Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Tuesday, February 26, 2013

Muka Tembok


Akhir-akhir ini selalu memilih jalan yang extraordinary sedikit.
Solusi yang biasa-biasa terlontar oleh orang-orang luar, tak kena pada situasi diri.
Atau sebenarnya, diri ni yang degil dan keras kepala sedikit.

Makanya. pilih untuk bersendiri di jalan yang orang jarang pilih. Ala-ala The Road Not Taken.
Tapi, cubaan menjadi minoriti bukan senang. Mana nak cekau courage entah!

Risiko kegagalan, risiko ketakutan bersendirian sampai ke hujung jalan bermain di kepala.
"Life is real," pesan ibu. Bukan suka-suka. Bukan main-main.
Jadi, perlu siap siaga dengan keputusan nanti.

Ah, budak muka tembok memang begitu! 
Semoga Allah mudahkan :)


p/s: Esok lusa dah masuk bulan Mac. Akhir bulan Mac sudah nak end round.  Nampaknya tahun 4 hampir tamat... Cepatnya masa berlalu!

Thursday, February 21, 2013

Fateh

Ustazah: Kalau ibu bapa kamu nak kahwinkan kamu dengan anak Pakcik Ahmad, tapi kamu nak kahwin dengan anak Pakcik Soleh. Kamu nak buat apa?

Dengar je soalan ni buat masing-masing tersipu dan keseganan nak menjawab. Suasana kelas, dikira sebagai suasana formal. Kebiasaan topik kahwin ini memang membuatkan suasana hiruk pikuk dengan gosip sana sini. Tapi topik ini jadi topik muhadasah (perbualan) arab. Kekok nak menjawab dalam suasana kelas, di samping keterpaksaan kononnya 'menetapkan' pilihan hati di hadapan kawan-kawan.

Pilihan saya adalah pilihan hati. Anak Pakcik Soleh. Tapi ustazah cuba defend anak Pakcik Ahmad, katanya anak Pakcik Ahmad cerdik, kaya, kacak, bergaya, katang, dan jujur. Goyah!
Anak Pakcik Soleh kurang kaya, kurang kacak, kurang bergaya, kurang katang, segalanya kurang jika dibandingkan dengan anak Pakcik Ahmad.

Jawapan final saya: Kena solat istikharah dan solat hajat dahulu. Tapi kalau boleh mahu pilihan hati juga.

Ustazah balas, anak muda memang fikir hati dulu. Orang tua fikir kehidupan kemudiannya. Tak mahu anak hidup susah, tak cukup makan, miskin dan lain-lain. Tapi kalau kita tak suka dia, memang susah nak hidup dan berkomunikasi. Kena ada satu meeting point antara pasangan, dan pada saya point itu adalah tujuan hidup: hidup bertuhan. Kalau perkara kecil kita susah nak berlapang dada dengan pasangan, apatah lagi perkara besar? Itu penting hati dan perasaan juga bila nak kahwin ini.

Muka memang dah panas bila terpaksa jadi terbuka macam tu. Malu, segan, dah la takde pengalaman.
Ikut hati memang nak jawab, "Saya tak tahu! Takde pengalaman lah..."

Ustazah macam faham je monolog hati. Pesan ustazah, "Kamu tak boleh kata kamu tak tahu. Kamu kena fikir. Kamu kena terbuka. Kalau saya ada masalah, kemudian saya minta pendapat kamu. Tapi kamu jawab tak tahu. Memang kamu tiada pengalaman dalam bab kahwin, bab cerai, bab tarbiyatul awlad, tapi sebagai seorang Muslim, kamu tak sepatutnya menjadi seorang yang tak kisah dan tertutup. Jadi terbuka!"



Point ustazah adalah sikap keterbukaan dalam memberi pendapat dan berfikir. Jangan hanya jadi tukang angguk dan tukang geleng.

Nota bahasa: Fateh bererti buka dalam bahasa Arab.

Thursday, February 7, 2013

Wangi



Semerbak bau mengharum,
Titis-titis rindu mengembun,
Jatuh memecah jiwa rapuh.

Yang nyata,
Pendosa seperti aku juga perindu,
Perindu belasan dan syurgaNya.

Maqam Nabi Yusha' bin Nun. Tergamam melihat kepanjangan kubur ini...


Maqam nabi Allah, Nabi Syua'ib A.S.

Maqam Abu Ubaidah Ibn Al Jarrah.
Salah seorang sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah.


Maqam Mu'az bin Jabal

Maqam Zaid bin Harithah. 



Banyak lagi maqam yang dilawati sebenarnya. Tapi maklum sahajalah Internet seperti kura-kura, tak mampu berlari seperti Jaguar. Maka ini sahajalah yang larat utk di uploadkan. Antara maqam lain yang kami pergi Maqam Saidina Jaa'far bin Abi Talib (bapa saudara nabi), Maqam Shurahbil Ibn Hasana, Maqam Dirar Al Azwar (saudara lelaki Khawlah Al Azwar) dan Maqam Amar bin Abi Waqas.

Semerbak bau wangi. Anugerah Allah untuk mereka... Semoga kita tergolong sama. Amin.