halaqah jadi Bulatan Gembira atau Smart Circle,  tarbiah jadi terapi jiwa lah dan sebagainya... Sampai begitu sekali allergicnya!




"Aku Pekerja Islam!" Pernah dengar?
Itu saya, dan kalian juga.

*Saya nak bagi dalil, tapi tak reti pulak nak cari dekat internet nih.. Tapi nanti kalau saya jumpa, saya letak di bahagian komen ya!*


Saya bukanlah seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq, yang sanggup memberikan semua harta-hartanya untuk Islam.
Saya tidaklah seberani Saidina Umar Al Khatab, yang sanggup berhijrah terang-terangan.
Saya tidak secerdas Saidatina Aisyah, yang arif tentang segala hadis Nabi.
Saya bukanlah seperti Mus'ab ibn Umair, Khalid Al Walid, Bilal bin Rabah, Sumaiyah, dan ramai lagi pejuang Islam.

Kalau saya hidup sezaman dengan nabi, entah mana letaknya saya. Tengok tahap berani, ikhlas, ilmu, sabar, bersungguh-sungguh, rajin, ahhh! Jauh sekali nak dibandingkan dengan mereka.. Even kalau dihantar ke Palestin atau Syria untuk membantu pesakit, rasa-rasanya berjuta-juta kali memikir nak pergi ke tidak.

Kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan mereka. Kerdilnya rasa diri ini kerana tak menyumbang apa-apa untuk Allah dan Rasul.

"Nah! Senang sekali. Kamu berbuat apa-apa, pandang Allah sahaja. Jangan memikir pandangan orang," pesan Syeikh Rohimuddin dalam pelat Indonnya.. :)

Iya iya, saya faham... Tak mampu nak jadi macam Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali, Saidina Uthman dan lain-lain, tapi usahalah jadi Muslim yang sebenarnya. Bukan sekadar nama. Tahu tak mampu jadi pendakwah macam Ustaz2 atau Ustazah2 di tv, atau sekencang tulisan blogger Islami yang byk menyentuh iman, tapi cuba juga menyumbang dan bekerja untuk Islam dengan menjadi Muslim yang benar-benar muslim.

Dakwah bil hal orang kata gitu... Dari segi ibadah, amal, hidup, pakaian, muamalah.. Benda baik ni kan macam perfume. Satu tempat je kena spray, tapi semerbak bau sebilik. Even though you spray sikit je.

Macam tulah jugak dakwah bil hal. You buat sikit je, tapi effectnya pada orang lain terasa juga.. :) Banyak cara nak menyumbang dan menyelesaikan amanah, tapi manusia suka menyempitkan cara. Pandang sebesar-besar benda, tapi benda kecik selalu tinggal. Selalu impikan puncak, tapi lereng pun belum pergi.. Isk..
Tapi janganlah selalu di takuk yang sama. Up kan level tu.. Iman manusia ni selalu turun naik. Hari ni naik, takkan esok nak biar dia turun plak kan?

Spread the love and good deed for Allah! In the end, kalau diterima, rewards nya dari Allah juga. Bukan dari Agong, Sultan, PM, ur parents, ur hubby, ur wifey or ur friend ^^

Sekian, Adizufly.

*Post ini juga amanah. Maaf lah lambat pemberi amanah.
Tiada kata yang tak boleh ditolak, dibuang kecuali kata-kata Nabi Muhammad S.A.W. Sollu Alan Nabi!*





No comments:

Post a Comment