Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^
Showing posts with label Medic. Show all posts
Showing posts with label Medic. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Berbeza Realiti

Assalamualaikum W.B.T

Well, it's been quite long since my last post. Sesungguhnya there were so many things occurred since my last presence in this blog.

One of the biggest changes is that, I am no longer studying in Egypt. Due to some circumstances, I choose to continue medicine in Malaysia. It was not an easy decision. Stress tau dak nak buat pilihan! Masa nak isi borang stress, masa dah dapat keputusan masuk mana pun stress, bila dah masuk universiti baru pun stress, bila dah start blajar pun stress.

But one of the main reason I chose to stay in Malaysia is because of my istikharah. Istikharah is really powerful you know... Allah bagi ketenangan walaupun kita tahu benda ni bukan benda senang. Ingat jadi transfer credit student ni senang ke? Nak adapt dengan new friends, new lecturers, new surrounding, new systems.. Awal-awal ada yang dah psiko suruh balik Egypt smula. Trust me, it's not easy. Seriously not!!

However, Allah je ada kuasa bagi ketenangan dan kekuatan kat diri ni. That's why I always remind myself, to be happy and contented with istikharah. Berbahagia dengan istikharah. Beriman dengan ayat Allah bahawa setiap kesusahan ada kesenangan.

So, it's been like a month and half I'm here. Kehidupan sebagai student medic di Mesir dan Malaysia memang berbeza.

Here in Malaysia, basically no more spoon feeding. Not everything will be thought, mentioned by the lecturer. Lecturer will only give you sparks, but the one who should lit up the candle is you.

So to my friends who are studying in Egypt, don't worry. Rasanya lah based on my observation and theory, you guys tak payah risau sangatlah dengan clinical skills macam taking bp, buat venupuncture, buat physical examination. Clinical skills macam tu memang boleh acquire. I tried venupuncture few times, tapi failed. So takpelah, praktis lagi. Nanti kalau ada free time rajin2 la pergi attachment kalau you guys nak acquire clinical skills. Banyak lagi procedure kena tahu and buat. Bila dah jadi HO memang kerja amik darah je tiap2 hari...

You guys just kena RAJIN practice and have CONFIDENCE. Make sure tahu theory dia and then try to practice it. But there are few things yang make me concern la. These are few things that I want to point out:

1. Take proper history
Rasanya semua makruf je kan. History is the basic of diagnosis. Based on history, memang banyak la clue to make a diagnosis. Kalau boleh for every chief complaint, try to explain it more using SOCRATES method. I know kat Egypt, ada language barrier kan? But please try to clerk them jugak.

Takpelah kalau tak faham satu habuk mak cik pak cik tu cakap apa, but you have to train your brain to ask proper and related question regarding chief complaint. For example if patient complained having dyspnea, so what other related symptoms that you should ask to help you reach diagnosis or to exclude unrelated system? Train your brain to work, not memorizing the questions.

Kalau history cantik, diagnosis pun cantik.

2. Try to present cases
Lepas dah clerk (taking history) from patient, haa rajin-rajin la present cases. Ingat present cases ni saje-saje suka?
Bila patient first masuk hospital, orang pertama yang kena clerk and do all physical examination adalah HO. Lepas tu HO present case kat MO then to specialist. During ward round with specialist, specialist biasanya mana ada masa nak review case lama-lama. So kita kena pandai guide MO and specialist towards our diagnosis. Kalau tak kena cara present haa kena lah "why don't you mention this to me at the first place!" or sometimes they will say, "I don't have much time, just tell me what is important." Haa jangan gagap ye. Kesian patient nanti tak dapat proper review from specialist.

3. Try to synchronize your theory with your clinical findings.
Kalau boleh jangan lah hafal buku. Try to understand then apply it.

4. Rajin pergi ward round.
Hmm since aku pun tak penah pergi ward round kat Egypt, so I'm not sure macam mana procedurenya... But, kalau boleh pergi la ward round. Haa kalau pergi ward round tu, jangan la just tengok patient je. "Oooh patient CKD macam ni, patient CCF macam ni." Try la buat PE. Kalau tak dapat consent buat PE, haa learn to observe. Observe patient ni under nasal prong or neb, given TPN ke, given Normal Saline ke, Keep NBM ke. Lepas observe tu, jangan balik rumah minum susu pastu tidor. Try lah cari dia punya indication, contraindication. Bak kata one of my lecturer, "Everything in the wards is for you to learn."Tengok la sekali lab result, cxr, kub xray anything that available...

Same case with tengok procedure or surgery. That is not the time for you to take picture then post it at FB or instagram. Tahu, excited kan? But before you join any procedure, check la dulu latar belakang patient, his presenting illness, indication of procedure, complication bla bla bla.. At least you gain something.

5. Respect your lecturer!
Tahu kekadang ngantuk lah, boring la dalam kelas. Tapi bertahanlah... Appreciate their knowledge :) Not everything you can learn from the book.

6. Belajar manage patient
For every diagnosis, tahu the general management, investigation yang kena buat. FBC, RP, LFT, ESR.. Pastu belajar interpret result. Urea high, creatinine high but it was not proportionate.. So what is possible causes?

That's all I wanted to share. Aku pun tak pandai lagi. Banyak lagi nak belajar. Jadi sama-sama doakan...

Alright. I'm sleepy. Good night people.

For those who miss me (ada ke haha!), I'm surviving, contented and enjoying my new life :)


Kasr Al Ainy and UIA



Wednesday, May 22, 2013

Saya dan ENT

Assalamualaikum and Hai!

Just finished my ENT (pronounce the alphabet) end round exam. It was great and awesome. Took most of the time thinking the correct answers for functions of nose.. I tipu je great and awesome tu... As always, lepas habis exam je mesti ada je rasa regret tak belajar betul-betul, main-main. Tapi, memang I kinda jenis late starter. 3 days before exam baru bom pum pang nak pegang buku, buat MCQs, cases. So, whatever good results that I had before, itu semua dari Allah. :) And all the mistakes, wrong answers, tak tahu jawapan, itu memang my own problems and kelemahan lah.

Tak sangka nak habis dah tahun 4. Cepat betul masa berlalu dan semua orang makin tua. Sobs! *heh tapi perangai macam budak-budak lagi* Final exam nak start dah. Mujahadah balik nak bukak buku Commed, Fortox... Tak sampai suku pun lagi baca. Haih, like I said before, I'm a late starter...

Satu amazing fact yang tak boleh nak percaya sampai sekarang, I never seen a female doctor teaching us ENT in our department. Like seriously! I wonder why? Geli ke? *Mucous, ear wax ha apa lagi yang dorang buat muka time doctor buat endoscope* Or memang tak minat? I don't know... Anyone? ENT ni rasis ke? Ahaha!

Tapi kalau tanya diri sendiri, ENT ni ok lah. Nak kata minat sangat-sangat tu tak jugak, tapi part yang paling interesting for me bab Larynx. Tak suka sangat study Ear because all the symptoms and signs are confusing. Recurrent infection causing Acute Otitis Media and bla bla bla tetibe we have Chronic Otitis Media and suddenly back to recurrent infection. Huhu I cannot accept this lah... The cycle is just complicated to structure. *Actually malas fikir, tu yang jadi macam ni*

Another thing, kalau jawab case and dapat diagnose, huh happy sengih-sengih kat meja. Tapi bila masuk soalan management, jaw drop. Tak tahu jawapan. Padahal being a doctor, the job is not just to identify the disease, but we need to manage the case too. Start investigations, give proper treatment. Diagnosing memang best sebab rasa macam dah solve puzzle, tapi kalau tak reti treat, bye bye lah!

I still have 2 years and half to finish medicine. Tetibe rasa sangat grown up. Dah patut plan nak kerja and settle down kat mana nanti...

*ENT = Ear, Nose and Throat.

Monday, December 17, 2012

Menjadi Sempurna


Perkara yang boleh nak settle dalam masa 10 minit jadi, 1 jam.

Nabi pesan supaya tahan marah. Jangan marah,
Kalau marah, orang bijak pun nampak bodoh. Orang waras pun boleh jadi gila...

Nak update akaun dan keluarkan duit di bank. Biasa dalam 30 minit dah selesai urusan. Tapi, nasib hari ni melangok dekat bank hampir 1 jam setengah.


Bila kata pada encik pegawai di sana yang kami ada kelas, digelak-gelak. "Bisur'ah? Bisur'ah?" Terasa diejek. Kalau ikut kepala yang tak waras, dah lama bagi penumbuk sebijik.

Hilang respect pada customers kah? Kalau anggap kami ni macam budak kecil pun, kami pun ada hak juga. Kami datang dahulu, kenapa dahulukan orang selepas kami? Geram! Bukan seorang dua, tapi nak sampai 5 orang bagi potong line..

Kak Wan dah hilang sabar. Tahan marah sampai menangis...

Kak Kie steped out from that building. Tak tahan nak mengamuk dah...
Saya saja yang tinggal di dalam. 30 minit berlalu, masih tak ada tanda yang encik tu nak siapkan updating akaun kami. Hilang sabar jugak...

"Excuse me!"

"Just one more minute please..." 

"What do you expect!! It has been an hour already we waited here!"

Encik buat muka annoyed.

Kami lagi annoyed dgn encik dan seluruh servis encik!! Takde respect langsung.

Akhirnya mereka dapat surat cinta dari somebody. "Worst service ever!"

*******************************
Bila kena macam ni, teringat subjek Commed, tajuk Quality.

Definition Quality according to the book: 


"Doing the right thing, right, for the first time and every time."


Henry Ford (founder Ford Motor Company) cakap:
"Quality is doing the right thing, even when there is no one to supervise you." 

Islam punyalah syumul. Konsep quality dan professional ni dah lama wujud dalam Islam. Hadis ke dua dalam Hadis Arbain (40) ceritakan tentang Iman, Islam dan Ihsan.

Lalu Baginda bersabda: "Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah, seolah-olah engkau melihatNya. Jika engkau tidak mampu merasa melihatNya, maka Dia melihat engkau."

Manusia ni sentiasa diawasi. Setiap perbuatan dan perlakuan dicatat. Buat kerja biarlah bermanfaat pada orang lain, bukan menyusahkan...

Kadang-kadang rasa takut kalau buat kerja tak betul dan menyusahkan orang lain. Risau kalau kerja yang dibuat tambah fitnah pada diri, keluarga, masyarakat, persatuan... Risau tentang pandangan orang tentang kerja kita yang tak perfect.

Pegang konsep Ihsan bila buat kerja. Kalau kita rasa sentiasa diawasi, kerja mesti rasa nak perfect all the time. Walaupun perfect tu noun milik Allah sahaja, tapi sekurang-kurangnya berusahalah capai yang terbaik.

Satu jari tuding kat orang lain, yang lagi empat tunjuk ke diri sendiri.

p/s: Seronok belajar Commed (Community Medicine) Banyak applicable falsafah Islam. Terasa Islam tu syumul.

Nota Bahasa:
1. Bisur'ah! : Dengan cepat

*edited*

Friday, December 7, 2012

Kot Putih


Baru selesai makan petang hari ini. Alhamdulillah, rezeki sotong goreng celup tepung hari ini. Terasa balik ke Malaysia pula, ditambah dengan angin-angin sepoi bahasa yang masuk ke rumah tingkat tujuh ni.
Terima kasih buat saudari yang tolong masakkan sotong goreng. Untung saya dapat kawan serumah macam saudari... Hehe!

Lepas makan ni, biasalah, tenaga tengah banyak. Nak bercerita tentang semalam boleh?

Semalam. Ada apa dengan semalam? Semalam hari yang menarik. Semalam ada lawatan ke Fever Hospital bagi subjek Community Medicine. Secara keseluruhan, dapat saya simpulkan lawatan tersebut memang seronok dan bermanfaat! Dapat sisi pandangan baru mengenai tugas doktor...



Sebelum terdedah dengan maklumat tentang Fever Hospital, terfikir, kenapa nama hospital ni Fever Hospital? Kalau diterjemah jadi 'Hospital Demam' dalam bahasa Melayu. Kedengaran janggal. Dan kenapa perlu ada hospital yang khusus untuk demam sahaja?

Saya rasa saya ni agak kurang sikit lah tentang pengetahuan am di Malaysia mengenai hospital. Sebab saya tak pernah dengar pun pasal Fever Hospital di Malaysia. Di Mesir sendiri, ada lebih kurang 12 buah Fever Hospitals. Banyak kan? Di Malaysia? Saya tak pernah dengar satu pun. Kebanyakan hospital di Malaysia adalah general hospital dan private hospital.

Hospital ini menempatkan kebanyakan case Tetanus, Gas Gangrene, CNS infection dan HIV. Department di hospital ini juga berubah mengikut keperluan dan kekerapan kes.

Sebenarnya Fever Hospital adalah salah sebuah hospital yang special. Special and specific. Satu refleksi dapat dibuat adalah, tenaga kerja dalam sektor kesihatan di sini luas. Bayangkan, hampir setiap sistem tubuh badan, ada hospitalnya tersendiri di sini. Kalau di Cairo sahaja sudah ada Bilharzial Institute, Cancer Institute, Children Hospital di Abou Rish, Fever Hospital dan tak silap doktor yang mengajar kami ada mention tentang Dialysis Center dan Liver Institute. Kalau di Malaysia, hospital yang specific saya pernah dengar hanyalah Institut Jantung Negara (IJN). 

Refleksi lagi, katanya di Mesir ini ramai doktor pakar. Dalam subjek Community Medicine sendiri, doktor ada mention tentang khidmat doktor pakar di outpatient clinic di general hospital. Saya sendiri pernah pergi. Yang buat examination tu memang doktor pakar mata (Ophthalmologist). Untung bukan rakyat sini? Dan saya dengar (hanya dengar, saya tiada fakta yang tepat) kalau di Malaysia referral system mungkin mengambil masa lebih kurang dua bulan. Lama. Cukup untuk buat si pesakit naik muak dan tertunggu tunggu jawapan, diagnosis dan rawatan. Ya, mungkin kerana Malaysia kekurangan tenaga pakar.

Pernah terbaca satu statement dari seorang figura, "Sesiapa yang nak jadi doktor, please rethink." Kenapa sampai terkeluar persoalan ini.
Adakah terlalu ramai dan crowded medical students dan HO? 

My point of view, kebanyakan hospital memang perlukan tenaga pakar. Tetapi yang ramai sekarang adalah chronic medical students dan HO. Yang kurang latihan, pendedahan, soft skills, confidence, attitude, dan segala bagai sifat positif dan competency. Saya bukan bercakap mengenai orang lain, sebab saya rasa saya ada ciri ciri lacking yang saya sebutkan tadi. Malu nak sebut lacking itu. ^-^''

Semasa sesi lawatan semalam pun, saya hampir terasa nak meluru keluar dari bilik ICU selepas tengok patient. Bukan geli, bukan kesian, bukan risau. Tapi takut, nervous! 

Sewaktu lawatan untuk sesi Environmet Hospital di Kasr Al Ainy, perkara yang sama juga berlaku. Satu usungan di tolak oleh pekerja hospital. Atas usungan itu, terbujur mayat kaku. Ketar lutut tengok. 

Kata-kata hikmah keluar dari Dr Sherif semalam, Kot Putih walaupun sifatnya ringan, tapi sebenarnya kot itu berat. Berat dengan amanah. Amanah dari pesakit dan yang paling penting Tuhan. Pesan Dr lagi, semoga bilangan pesakit yang kita rawat, lagi ramai dari pesakit yang kita 'bunuh' dek sikap careless, negligence dan ignorance kita.   

Sudah dusta berbau di madah,
Baru tahu retak percaya,
Sudah tanah berbau darah,
Baru tahu tiada geliga.

Mungkin ramai yang akan keluar dari sekolah perubatan di serata pelusuk dunia. Bilangannya pasti ramai. Pasti berbondong bondong. Berapa pun kuantitinya, semoga kualitinya mengatasi tahap 'biasa-biasa sahaja'

Mahu jadi lebih dari biasa-biasa sahaja, usahanya patut lebih dari biasa-biasa sahaja.
Mungkin boleh mula dengan aktif interaksi di kelas. Active listening and questioning.

Kes Kaposi Sarcoma  pada pesakit HIV yang kami lihat sewaktu lawatan. - Sumber Gambar Google.
Semoga kot putih ini menjadi amal untuk akhirat kelak.

Di hadapan Special Immunity Department. Siapa sangka bangunan usang di belakang banyak 'permata'. Terima Kasih  Dr!

Wednesday, October 3, 2012

Teori sumbat

I wonder how my friends yang study medicine bukan di Egypt.
Is it that good and beneficial? Heh, serious rasa inferior.
Sudah tahun 4 jurusan perubatan, lagi 3 tahun nak grad, but judging by my ability and skills tak menampakkan langsung aura kedoktoran. *sad!* Habis je exam, 90% teori lesap dari memory. Apekebenda lah...

Tahun 4 tahun klinikal. Bayangan masuk hospital, buat round, amik history patient, examine patient common lah bila nak masuk tahun klinikal. Tapi masih disumbatkan dengan teori.
Tapi nak salahkan universiti tak betul juga. Sudah caranya macam tu. Sekarang terpulang pada diri lah mana nak cari yang orang duk kata 'clinical skills' itu.

Rasa nak gelak besar-besar sambil tutup rasa inferior. =.='
Takpe-takpe. Bila kita lagi kurang, maknanya kita mesti lagi kuat usaha kan kan kan?

Round kali ini mula dengan round forensic dan toxicology. Menarik dan ngeri, khususnya forensic. Kepala putus, kaki hancur, mayat terbakar, baby mati. Name it. Semuanya horror! Orang kata subjek ForTox antara yang ringan masa tahun 4 ni. Tapi doctor pesan kalau paling ringan pun, sepatutnya inilah yang paling awak score dan kuasai.
*Don't take something for granted!*

Last time, belajar pasal cut throat. How come lah seseorang tu berani gila ends his life dengan sembelih diri sendiri?? Ngeri-ngeri... Dosa tu dah satu hal, yang berani gila tu pasal. Baiklah guna keberanian tu solve problems yang duk menggunung tu (if he is sane) daripada bunuh diri.

Belajar forensic banyak teringat pasal mayat. Terbayang bila nyawa dah pergi dari badan, kita akan jadi macam tu juga.. Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khotimah. Insaf tengok mayat manusia tak bernyawa. Badan kita ni hanya 'shell' semata. Satu hari nanti mereput juga. Tak kekal.

Takpelah kena sumbat dengan teori, tapi pandai-pandailah digest supaya satu badan dapat benefit. Jangan ko muntah sudah.. Kawan-kawan yang amik medik kat tempat lain, seniors, adik beradik gen09, nanti share-share lah dengan saya. Noob tahu bab klinikal ^^'

*Dah almost 3 weeks balik Egypt. Sebelum balik selamat hantar parents pergi haji :) dan sempat amik gradding. Thank you sensei and senpai. Yeay dah jadi senpai jugak. Hehe~ Arigatou ne!

p/s: pergi kelas arab pun kena basuh dengan ustazah lagi sekali pasal teori dan amali. Belajar bahasanya banyak tapi time buat latihan dan muhadasah gagap lah, apa lagi.... *Sobs!*

Thursday, July 5, 2012

Bicara Makhluk Halus

Overrrr kau! Tajuk tu macam seram sikit kan?
Sorry peeps!
Kami tahun 3 ni banyak main dengan 'budak-budak kecik ni.' Abang Microb dan Adik Para Site (baca parasite)
Alhamdulillah, Microb done! Doalah lepas subjek ini dengan jayanya!

Lepas balik shopping dekat Hussin dengan Cik Husna, tekak rasa perit dah.
Agaklah. Panas kot. Lagi-lagi, tahu jelah perempuan shopping macam mana. Nampak semua benda cantik! Nak beli. Nasib duit tengah takde.. Kalau tak, haihla... Habis setiap ceruk kedai nak masuk!

Then, lupa pulak bawak air. Yang ada dalam beg, jus mangga je. Time sejuk sedaplah minum. Tapi bila dah kena heat, tak kena lah dengan tekak. Pekat~

Well, sebenarnya fokus dah lari nak study parasite. Selalu macam ni! Last paper mesti dah berangan ke benda lain. Nak balik Malaysia, nak shopping, nak tengok movie, nak jalan2, nak itu nak ini! Haip!
Sampai sekarang buku parasite tak sampai separuh berusik. Apa punya student lah! *Mintak maaf my future patient! Exhausted lah exam lama-lama sampai 2 bulan.*

Oooh ye, sebenarnya baru baik kena diarrhea. Nasib baik tak severe. Alhamdulillah!
Teringat masa first year. Time tu memang dah habis exam. Pastu pergi holiday dekat Alex. Holiday yang sungguh2 lah. Penat berjalan. Pergi main sana sini. Biasalah bila travel, time makan pun tak proper sangat. Too much ice creams!! Hari-hari makan ice cream. Hamiik kau!


Muka kanak-kanak bahagia dah habis exam.. Wuuuu!

Balik Cairo kena diarrhea yang super duper duper teruk! Trip pergi toilet tu toksah nak cakap lah. Rasa nak duduk depan pintu toilet je. Tak larat ulang alik. The worse demam yang I ever experienced!

Entah parasite or microbe mana yang invade intestine.
Bila jumpa doc, doc diagnosed gastroentritis. Masa tu first time dengar condition tu. Sekali dengar macam "Gastro-arthritis."
Bila balik rumah, senior yang tolong tgkkan saya tanya, "Doktor cakap apa?"

Then I answered, "Entahlah kak, rasanya doctor sebut gastroarthritis."

"Huh? Gastroarthritis? Akak tak penah dengar pun! Awak ada sakit joint ke?"

"Takdee pun..." - melepek atas katil, tak larat dah...

Bila dah masuk tahun tiga ni, baru lah tahu. It was Gastroentritis lah!
Gastro : Stomach
Entre  : Intestine
suffix -itis : Inflammation

Haru bila ingat balik gastro-arthritis. Rare betul combination inflammation of stomach dengan joint~ Anatomically not related.

Masa mula2 belajar patho dulu bab GIT (gastrointestinal tract), sokmo confuse some of the terms.

GASTRIC
Okies, orang kalau sakit perut selalu cakap, "Mesti kena gastric ni!"
Ngeh, you knowwwww gastric is actually stomach! Memanglah semua orang ada gastric!
The right term is actually, gastritis!
You know how much I suffered masa belajar Patho of GIT dulu!
Yaaaa! Confuse...
 Apa beza gastric and gasrtitis? Kenapa orang selalu cakap ada gastric? Pathology dia lain ke? Bila sakit perut cakap gastric, tapi buku patho cakap gastritis.. Apasal? &?(*^!@(#

Gastric is stomach
Gastritis is inflammation of stomach.

Ingatkan saya sorang je. Rupanya ada jugaklah yang turut konfius bersama. Nasiblah kawan2 hebat datang membantu. Takdelah sampai ke sudah jadi noob nye... Ngee!

Tahukah anda, amoeba boleh buat diarrhea? Heheh dulu2 ingatkan amoeba ini comel. Kalau sape masa kecik2 tengok Power Puff Girls, mesti kenal Amoeba Boys! Hahaha! Banyak2 karakter, amoeba jugak jadi pilihan jadi Villians. Agaknya sebab tulah producer citer ni amik Amoeba jadi villians, sebab Amoeba tu buat diarrhea and flask shaped ulcer kat manusia... Hahaha motip??



Okies, I really need to get back to Parasite.
Siyes nak balik Malaysia! Huaaa!
Doa ye!
Tata!

*AdiZufly

Monday, June 18, 2012

Panas dan Air

Musim panas kali ni memang menggila nak minum air. Yang paling nikmat kalau air tu sejuk-sejuk embun. Sangat menyegarkan! Tak sejuk sangat sampai tekak jadi numb, tak panas sangat macam air yang baru kena jerang. Kalau tak letak air dalam peti sejuk, tak ada arah ler minum air berbahang macam angin musim panas Mesir ni!

Tadi dalam dewan exam jawab paper pharma, rasa macam duduk dalam sauna (walau pun hakikatnya tak penah jejak sauna pun). Kipas yang ada pun tak mampu nak sejukkan udara dalam dewan tu. Orang yang duduk betul2 center bawah kipas tu memang untunglah. Yang duduk dalam barisan yang tak selari dengan kipas tu, kena tempias sikit2 je. Itu pun, berpeluh macam tengah main bola (in my case main netball ke, main basket ball ke. Tak main bola sepak ^^') Tangan patutnya laju menulis, tapi tak habis2 mengipas badan. Panas! At the end of time, habis cramp and tremors tangan nak compensate balik dan kejar masa menulis jawapan.

Dah nak masuk 3 tahun duduk sini, tapi tak mampu lagi nak adapt dengan summer di sini. Seriously walaupun Malaysia pun panas jugak, tapi petang ke malam ke ada hujan. Ala macam peribahasa "Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari." Baru panas dunia.. Phew~

Kebanyakan hari masa musim panas ni, kami serumah banyak kali berebut toilet dengan Lily. Well, Lily sekarang ni mendominasi toilet. Melepek dan terlentang atas lantai mozek yang sejuk dekat hujung pintu bilik air. Kalau nak masuk toilet, macam kena mintak izin plak dengan Lily.

 "Lily, Dila nak guna toilet. Keluar lah yang! Cepat2, orang lain pun nak main air jugak." Ni bukan macam mintak izin, ni macam memaksa. Hahaha! Kadang2 dia buat donno je. Buat tak tahu dan tak dengar. Main poke2 dengan dia, baru lah nak bergerak..

Lately ni, Lily dah makin berani nak masuk peti ais. Haih ni lagi ekstrem. Pantang dengar kitaorang bukak peti ais je, laju je dia datang. Kalau dulu dia duduk depan pintu peti ais je. Kadang2 tu kesian tengok dia panas, so biar je pintu ais tu terbukak sikit, bagi dia sejuk.

Tapi sekarang, kalau kitaorang bukak peti ais, selamba je dia melompat masuk dan duduk 'like a boss'. Haih~ Payah bebenor nak membela hok sekor ni. Kucing pun tahu panas...

Baru panas dunia....

Teringat satu cerita, tak ingat siapa si fulan yang diceritakan, sahabat nabi juga rasanya. Sumber cerita ni dari seorang ustaz masa saya sekolah menengah dulu. (Ke ustazah, tak ingat... Heheh)

Si fulan ni tengah minum air. Selesai saja minum air, si fulan ni tiba-tiba pengsan.
Bila si fulan ni terjaga, sahabat-sahabat sekeliling tanya. "Kenapa kau pengsan ni?"
Si fulan ni jawab, "Masa aku tengah minum air tadi, aku tiba-tiba teringat tentang akhirat. Tentang panasnya akhirat. Betapa dahaganya di sana nanti... Aku takut!"

Rendah betul iman saya nak compare dengan sahabat ni.
Kalau time panas, pastu minum air, paling koman saya cakap "Alhamdulillah! Leganya........" Takde pun nak teringat haus akhirat... Sobs! Sahabat tadi sampai pengsan kot sebab takut sangat. Kalau saya, ingat tu ingat jugak, tapi lepas tu melayang dah...

Matahari nanti sejengkal je dengan kita. Penghuni neraka yang haus diberi air jugak Tapi air nanah, air bisul yang busuk, sticky, yang jijik. Kat dunia pun kita dah geli... Tapi sebab haus, mereka minum jugak.. Nauzubillah kita jadi macam ni.. Tak nak tak nak! Lindungi kami ya Allah!!

Teringat lecture Dr Aqef masa belajar Physiology Kidney tahun lepas. Dr tanya kenapa tembikai banyak masa musim summer..

Sapa tahu jawapan?

Heh? Apasal petak2 plak?


Subhanallah... Rasionalnnya sentiasa ada. Manusia ni kena banyak mengkaji. Baru tahu kuasa dan bijaksanannya Allah empunya alam ni.

Bila panas, badan kita banyak hilang air kan? Dehydrated.. Kidney kita compensate balik. Kidney reabsorb balik air. Tapi nak absorb water, kidney kena absorb Na (Sodium) dan buang K (Potassium). So at the end, badan hilang Potassium. Bila tambah2 musim panas macam ni, Potassium banyak sangat hilang (We called this Hypokalemia)...

Hypokalemia can affect cardiovascular physiology. It can even induces arrhythmia.

Tembikai sebenarnya banyak Potasium dan air. So makan tembikai secara tak langsung boleh restore Potassium dalam badan kita... Dah jadi lecture physiology plak dah.. Banyak sangat membebelnya... 

Lepas ni boleh lah gendong tembikai balik rumah ye. :)

_______________________________

Selamat Mengharungi Summer di sini. Semoga sentiasa tabah... Hehe..
Boleh dah lah start2 berjinak puasa sunat. Nafsu menggila nak makan, minum dan tidur time Rejab dulu, boleh dah slow2 ditundukkan time Sya'ban ni.. Ramadhan nanti takdelah nazak sangat. :)

Paper II pharma dengan clinical paper lusa... Normal ke lupa? Frustrated tak ingat doctor mengajar time kelas. Lain kali sengguk lagi dalam kelas! Padan muka! Good luck and all the best to my comrades Gen 09!

Wednesday, April 18, 2012

Hari Pengsan Sedunia

Assalamualaikum W.B.T

Bissihah wa rehah everyone!

I guess itulah the first and the last. Sebab itulah ada peribahasa 'Ukur baju di badan sendiri'

Keinginan untuk memberi sudah lama ada, cuma masih ragu-ragu tentang kebolehan diri dan kemampuan diri untuk bertahan. Nampaknya pengalaman kali ini, membuktikan bahawa saya bukanlah orang untuk memberi, tapi mungkin menerima!

I passed the blood pressure examination and for the weight I heard 35 kg. I was about 50 kg, so kira pass lah.. There was no other relevant test as they usually had to qualify you to donate your blood. So simple!
Mungkin mereka really2 shortage of blood, so they had to loosen the qualifications a bit.

*TAPI SEBENARNYA WEIGHT REQUIREMENT IS 55 KG! DOCTOR SALAH SEBUT!*

Kami pergi bertiga. Kadang-kadang memang ada blood donation center dekat Uni. So, this time entah mana datang excitation, bravery, courage, and idea untuk pergi menderma.

It was fine actually. Nothing serious happened to me along the process. Cuma tourniquet tu ketat dan sakit sikit. Eventhough the needle was bigger than usual, the pain was the same like the small one. No, actually tak sakit pun! Nurse tu sangat cekap mencari vein.. Inspired to be good and skilled as well. :)

The bag almost full. Ok, nurse pun started withdrawn the needle.. Haa, this time, I got dizzy. Kepala rasa ringan je, and blurry vision.

"Doctor, I think I'm gonna faint...."
"No! No! You're good! You're not going to faint!"
"No doctor.. Seriously, I'm gonna faaaint...."

Yeah! Here goes me! Fainted after donated the blood. Tak cool langsung!

But, vasovagal reaction is really not cool and fun at all. It was like impending death. Memang rasa nak mati time tu... I never imagine donating blood can be so severe macam ni.

Loss of conscious as if you're out of this world. Bila dah sedar, mind betul2 disoriented. The first thing I saw was my hand. Tapi, tak boleh nak process that was a hand!! Menakutkan!!
After a while, baru oriented. And muka doctor cuak kot..

Then feel nausea, dizzy, numbness but after a while back as usual, tapi of course lah weaker.
Balik rumah terus tidur.. Haih, memag diri ini tak bersedia memberi lagi. This morning still rasa headache and dizzy.

Even experience kali ini tak cool langsung, tapi I've done my part. Alhamdulillah, still alive today :)
 *The impending death part is not a play guys!*

So sesiapa yang kat luar sana yang sihat walafiat, BMI yang bagus, heamglobin count ok, takde anemia, takde masalah jantung, hati  pergilah menderma darah.. Qualification dah ada, tapi tak nak guna membazir lah.
Sesapa yang rasa terlebih darah, bolehlah memberi. Bukan semua orang dapat memberi, the chosen one je yang dapat. Untunglah kalian dapat memberi.. Ada jer yang nak memberi, tapi kena reject! Sedih tahu kena reject!! Facing rejection is not easy... 


Managed to fill this bag with my blood. Semoga apa yang diberi, bermakna untuk yang menerima.

Don't worry, your bone marrow still able to produce RBC if you loose some.. :)

It maybe my first and the last, but who knows, if I gain more weight and eat well, I might be able to give again..

So eat well Adilah, n don't faint again! Tak macho dan cool langsung...
Mari penuhkan blood bank di hospital!! Semoga amal kalian dipandang Allah...

p/s: Out ouf 3 yang menderma, 2 blacked out.. Who said donating blood is easy? But feel great accomplished one!