Sudah beberapa hari rasanya dia pergi.
Hati ini masih macam ini juga. Terasa hilang. Rindu dengan dia. Rindu juga dengan mereka.
Otak masih cuba memporses berita, memahamkan diri hakikat hidup dan mati.
Mengharapkan kesembuhan, tapi siapalah kita menduga hayat manusia...
Allah lebih bijak menyusun takdir, mentadbir alam.
Agungnya Kau Ya Allah,
Tiadalah upaya kami menghalang setiap qadha dan qadarMu.
Memanglah kami hambaMu yang lemah, juga tiada upaya menghidupkan dan mematikan.
Hanya kepada engkau sahaja, kami datang dan kami kembali..
Hilang dua orang sahabat, sangat-sangat memberi kesan buat diri.
Mereka sebaya.
Benarlah, mati itu tak perlu tunggu tua. Juga tak perlu tunggu sakit. Tidak lambat sesaat, tidak cepat sesaat. Precise and accurate.
Entah esok lusa, kita pula? Husnul khatimah kah mati kita?
"Dunia tempat tanaman, dan Akhirat lah tempat menuai." Selagi ada masa, jangan bazirkan, sebab kita memang tak tahu kan mati kita bila?
Yang dah pergi kita redhakan dan doakan.
Insyaallah tak lama lagi kita menyusul.
Jangan ego dalam dunia, sebab semuanya mimpi. Tidak kekal dan fantasi. Selalu lah beringat-ingat...
Al Fatihah buat sahabat, Illham Ellani Jamal dan Fatin Fasihah Hanafi.. Kalian tetap hidup dalam memori saya. :')
Juga Al Fatihah buat Arwah wan (nenek), lambaian wan yang terakhir penguat diri. Senyuman wan dalam mimpi juga melegakan hati.
Nisbah yang baik saya doakan buat kalian,
dan itu juga saya harapkan untuk saya dan kami yang tinggal. Harap kelak kita berjumpa di Syurga tuhan yang kekal :')
Pernah turut merasa kehilangan seorang teman yang sangat rapat. Tiap kali rasa lemah semangat, mengingati kematian itu seringkali menguatkan kembali. Live life to the fullest to meet Allah's expectations. Semoga syurga Jannah menjadi rumah kita di sana nanti. RIndu Dila..Take care..=))
ReplyDelete