Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Thursday, March 28, 2013

Subuh Semalam

Subuh semalam berselang azan,
Ku lihat susuk tubuh gelandangan,
di padang rumput milik Tuhan,
berbumbung langit, beralas lengan,
lena meringkuk dalam kesejukan.

Subuh semalam berangin dingin,
Deras pantas si rajin,
Mengatur perhiasan tangan di atas papan,
Mencari punca suapan tanggungan.

Subuh semalam terbit bingit,
di kala burung belum mencicip,
Suara jerit pekik,
Bak halilintar dan petir.
Barangkali hingga tekak jadi perit,
Berbalah dan menyalah takdir.

Panggung manusia melatar dunia,
Ada suka, tangis dan duka.
Di sebalik ruang konkrit,
Aku intai kehidupan dan lakonan,
Yang berpura-pura atau betul-betul berusaha.

Saat lakonan terhenti dan mati,
Kita pulang bertemu Tuhan,
membawa bekal ke kampung abadi,
Samada dosa atau pahala,
Menjadi lara atau bahagia.

Masih belum selesai menjuri puisi. Inilah penangannya, terngiang-ngiang puisi siang dan malam. Minta-mintalah siap malam ni, esok nak cuti!!

Thursday, March 21, 2013

Seni Warisan

Nasib jadi juri. Syok-syok baca dan marking puisi orang, tapi diri sendiri tak boleh berseni kata. (bajet!) Jadi aku tulis jugakla sempena i-Fest. Tema Palestin. Tajuknya: Dewasa Anak-anak Aqsa.

Suara teriak anak kecil,
Memanggil tubuh kaku tak bernyawa,
Diragut rakus tangan pendosa,
Tangis berselang sendu,
"Duhai ayah, duhai bonda!"

Hai anak-anak Aqsa!
Orang tuamu pulang ke syurga!
Berhentilah menangis wahai adinda,
Penamat bahagia menanti mereka.

Anak-anak kecil di sana,
Mengutip batu kerikil,
Menjadi peluru dan senjata.
Gemerincing uncang batu,
Detik abadi tiba buat mereka.
Sedang aku menghadap buku dan pena,
Masih leka dan bermain di mimpi dunia.

Bilakah pejuang akan bangun?
Tidakkah banyak resolusi dilantun?
Hingga penat si katib mencatat
isi debat di sidang mesyuarat?

Berhenti mengampu dunia!
Tidakkah kalian cemburu rasa,
Perihal dewasa anak-anak Aqsa?
Api jihad marak di jiwa!

Mari kumpul kudrat dan suara,
Bersama asah otak geliga,
Perhebat senjata dan juga doa,
Kita ranapkan benteng musuh durjana,
Biar bebas bumi Aqsa,
Sejauh ufuk cahaya merdeka.

Tiup semangat membara,
Semarak angin sejahtera,
Biar bahagia kemudi bahtera.

Aku bukannya boleh menulis sangat pun. Feel pun kadang-kadang tiada. Bahasa pun main taram je. Tapi membaca dan menulis puisi ini best, sebab kita boleh bercerita sambil berselindung. Tak expose semua benda. Orang-orang yang berfikir akan dapat maknanya.
Al-Quran pun sebaik-baik puisi dan kata. Jadi rajin-rajinlah baca dan fahami Al-Quran.





Friday, March 15, 2013

Kelopak Kuning

Si guru blindfold mata anak muridnya yang kesedihan.
Perlahan lahan dibawanya pergi.
Sampai di destinasi, si guru membuka ikatan mata pada anak muridnya.
Mereka di ladang bunga matahari. Bright and beautiful.
Kata si guru:



"Did you know why the sunflower is called a sunflower?

It's because it always blooms towards the sun.
When the sun goes east, it faces to the east. When the sun goes west, it faces to the west.

It's a flower that looks for the sun and blooms. It blooms as a smiling yellow flower everyday.


So if you are having a bad day, you can come here and talk to the sunflower everyday.


Then you'll be fine."


Sejak daripada itu, aku jatuh cinta pada bunga ini.  Itu scene drama Great Teacher Onizuka kalau tak silap. Kecik-kecik dulu rajin tengok. Tapi benda yang aku paling ingat sampai sekarang, scene sunflower itu lah. Rasa lapang dan semangat tengok scene tu. Terharu pun ada.
Mula dari situ aku reti lah sikit hargai sunflower ni.

Memang Sunnatullah, warnanya kuning dan ceria, saiznya besar, memberi aku semangat. Fuh! Dugaan dan ujian banyak betul akhir-akhir ni. Nama arabnya 'Abadi Shams. Aku pinjam semangat kau ya, duhai bunga matahari :)



Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami, serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu dustakan. 

Surah Ar Rahman 12-13


Walaupun, hidung aku gagal detect bau bunga ni (tak sure ada bau ke tak), kewujudan bunga inilah antara nikmat yang aku suka dan syukuri. Belajar hidup dari alam, dari sunnatullah.

Maka dengan duit yang ada, pantang nampak sunflower terus cekau dua tiga batang. Rare nak jumpa sunflower dalam kedai bunga. Jadi lepas ni, kalau ada yang berkira-kira nak bagi bunga pada aku, boleh lah cari si bunga Matahari ye. Aku tak mahu Rose (haha demand!)


Ah, aku mula risau bila kelopaknya satu-satu gugur. Nampaknya, balik Malaysia, beli rumah dan tanam pokok Matahari banyak-banyak.

*edited*