Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, May 9, 2012

Bersepah, maka kemaslah!


Assalamualaikum W.B.T

Rasa macam bersalah tinggalkan blog ini kosong. Kesian dia. 
Tapi takut pulak nak mencoret dan menconteng di sini. Takut habiskan masa kalian di sini.

Hari-hari kemas bilik,
Maknanya hari-hari buat sepah la?

Itulah namanya bertangguh kerja.
Baju bersih menggunung tak berlipat.
Buku-buku berserak atas meja.
Lantai tak bersapu.
Akuarium tak berbasuh.
Kertas and nota berterabur.
Katil and tilam tak berkemas. (eh takde katil!)
Meja berhabuk macam bertahun tak guna.  - Situsi yang buat orang sesak nafas -

Balik rumah after kelas, pening tengok bilik bersepah. What the chicken??? Ni bilik siapa ni? Naik tensi.
Padahal sendiri yang buat. Pastu bebel sorang2.. Duh, sendiri buat kot...

Refleks diri dalam 10 tahun akan datang. Kot lah rezeki dah kahwin, jadi bini dan mak orang, lagi2 dah jadi doctor. Takkan nak biar perangai malas dan buat dek je. Biar je bersepah. Lagi lama you tinggal, lagi bersepah la beb. 
Konon lah nak jadi isteri mithali, super mommy, hahaha time bujang tak nak practice. Hipokrit...
Hah, lagi kalau slogan hidup nak bawak Islam, kekemasan diri dan rumah macam kena langgar Garuda je, tak payah ler. Walk the talk!

Benda simple kot. Lepas guna simpan dan kemas.
Time boring study, pi lipat baju.
Nak keluar rumah tutup tingkap, tutup lampu and kipas sume bagai. Baru lah bilik tak jadi cam gurun, pasir masuk. Al maklumlah duk Egypt.
Lepas masak, terus kemas dapur.
Pas bangun tidur, terus kemas tilam and selimut. 

Sindrom exam - Bilik bersepah!
................................................

Coretan untuk diri di masa akan datang:
Perkara di atas sebagai coretan untuk diri sendiri. Sila jangan sepahkan bilik anda sendiri ye, Adilah. Tahu tak larat nak kemas. Kononlah busy study ye dak?
You can't tolerate with a messy room kan? So jangan buat mess ye!

Kebersihan tu sebahagian daripada Iman. Dah la Iman manusia ni tak tetap, sekejap naik, sekejap turun. Jangan bagi turun lagi!! *Peace Adilah*

p/s 1: I wrote this khusus untuk diri sendiri. Bebelan from the past for the future :) 
p/s 2: Terpublish post ni di blog batch pada awalya. Mati kena tembak dengan TTK n MT nanti. T__T

2 comments:

  1. berselerak kan ?

    padanlah aku tengok pelik ada dua
    nasib baik kau dah delete
    kalau tak serius hambar
    hahaha

    ReplyDelete
  2. kena disiplin sebenarnya :)

    kalut aku bila terpost kat gen 9 ari tu..
    Ye, ye, nasib dah delete. aku pun jadi malu kalau tak delete.

    ReplyDelete