Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Thursday, March 21, 2013

Seni Warisan

Nasib jadi juri. Syok-syok baca dan marking puisi orang, tapi diri sendiri tak boleh berseni kata. (bajet!) Jadi aku tulis jugakla sempena i-Fest. Tema Palestin. Tajuknya: Dewasa Anak-anak Aqsa.

Suara teriak anak kecil,
Memanggil tubuh kaku tak bernyawa,
Diragut rakus tangan pendosa,
Tangis berselang sendu,
"Duhai ayah, duhai bonda!"

Hai anak-anak Aqsa!
Orang tuamu pulang ke syurga!
Berhentilah menangis wahai adinda,
Penamat bahagia menanti mereka.

Anak-anak kecil di sana,
Mengutip batu kerikil,
Menjadi peluru dan senjata.
Gemerincing uncang batu,
Detik abadi tiba buat mereka.
Sedang aku menghadap buku dan pena,
Masih leka dan bermain di mimpi dunia.

Bilakah pejuang akan bangun?
Tidakkah banyak resolusi dilantun?
Hingga penat si katib mencatat
isi debat di sidang mesyuarat?

Berhenti mengampu dunia!
Tidakkah kalian cemburu rasa,
Perihal dewasa anak-anak Aqsa?
Api jihad marak di jiwa!

Mari kumpul kudrat dan suara,
Bersama asah otak geliga,
Perhebat senjata dan juga doa,
Kita ranapkan benteng musuh durjana,
Biar bebas bumi Aqsa,
Sejauh ufuk cahaya merdeka.

Tiup semangat membara,
Semarak angin sejahtera,
Biar bahagia kemudi bahtera.

Aku bukannya boleh menulis sangat pun. Feel pun kadang-kadang tiada. Bahasa pun main taram je. Tapi membaca dan menulis puisi ini best, sebab kita boleh bercerita sambil berselindung. Tak expose semua benda. Orang-orang yang berfikir akan dapat maknanya.
Al-Quran pun sebaik-baik puisi dan kata. Jadi rajin-rajinlah baca dan fahami Al-Quran.





2 comments:

  1. bercerita sambil berselindung
    my main reason

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.
      Lately ni pun, puisi kau pun buat orang wondering.
      Bila nak bagi marking scheme?

      Delete