Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, July 6, 2011

Yang Dekat

Assalamualaikum W.B.T

Maafkan saya atas entry yang tidak bermanfaat ini...

Sejak dua menjak, makin menjadi-jadi pulak malasnya...
Tak sedar diri mahu jadi doktor, tapi diri ini tak ada gaya langsung mahu bergelar doktor. Patient pun tak mahu jumpa... Padan muka!

Banyak kali dah rasanya membebel tentang kemalasan ini. Macam dah takde effect dah dekat diri.

Orang 1:
Masuk-masuk je dapur, eh, ada bubur kacang lah! Ada bubur pulut hitamlah! Ada kek pisang lah! Ada spaghetti lah! ABC lah! Oh, sedap2... Untung ahli bait terer masak (Maaflah kalian, saya tak reti masak...) Sobs~ :( -Dalam hati rajinnya beliau-beliau... Aku? Haram nak buat...

Hargai kerajinan dan masa beliau-beliau (hahaha jamak beliau apa? Beliau di sini lebih daripada seorang) memasak untuk saya.

Ambik bau. Makan. Masuk bilik. Sambung study :)

Orang 2:
Semalam-
"Cik mek! Tolong orang lipat baju boleh?" *Big grin, muka comel* -Saya
"Hahahaha!" *evil laugh* -Dia

Hari ini -
Dia masuk bilik. Tengok saya main Angry Bird tak habis2... Muka tekun habis. Tak lepas2 level tersebut... Dah banyak kali try dah.. Orang kata usaha tangga kejayaan. Tak nak give up jugak...

Dia geleng kepala tengok kain bertimbun. "Meh la orang lipat kain ni!"

Gulp! Pandang belakang tengok orang tu tekun lipat baju.

Terus tutup Angry Bird. Main quiz2 dengan dia sambil lipat baju. :)

Orang 3:
Saya: Hai awak! Nak kacau boleh? Boringlah.

Dia tanggalkan earphone.

Dia: Oh! Hai awak! Duduk lah sini...

Tengok dia study.. Main bunga sunflower dia... Ceyt! Bestnya dapat bunga... Nak bunga jugak. Nak orkid lah ^^

Saya: Dengar lagu apa? Nak pinjam earphone sat?

Dia: Nah! ;)

Scrolling down her playlist. Plenty of nasyeed, Maher Zain, zikir, selawat, Al quran... Allah!!
Aku?? Tokio Hotel, Pink, Avenged Sevenfold, Bruno Mars... Apa ni Adilah... Isk~

Konklusi: Belajar melihat dan membaiki diri dari orang lain. Setiap orang yang datang dalam hidup kita pernah mengajar kita tentang baik buruk dunia... Hargai mereka sementara masih ada... Jangan duk kondem aje.



2 comments:

  1. kirim salam pada cik-cik 'beliau' itu. kak senyum2 bc tulisan awak ni :)

    ReplyDelete
  2. saya pun tersenyum sengih masa menulis ni. Salam sudah disampaikan :)

    ReplyDelete