Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, April 18, 2012

Hari Pengsan Sedunia

Assalamualaikum W.B.T

Bissihah wa rehah everyone!

I guess itulah the first and the last. Sebab itulah ada peribahasa 'Ukur baju di badan sendiri'

Keinginan untuk memberi sudah lama ada, cuma masih ragu-ragu tentang kebolehan diri dan kemampuan diri untuk bertahan. Nampaknya pengalaman kali ini, membuktikan bahawa saya bukanlah orang untuk memberi, tapi mungkin menerima!

I passed the blood pressure examination and for the weight I heard 35 kg. I was about 50 kg, so kira pass lah.. There was no other relevant test as they usually had to qualify you to donate your blood. So simple!
Mungkin mereka really2 shortage of blood, so they had to loosen the qualifications a bit.

*TAPI SEBENARNYA WEIGHT REQUIREMENT IS 55 KG! DOCTOR SALAH SEBUT!*

Kami pergi bertiga. Kadang-kadang memang ada blood donation center dekat Uni. So, this time entah mana datang excitation, bravery, courage, and idea untuk pergi menderma.

It was fine actually. Nothing serious happened to me along the process. Cuma tourniquet tu ketat dan sakit sikit. Eventhough the needle was bigger than usual, the pain was the same like the small one. No, actually tak sakit pun! Nurse tu sangat cekap mencari vein.. Inspired to be good and skilled as well. :)

The bag almost full. Ok, nurse pun started withdrawn the needle.. Haa, this time, I got dizzy. Kepala rasa ringan je, and blurry vision.

"Doctor, I think I'm gonna faint...."
"No! No! You're good! You're not going to faint!"
"No doctor.. Seriously, I'm gonna faaaint...."

Yeah! Here goes me! Fainted after donated the blood. Tak cool langsung!

But, vasovagal reaction is really not cool and fun at all. It was like impending death. Memang rasa nak mati time tu... I never imagine donating blood can be so severe macam ni.

Loss of conscious as if you're out of this world. Bila dah sedar, mind betul2 disoriented. The first thing I saw was my hand. Tapi, tak boleh nak process that was a hand!! Menakutkan!!
After a while, baru oriented. And muka doctor cuak kot..

Then feel nausea, dizzy, numbness but after a while back as usual, tapi of course lah weaker.
Balik rumah terus tidur.. Haih, memag diri ini tak bersedia memberi lagi. This morning still rasa headache and dizzy.

Even experience kali ini tak cool langsung, tapi I've done my part. Alhamdulillah, still alive today :)
 *The impending death part is not a play guys!*

So sesiapa yang kat luar sana yang sihat walafiat, BMI yang bagus, heamglobin count ok, takde anemia, takde masalah jantung, hati  pergilah menderma darah.. Qualification dah ada, tapi tak nak guna membazir lah.
Sesapa yang rasa terlebih darah, bolehlah memberi. Bukan semua orang dapat memberi, the chosen one je yang dapat. Untunglah kalian dapat memberi.. Ada jer yang nak memberi, tapi kena reject! Sedih tahu kena reject!! Facing rejection is not easy... 


Managed to fill this bag with my blood. Semoga apa yang diberi, bermakna untuk yang menerima.

Don't worry, your bone marrow still able to produce RBC if you loose some.. :)

It maybe my first and the last, but who knows, if I gain more weight and eat well, I might be able to give again..

So eat well Adilah, n don't faint again! Tak macho dan cool langsung...
Mari penuhkan blood bank di hospital!! Semoga amal kalian dipandang Allah...

p/s: Out ouf 3 yang menderma, 2 blacked out.. Who said donating blood is easy? But feel great accomplished one!


Tuesday, April 10, 2012

Amanah Siapa?

Assalamualaikum semua :)

Masa idea datang mencurah-curah, rasa macam banyak je nak tulis. Tapi bila dah duduk depan Lappy ni, satu habuk tak nak keluar.

Bismillahirrahmanirrahim...

Kata-kata Syeikh Yusuf bin Muhyidin Al Hasani baru-baru ini, terkesan sungguh di jiwa saya. "Manusia selalu buat falsafah. Selalu bertanya, bagaimana saya mahu menjadi seorang Muslim yang baik, walhal sepatutnya Muslim itu sendiri baik!"

Menjawab juga pertanyaan tersebut, Syeikh Yusuf punya jawapan simple sahaja. "Taat kepada Allah dan Rasul!"

Kali ini mood saya mahu bermuhasabah. Bermuhasabah tentang tanggungjawab, tentang tugas, tentang amanah. Mungkin akan ada antara kalian yang membaca merasa allergic dengan topic ini, mungkin ada yang melabel saya cakap besar, mungkin ada jelek berbicara tentang perkara sebegini, tapi ingatlah, hidup kita ini amanah. Amanah kita dengan tuhan, dengan Allah! Andai suatu hari saya terlupa,  ingatkan kembali saya.

Saya bukanlah manusia yang sempurna. Tidaklah bertudung labuh bak ustazah, tidaklah menghafaz Al Quran 30 juzuk, masih tidak khatam lagi membaca hadis 40, masih ingat-ingat lupa sirah Rasulullah, puasa sunat pun jarang-jarang, solat 5 waktu pun tidak tepat waktunya, apatah lagi nak bangun qiam. Ya, banyak defect! Sangat banyak tak terkira..

Namun sejak menyedari hakikat yang diri ini makin tua, tak banyak masa, dan memikirkan peranan diri dalam dunia dan agama, rasa diri ini kecik lah sangat-sangatnya... Saya tak tahulah bagaimana dengan kalian, tetapi sewaktu saya umur akhir belasan hingga awal 20-an beginilah saya banyak berfikir tentang perkara2 sebegini.. Mengenai tanggungjawab dan tugas kita di dunia.

Kita hidup sebagai hamba, sebagai khalifah dan juga daie. Percaya atau tidak dulu-dulu memang saya allergic dengan perkara sebegini!
Kalau ada yang mengingatkan, saya rasa "Oh, please!! Tolong jangan tunjuk yang kau tu baik sangat okeyh! Cakap je lebih! Buatnya tidak! Nak cakap pasal dakwah lah, usrah lah, biah lah, solehah lah, isk! Geli okeh!"

Saya sekarang pun bukannya baik sangat, tapi bila saya flasback balik diri ini dulu-dulu, nak tergelak pun ada. Ego tak memasal! Padanlah sekarang banyak istilah2 sebegitu terpaksa diolah. Usrah dan halaqah jadi Bulatan Gembira atau Smart Circle,  tarbiah jadi terapi jiwa lah dan sebagainya... Sampai begitu sekali allergicnya!




"Aku Pekerja Islam!" Pernah dengar?
Itu saya, dan kalian juga.

*Saya nak bagi dalil, tapi tak reti pulak nak cari dekat internet nih.. Tapi nanti kalau saya jumpa, saya letak di bahagian komen ya!*


Saya bukanlah seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq, yang sanggup memberikan semua harta-hartanya untuk Islam.
Saya tidaklah seberani Saidina Umar Al Khatab, yang sanggup berhijrah terang-terangan.
Saya tidak secerdas Saidatina Aisyah, yang arif tentang segala hadis Nabi.
Saya bukanlah seperti Mus'ab ibn Umair, Khalid Al Walid, Bilal bin Rabah, Sumaiyah, dan ramai lagi pejuang Islam.

Kalau saya hidup sezaman dengan nabi, entah mana letaknya saya. Tengok tahap berani, ikhlas, ilmu, sabar, bersungguh-sungguh, rajin, ahhh! Jauh sekali nak dibandingkan dengan mereka.. Even kalau dihantar ke Palestin atau Syria untuk membantu pesakit, rasa-rasanya berjuta-juta kali memikir nak pergi ke tidak.

Kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan mereka. Kerdilnya rasa diri ini kerana tak menyumbang apa-apa untuk Allah dan Rasul.

"Nah! Senang sekali. Kamu berbuat apa-apa, pandang Allah sahaja. Jangan memikir pandangan orang," pesan Syeikh Rohimuddin dalam pelat Indonnya.. :)

Iya iya, saya faham... Tak mampu nak jadi macam Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali, Saidina Uthman dan lain-lain, tapi usahalah jadi Muslim yang sebenarnya. Bukan sekadar nama. Tahu tak mampu jadi pendakwah macam Ustaz2 atau Ustazah2 di tv, atau sekencang tulisan blogger Islami yang byk menyentuh iman, tapi cuba juga menyumbang dan bekerja untuk Islam dengan menjadi Muslim yang benar-benar muslim.

Dakwah bil hal orang kata gitu... Dari segi ibadah, amal, hidup, pakaian, muamalah.. Benda baik ni kan macam perfume. Satu tempat je kena spray, tapi semerbak bau sebilik. Even though you spray sikit je.

Macam tulah jugak dakwah bil hal. You buat sikit je, tapi effectnya pada orang lain terasa juga.. :) Banyak cara nak menyumbang dan menyelesaikan amanah, tapi manusia suka menyempitkan cara. Pandang sebesar-besar benda, tapi benda kecik selalu tinggal. Selalu impikan puncak, tapi lereng pun belum pergi.. Isk..
Tapi janganlah selalu di takuk yang sama. Up kan level tu.. Iman manusia ni selalu turun naik. Hari ni naik, takkan esok nak biar dia turun plak kan?

Spread the love and good deed for Allah! In the end, kalau diterima, rewards nya dari Allah juga. Bukan dari Agong, Sultan, PM, ur parents, ur hubby, ur wifey or ur friend ^^

Sekian, Adizufly.

*Post ini juga amanah. Maaf lah lambat pemberi amanah.
Tiada kata yang tak boleh ditolak, dibuang kecuali kata-kata Nabi Muhammad S.A.W. Sollu Alan Nabi!*