Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, October 17, 2012

Sang Jernih dan Keruh

One thing that I don't like being here is sistem buang sampah.
Anywhere will do. Tengah traffic jam, bukak je tingkap, dan layangkanlah sampah dan plastik anda. Itulah nature mereka.

Kami tak berapa minat sangat nak guna khidmat pak cik yang angkut sampah tiap2 minggu kat sini. Sebabnya, tiap-tiap kali dia ambik sampah, tiap-tiap kali itulah dia minta duit. Walhal, setiap bulan dia minta juga duit gaji. Jadi duit bulanan ditambah lagi dengan duit tambahan, jadi banyaklah... Bukannya berkira, tapi tak sedap jugaklah habis sampai 40 genih sebulan untuk khidmat buang sampah. Dan pak cik tu ketuk pintu sangat kuat. Scarryyyyy!

Bila ditanya pada jiran ada alternatif lain tak nak uruskan buang sampah ni, dijawabnya "Kau buang jelah mana-mana. Takpe je."
Huh????

Tengok! Bengang! Rasa nak hampuk siapa sekarang...

Ya Allah! Sibuk-sibuk mengata Dr Moursi suruh perbaiki sistem pembuangan dan pengurusan sampah, tapi kalau mentaliti rakyat macam ni, payah la agaknya nak berubah. Bertimbun jugak sampah kat tepi jalan tu. Tak kemanalah kalau macam tu perangainya...

Itu orang kata "Islam bi la Muslimin." Namanya ada, tapi pembuat dan pengamalnya tiada...


Semua ini,
boleh berubah. Semuanya dengan Iman. Bila kita beriman, kita akan percaya, kita cakap, kita buat. Kalau tak cukup 3 komponen tu, iman tak power lagi lah tu.

............

"Ya Banat, annazofatul minal iman huh? Barakallahu fi kunna. Alkitab nazifah jiddan!" Reaksi Ustaz Mahmud bila tengok buku Nahu. Licin! Takde sebarang indication pun bahawasanya kami bukak buku, study dan siapkan tadribat yang diberikan.
Sebab tu ustaz kata 'bersih' betul buku kami. Tak buat homework. Dah macamne nak maju, duk hidup takat sama je. Buat homework pun malas... :'( Cakap dan semangat bertimbun, tapi action cap siput...

Belajar nahu, belajar muhadasah, tapi cakap arab lekat-lekat lagi. Dah lah vocab tak banyak, pastu nahu lintang pukang pulak....

"Ya kusalaa!" Nah, amik kau! Pemalas ustaz panggil kau. Kalau tak terasa lagi, sila hantuk kepala ke dinding.
Salah siapa? 
..............

2 different situations. Yeah kind of tak reti nak relatekan.. No acronyms between both situations.
Everything is about attitude. 

Kita kagum dengan kehebatan dan pencapaian orang lain, sampai kita terlupa kita sebenarnya mampu jadi macam orang-orang hebat nih kalau kita ubah attitude kita. 
Key point, Ubah Attitude!!

Iman kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Memang ada masanya perlu booster.

*Nota Bahasa:
1. Islam bi la muslimin = Islam tanpa orang-orang muslim
2. Nazifah = Bersih
3. Ya kusalaa! = Hai, orang-orang yang malas! (Pergh pedas giler kena dengan ustaz yang ini!)


No comments:

Post a Comment