Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Thursday, February 21, 2013

Fateh

Ustazah: Kalau ibu bapa kamu nak kahwinkan kamu dengan anak Pakcik Ahmad, tapi kamu nak kahwin dengan anak Pakcik Soleh. Kamu nak buat apa?

Dengar je soalan ni buat masing-masing tersipu dan keseganan nak menjawab. Suasana kelas, dikira sebagai suasana formal. Kebiasaan topik kahwin ini memang membuatkan suasana hiruk pikuk dengan gosip sana sini. Tapi topik ini jadi topik muhadasah (perbualan) arab. Kekok nak menjawab dalam suasana kelas, di samping keterpaksaan kononnya 'menetapkan' pilihan hati di hadapan kawan-kawan.

Pilihan saya adalah pilihan hati. Anak Pakcik Soleh. Tapi ustazah cuba defend anak Pakcik Ahmad, katanya anak Pakcik Ahmad cerdik, kaya, kacak, bergaya, katang, dan jujur. Goyah!
Anak Pakcik Soleh kurang kaya, kurang kacak, kurang bergaya, kurang katang, segalanya kurang jika dibandingkan dengan anak Pakcik Ahmad.

Jawapan final saya: Kena solat istikharah dan solat hajat dahulu. Tapi kalau boleh mahu pilihan hati juga.

Ustazah balas, anak muda memang fikir hati dulu. Orang tua fikir kehidupan kemudiannya. Tak mahu anak hidup susah, tak cukup makan, miskin dan lain-lain. Tapi kalau kita tak suka dia, memang susah nak hidup dan berkomunikasi. Kena ada satu meeting point antara pasangan, dan pada saya point itu adalah tujuan hidup: hidup bertuhan. Kalau perkara kecil kita susah nak berlapang dada dengan pasangan, apatah lagi perkara besar? Itu penting hati dan perasaan juga bila nak kahwin ini.

Muka memang dah panas bila terpaksa jadi terbuka macam tu. Malu, segan, dah la takde pengalaman.
Ikut hati memang nak jawab, "Saya tak tahu! Takde pengalaman lah..."

Ustazah macam faham je monolog hati. Pesan ustazah, "Kamu tak boleh kata kamu tak tahu. Kamu kena fikir. Kamu kena terbuka. Kalau saya ada masalah, kemudian saya minta pendapat kamu. Tapi kamu jawab tak tahu. Memang kamu tiada pengalaman dalam bab kahwin, bab cerai, bab tarbiyatul awlad, tapi sebagai seorang Muslim, kamu tak sepatutnya menjadi seorang yang tak kisah dan tertutup. Jadi terbuka!"



Point ustazah adalah sikap keterbukaan dalam memberi pendapat dan berfikir. Jangan hanya jadi tukang angguk dan tukang geleng.

Nota bahasa: Fateh bererti buka dalam bahasa Arab.

No comments:

Post a Comment