Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Monday, December 19, 2011

Berubah

Kadang-kadang kita berubah.
Kadang-kadang perubahan yang baik, kadang-kadang tidak.
Ada perubahan yang kekal, ada perubahan yang sementara.


Kadang-kadang kita tak sedar pun kita berubah, tapi orang sekeliling kita perasan. Kenapa?
Itu tandanya kita wujud dalam hidup mereka.
Itu tandanya kita hidup dalam dunia mereka.
Itu tandanya mereka kisahkan kita.


Kalau kamu gembira, saya pun gembira.
Kalau kamu risau, saya pun risau.
Kalau kamu sedih, saya pun sedih.
Kalau kamu murung, saya pun murung.


Revive the spirit. Don't wilt!




Ya, saya tahu hidup ini bukannya senang. Everything ada up and down.. Allah turunkan ujian nak tengok tahap sabar kita. Nak tengok macam mana reaction kita. Manusia mana yang tidak ada ujian? Nabi Muhammad pun ada ujian. Apatah lagi kita umat dia...


Ujian mungkin datang dari segi masa, wang, harta benda, nyawa, kesihatan.
Yang kaya mungkin banyak tanggungjawabnya. Ujiannya adalah memberi.
Yang miskin mungkin mewarisi susah. Ujiannya kena berusaha.
Yang sihat tapi sakit di dalam. Ujiannya menerima. Menerima takdir.


Dan yang penting kita kena sabar dan redha. Bukan pasrah sahaja.


Ujian adalah tarbiyah. Kenapa?
Tarbiyah supaya kita berubah kearah lebih baik. Ujian tanda Tuhan sayangkan kita. Ayat-ayat yang selalu saya guna pujuk adik-adik, "Sabarlah dengan ujian. Kalau sabar, dapat masuk syurga. Ujian tu bonus bagi orang-orang yang sabar. Kan Allah dah cakap yang DIA selalu bersama orang yang sabar!"


Kalau kita pandang ujian itu sebagai benda yang negatif, negatif lah natijahnya. Cuba kita pandang ujian itu satu peluang. Allah bagi kita peluang baiki diri. Tanpa masalah, kita tak akan berusaha membaiki diri. Kita akan biar masalah itu di takuk lama. Terbiar dan tak terbela. Dan akhirnya masalah itu menggunung dan apa yang kita buat tidak lain hanya merungut dan membuat pembaziran hati dan rasa. Geram, sedih, marah, kecewa, terkilan! Lihat sahajalah pada inovasi dunia...


Agak-agak ada tak orang nak cipta telefon kalau bukan susah nak komunikasi dengan orang jauh? Ada tak orang nak cipta lampu kalau tak tahan balamnya cahaya lilin? Ada tak orang nak cipta mee instant, kari instant kalau orang tu takde masa or tak reti masak? Ada tak orang nak cari penawar kanser kalau bukan kerana merananya sakit?
Ini usaha untuk berubah. Berubah untuk jadi lebih baik.


Ujian sentiasa datang. Kita tak boleh nak kata kita ni penyabar orangnya selagi ujian tak datang pada kita. Yelah macam mana nak tahu orang tu terer ke tak selagi tak tengok dia fight kan?
Setiap kali ujian datang, saya harapkan perubahan. Yang baik dan yang kekal. :) 

Sesungguhnya orang-orang yang berkata tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir dalam diri mereka, dan mereka tidak pula bersedih hati. Mereka itulah penghuni syurga, kekal di dalamnya, sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.



Surah Al Ahqaf, Ayat 13 dan 14


Wednesday, December 14, 2011

Rebellious 20



I was being rebellious today!
3 hours lecture + tension headache = derhaka pada doktor.

Yesterday was fine, but today it didn't turn out so well. 
Unsettled revision, unorganized notes, undone questions. Luckily, the quiz session was fine.
3 jam lecture of pathology session tadi, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. And I don't know for what reason, the doctor seem to be mad at me. I didn't fall asleep pun, and I tried so hard not too.. Sobs! Dia punya tenung macam nak makan orang je... Ok, next time I'll find another spot to seat. I'll wear Invisible Cloaks so that she will never ever recognize me. Owh I feel depressed betul lah with her stare.

For that particular reason, rebel sorang2 dalam hati sambil menahan tension headache. Kept complaining, "Cepatlah habis! Cepatlah habis! Cepatlah habis!". Terasa keji dan derhaka di situ dengan doktor.. Sobs! But it's hard actually untuk berlapang dada kan? 



Muka buku kosong... Tiada contengan 




Peeking into Cik KeropokIkan's Book, tergelak sorang time kelas. See! Tak perasanlah pulak doktor ada mention pasal Ice Cream.. She's about the same with me, hilang fokus.

Take a closer look :p
Haih, tengah winter pun mengidam Ice Cream ke...



Ok, cam jahat kan saya hari ni. Haih, bila lah nak reti berlapang dada dan menerima. Mebi lah ada salah sendiri, tapi tak perasan kan kita buat salah tu. Sebab tu lah kena selalu  muhasabah diri... 

Anyway, diri ni pun dah tua. No more 'teen', sekarang ni dah jadi "_ty". Officially 20 years old. 13/12/11.
Cantik kan tarikh? Another will come, tapi kena tunggu sealaf lagi. 13/12/3011. Agaknya time tu dah mereput dalam tanah dah...



Thanks to Allah, for giving me this precious life :')
Bring me to Jannah as well.

Thanks to my mother, bearing me in her womb for 9 months.
Bearing the pain to bring me to this world,
Bearing the trouble and problems I created through out my life. :'(

To my parents and dearest family, thanks for your love, care and patience.
Ok, lepas ni I'll try to be grown up lady and more mature.

To my friends, thanks your wishes, gifts and surprises :)
May Allah bless you all!



Ok, big surprise from Heba! Wearing songket on my speacial day (eceh, special day konon, macam aku kawin jek). Padanlah ahli beit insisted saya balik rumah time break... Heba nak buat surprise rupanya... Terima kasih jugak tukang komplot dan tukang makan kek :) Kalian memang kawan yang baik.. Doakan kebahagiaan saya dunia akhirat ye!

p/s: Ok, supposed after the break need to head back to Dr Faisal's class. And we were late about 30 minutes! Argh stress kena lari2.. Anyway, it's fun being nakal sometimes. *big grin* 




Tuesday, December 6, 2011

Nisbah

Sudah beberapa hari rasanya dia pergi.
Hati ini masih macam ini juga. Terasa hilang. Rindu dengan dia. Rindu juga dengan mereka.
Otak masih cuba memporses berita, memahamkan diri hakikat hidup dan mati.

Mengharapkan kesembuhan, tapi siapalah kita menduga hayat manusia...
Allah lebih bijak menyusun takdir, mentadbir alam.

Agungnya Kau Ya Allah,
Tiadalah upaya kami menghalang setiap qadha dan qadarMu.
Memanglah kami hambaMu yang lemah, juga tiada upaya menghidupkan dan mematikan.
Hanya kepada engkau sahaja, kami datang dan kami kembali..

Hilang dua orang sahabat, sangat-sangat memberi kesan buat diri.
Mereka sebaya.

Benarlah, mati itu tak perlu tunggu tua. Juga tak perlu tunggu sakit. Tidak lambat sesaat, tidak cepat sesaat. Precise and accurate.
Entah esok lusa, kita pula? Husnul khatimah kah mati kita?

"Dunia tempat tanaman, dan Akhirat lah tempat menuai." Selagi ada masa, jangan bazirkan, sebab kita memang tak tahu kan mati kita bila?

Yang dah pergi kita redhakan dan doakan.
Insyaallah tak lama lagi kita menyusul.

Jangan ego dalam dunia, sebab semuanya mimpi. Tidak kekal dan fantasi. Selalu lah beringat-ingat...

Al Fatihah buat sahabat, Illham Ellani Jamal dan Fatin Fasihah Hanafi.. Kalian tetap hidup dalam memori saya. :')
Juga Al Fatihah buat Arwah wan (nenek), lambaian wan yang terakhir penguat diri. Senyuman wan dalam mimpi juga melegakan hati.

Nisbah yang baik saya doakan buat kalian,
dan itu juga saya harapkan untuk saya dan kami yang tinggal. Harap kelak kita berjumpa di Syurga tuhan yang kekal :')