Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Saturday, July 23, 2011

Nak balik dah

Assalamualaikum W.B.T

Exam sudah habis. Lebih kurang seminggu jugaklah... Lebih kurang seminggu cuti, worn out~

Hari-hari keluar. Shopping~ Shop till you drop... ^^ Duit pun mengalir macam air dah.. Tapi geram jugaklah, susah nak cari souvenir dekat Egypt nih. Mesti ada gambar firaun jugak... Nak cari yang gambar masjid ke, tulisan egypt sahaja ke, mmg payahlah.. Kena selongkar betul-betul baru jumpa... Tapi kalau nak selongkar betul2 kedai dekat Hussein tu, memang kena bertapak dekat sana 4-5 jam ler... Takde stamina sekuat itu...

Kawan-kawan ramai yang pergi umrah kali ni. To be honest, jeles lah. Tapi, mungkin bukan rezeki saya lagi. Atau mungkin tak terbukak lagi hati ni... Isk~ Kat sini boleh pakai mahram tumpang. Tapi kalau boleh nak pergi dengan mahram sendiri. Jadi kalau ada rezeki dan umur panjang, peluang saya datanglah... Buat kawan2 yang sedang mengerjakan umrah, semoga kalian mendapat umrah yang maqbul. :) Dan kepada yang bakal mengerjakan umrah, doa saya buat kalian, semoga dipermudah segala urusan untuk menjadi tetamuNya...

Di saat saya tengah excited nak balik ni, sebak bila terfikir sahabat yang tinggal disini bertarung nyawa dengan penyakitnya... Semoga Allah mudahkan urusanmu... Kami sentiasa doakan yang terbaik untukmu...

Biar berpasak terus kakimu,
Takdirnya lega aku begitu.

Kalau tiada lagi kudrat mengisi,
Usah bimbang,
Tak terbilang tangan menyambutmu.

Walau terpinggir jasad,
Doa semilir kusampai,
Mengelus lembut wajahmu,
Memohon dariNya
Yang terbaik buatmu...

***


Results maybe keluar dalam within one week lagi kot.. Dan Ramadhan juga ^^

Kali ni mood malas nak berilmiah... Huhu maaflah. Sekadar bebelan aktiviti harian sepanjang cuti...

Sekian.. Few hours tinggal untuk balik ke Malaysia. :) Ibu, bapak, abang adik, embun, putih, simba, mok, gray, chibi tunggu orang ye!

No comments:

Post a Comment