Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Thursday, June 7, 2012

Di mana aku


[Something that I wrote for Al Jauhar, risalah batch Gen 09. I know ni typical story, tapi tangan dah gatai sangat nak menulis. Here goes! ]


Pen diketuk-diketuk ke meja. Irama Here Comes the King yang bermain dalam kepalanya langsung tak terzahir dengan gendangan pennya.

Dia sebenarnya kusut! Fokusnya hilang sejak tadi. Sudah satu jam berlalu, tapi muka surat yang sama juga dihadapnya. Tak berkalih-kalih. Matanya dari mula sampai la, bak kata orang Kedah masih merenung gambar anatomi jantung dengan segala jenis arteri yang berselirat.

Mug berisi hot chocolate hazelnut yang masih berasap halus dihirupnya perlahan. Ah, nikmat! Hilang sekejap rasa kusutnya. Tapi fokusnya tak datang juga.  Niatnya nak studi tak jalan-jalan.

“Kalau aku quit macam mana?”

Tersentak Hanisah yang menghadap. Nak tersembur Chipsy perisa garam yang dikunyahnya. Buku pharmacology dengan nama seribu jenis ubat ditutupnya. “Kau gila ke apa? Dah separuh jalan kau nak berhenti. Apa kes?”

My dear Hanisah, kau ingat aku nak quit apa ini? Belajar? No way lah man!” Selamba hot chocolate hazelnut dicapainya semula. Eh, dah habis! Tak perasan pula. Ni kes berangan terlebih lah ni. Mug  dah ringan tanda isinya habis pun tak perasan.

“Nak tersedak aku tahu! Kau pun random je bagi soalan. Lagi-lagi lepas result mid year keluar. Yelah, aku tahu kau punya result pun so and so je...” Hanisah kalau bercakap memang selamba. Main langgar lampu isyarat. Merah ke hijau ke kuning ke hatta hitam sekali pun kalau ada, dilanggarnya. Terbabas hati Radhia dirempuhya. Nasiblah Radhia dah biasa dan cool sahaja.

  Tapi kali ini berbeza.

Radhia tunduk. Air mata dah mula bergenang di bibir mata. Cepat-cepat disekanya. Hanisah yang dari tadi tak berhenti menguyah Chipsy kini berhenti. Risau pula dia tengok Radhia dah menangis. Perempuan kalau dah menangis susah nak berhenti!

“Maaflah babe. Aku kasar kali ini.” Perasaan menyesal mula menebal dalam hati Hanisah. Kadang-kadang mulutnya memang susah nak kawal. Tapi bitter truth is better. Qullul haq walau kanna murran.Berkatalah benar walaupun pahit.

“Tak ada apa-apalah. Betul dah kau cakap tu.” Serak sikit suara Radhia tahan sebak.

“Kau nak quit apa sebenarnya ini? Kau nak quit jadi bujang ke? Alter ‘Hikayat 100 Bujang’ dalam batch kita ini?” Dah memang tiada rezeki lagi dari batch Aqua ada pasangan mutazawwijin. Manalah tahu Radhia jadi orang pertama! Hanisah memang nakal bab begini.

Nonsense!! Nak rasa siku dengan aku?” Bulat mata Radhia. Dua-dua keningnya diangkat, kalah Ziana Zain.  Siku tajamnya diangkat dan ditala ke arah Hanisah.

Hanisah gelak dan angkat tangan tanda menyerah. “Cool cool. Aku gurau saja.”

Radhia sengih sumbing.Radhia tak tahu alasan apa lagi yang munasabah untuk diberi pada ibu dan ayahnya. Bila result teruk macam ini, memanglah tersayat hati teringat ibu ayah.

Ayah  dah separuh abad, rambut dah mula memutih, kerutan di muka mula terzahir, kudrat pun tak banyak tinggal. Ibu pun sama. Baju kemeja ayah lama tak berganti. Jumpa kawan baju itu, pergi kerja baju itu, keluar makan baju itu dan raya pun baju itulah. Selesa benar ayah dengan kemeja itu. Warna biru asalnya, sekarang dah tukar jadi greyish white ala-ala fibrosis pula dek lusuh. Telekung putih ibu pun serupa. Bertahun tak bertukar. Proportion mereka disimpan, untuk anak.

Sampai saat nak kena beritahu fasal keputusan peperiksaan, luluh! Luluh jiwa dan raga Radhia. Risau penerimaan ibu bapanya. Keluarga Radhia sederhana. Tak susah, tapi tidaklah mewah. Untunglah Allah beri peluang jejak kaki sampai sini. Siap dapat biasiswa lagi...

“Mak cik Radhia, tadi mak cik nak cakap apa ye? Anak tak dengar ni...” Bertuah punya budak Khadijah. Kepala lentok atas buku Pharmacology Lippinecott 5th  edition plus mata siap pejam lagi. Tapi rupanya telinga tu duk terima impulse hearing je.

Khadijah angkat pipi kanannya dan tongkat muka dengan kedua-dua tangan. Buat muka minta jawapan.

Dia pernah kecewa. Dia pernah gagal. Dia rasa terseksa. Gila kan hidup memikirkan komen-komen dan label yang orang luar bagi?  Hey, I don’t wake up every day just to impress you!
Habis tu, siapa? Rasul? Allah? Bagus sangat ke amalan dia untuk Allah terima? Baca buku pun setakat seperenggan dua. Ibadat lagilah. Takat solat lima waktu. Amalan sunat macam zikir dan mathurat langsung tidak bertanda pada mutabaah amalnya. Tak nampak langsung sungguhnya.

“Aku nak berhenti jadi manusia yang tak bermatlamat dan tak bermanfaat. Aku malu. Malu dengan Tuhan, Nabi Muhammad, parents aku, korang. Aku tak tahu mana letaknya aku saat kita graduate nanti, saat kita dalam kubur nanti, saat kita di akhirat nanti.” Sungguh-sungguh Radhia menjawab. Entah! Umur macam ini memang baru nak kenal erti hidup agaknya. Segala jenis falsafah pun boleh keluar fasal hidup.

Sejak sahabat seumur dengan mereka Ramlah meninggal akibat sakit, ramai antara mereka yang berubah. Yelah, kena tegur direct dari Tuhan. Pergi dahulu, tanpa sempat habiskan perjuangan, tanpa sempat tua. Tapi semangat Ramlah sampai bila-bila hidup dan terkesan dalam diri mereka. Sampai nafas terakhir pun, masih mahu berjuang di medan pen dan kertas.

  Mati itu hakikat. Whether you are ready or not, death will come after you.

Khadijah dah mula berjinak hafal Al Quran. Dia kata biaq pi lah orang kata dah lambat sangat nak mula, tapi peduli apa dia. Sebab dia tahu, the clock is ticking.  Sekurangnya amal dia itu membuah bekal untuk dia di ‘sana’.

Hanisah walau mulut tahap laser, hari-hari Radhia tengok dia sembahyang Dhuha. Kata-kata dia walaupun tajam, tapi ada juga percikan iman. Ada zouq lah orang kata. Kawan-kawan di kuliah pun sama juga. Terasa benar bezanya dulu dan sekarang.Masing-masing dah berubah jadi lebih baik.

 Tapi Radhia rasa dia masih di takuk yang sama juga. Studi, ibadah, amalan harian, kata-kata, iman.

In shorts, are you serious about change?

Di mana aku nanti, bila kawan-kawan dah genggam segulung ijazah? Sarung kot putih? Rawat jiwa pesakit? Berkhidmat untuk ummat? Masih dalam saff ataupun tertinggal di belakang keseorangan? Entah-entah aku juga yang terakhir dan terkebelakang  untuk ke syurga? Tercicir dan tercorot...

“Aku tak nak hidup untuk hilang. Yelah, hilang dalam pandangan Allah dan korang. Aku nak quit jadi orang yang hidup untuk dunia saja or sesat antara dunia dan akhirat. Nak strive betul-betul! Nak rasa bererti dan wujud dalam dunia. Aku kena memberi.” Tiba-tiba kata-kata hikmah Ustaz Hasrizal menerjah kepalanya. Erti hidup pada memberi.

Kawan-kawannya sudah laju berlari. Sudah lama sedar hakikat. Dia rasa dia sorang saja yang baru sedar dari lamunan.  Menyesal.

Dunia adalah ladang tanaman untuk akhirat, dan akhirat  tempat menuai. Itu yang sebetul dan sesahihnya!

“Aku faham... Radhia, aku nak kau tahu. Ukhuwah orang Islam ini lah yang paling cun sekali. Sebab kita semua ini satu. Bersatu sebab aqidah kita. Cuma jasad saje berbeza. So nak katanya, aku pun tak seronok belajar sorang-sorang, hidup sorang-sorang, sembahyang sorang-sorang, berjuang sorang-sorang, apatah lagi kalau merasa nikmat syurga sorang-sorang! Aku nak bersama dengan famili, sahabat, kau, Khadijah hatta ikan emas aku pun kalau boleh aku nak tarik sekali sama-sama jalan dengan aku, cari redha dan ganjaran Allah...”. 

Hanisah tepuk belakang Radhia. Tanda bagi semangat padanya.

Radiasi kesedaran dan semangat tersebar pada mereka.

Sekarang masing-masing diam. Melayan perasaan. Sesi study group di ruang tamu rumah akhirnya jadi sesi muhasabah dan tazkirah.
Khadijah capai Al Quran dan buka surah favourite dia. Kemudian disuakan Al Quran pada Hanisah dan Radhia.

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan bangunan yang tersusun kukuh.” 61:4
Moga Allah redha.




A thought,
                “Di mana aku?”
Tersadai di tengah. Tergantung antara mula dan tamat.Tak sampai ke puncak dan tak jejak ke tanah. Saat itu, sesal membukit.
Hidup satu pendakian.
Kalau sudah lelah mendaki, rehat dahulu.Tapi, jangan berhenti sampai mati. Kalau tak, sampai ke sudah tak merasa sampai ke puncak. Pupus di tengah.

No comments:

Post a Comment