Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, October 17, 2012

Sang Jernih dan Keruh

One thing that I don't like being here is sistem buang sampah.
Anywhere will do. Tengah traffic jam, bukak je tingkap, dan layangkanlah sampah dan plastik anda. Itulah nature mereka.

Kami tak berapa minat sangat nak guna khidmat pak cik yang angkut sampah tiap2 minggu kat sini. Sebabnya, tiap-tiap kali dia ambik sampah, tiap-tiap kali itulah dia minta duit. Walhal, setiap bulan dia minta juga duit gaji. Jadi duit bulanan ditambah lagi dengan duit tambahan, jadi banyaklah... Bukannya berkira, tapi tak sedap jugaklah habis sampai 40 genih sebulan untuk khidmat buang sampah. Dan pak cik tu ketuk pintu sangat kuat. Scarryyyyy!

Bila ditanya pada jiran ada alternatif lain tak nak uruskan buang sampah ni, dijawabnya "Kau buang jelah mana-mana. Takpe je."
Huh????

Tengok! Bengang! Rasa nak hampuk siapa sekarang...

Ya Allah! Sibuk-sibuk mengata Dr Moursi suruh perbaiki sistem pembuangan dan pengurusan sampah, tapi kalau mentaliti rakyat macam ni, payah la agaknya nak berubah. Bertimbun jugak sampah kat tepi jalan tu. Tak kemanalah kalau macam tu perangainya...

Itu orang kata "Islam bi la Muslimin." Namanya ada, tapi pembuat dan pengamalnya tiada...


Semua ini,
boleh berubah. Semuanya dengan Iman. Bila kita beriman, kita akan percaya, kita cakap, kita buat. Kalau tak cukup 3 komponen tu, iman tak power lagi lah tu.

............

"Ya Banat, annazofatul minal iman huh? Barakallahu fi kunna. Alkitab nazifah jiddan!" Reaksi Ustaz Mahmud bila tengok buku Nahu. Licin! Takde sebarang indication pun bahawasanya kami bukak buku, study dan siapkan tadribat yang diberikan.
Sebab tu ustaz kata 'bersih' betul buku kami. Tak buat homework. Dah macamne nak maju, duk hidup takat sama je. Buat homework pun malas... :'( Cakap dan semangat bertimbun, tapi action cap siput...

Belajar nahu, belajar muhadasah, tapi cakap arab lekat-lekat lagi. Dah lah vocab tak banyak, pastu nahu lintang pukang pulak....

"Ya kusalaa!" Nah, amik kau! Pemalas ustaz panggil kau. Kalau tak terasa lagi, sila hantuk kepala ke dinding.
Salah siapa? 
..............

2 different situations. Yeah kind of tak reti nak relatekan.. No acronyms between both situations.
Everything is about attitude. 

Kita kagum dengan kehebatan dan pencapaian orang lain, sampai kita terlupa kita sebenarnya mampu jadi macam orang-orang hebat nih kalau kita ubah attitude kita. 
Key point, Ubah Attitude!!

Iman kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Memang ada masanya perlu booster.

*Nota Bahasa:
1. Islam bi la muslimin = Islam tanpa orang-orang muslim
2. Nazifah = Bersih
3. Ya kusalaa! = Hai, orang-orang yang malas! (Pergh pedas giler kena dengan ustaz yang ini!)


Wednesday, October 3, 2012

Teori sumbat

I wonder how my friends yang study medicine bukan di Egypt.
Is it that good and beneficial? Heh, serious rasa inferior.
Sudah tahun 4 jurusan perubatan, lagi 3 tahun nak grad, but judging by my ability and skills tak menampakkan langsung aura kedoktoran. *sad!* Habis je exam, 90% teori lesap dari memory. Apekebenda lah...

Tahun 4 tahun klinikal. Bayangan masuk hospital, buat round, amik history patient, examine patient common lah bila nak masuk tahun klinikal. Tapi masih disumbatkan dengan teori.
Tapi nak salahkan universiti tak betul juga. Sudah caranya macam tu. Sekarang terpulang pada diri lah mana nak cari yang orang duk kata 'clinical skills' itu.

Rasa nak gelak besar-besar sambil tutup rasa inferior. =.='
Takpe-takpe. Bila kita lagi kurang, maknanya kita mesti lagi kuat usaha kan kan kan?

Round kali ini mula dengan round forensic dan toxicology. Menarik dan ngeri, khususnya forensic. Kepala putus, kaki hancur, mayat terbakar, baby mati. Name it. Semuanya horror! Orang kata subjek ForTox antara yang ringan masa tahun 4 ni. Tapi doctor pesan kalau paling ringan pun, sepatutnya inilah yang paling awak score dan kuasai.
*Don't take something for granted!*

Last time, belajar pasal cut throat. How come lah seseorang tu berani gila ends his life dengan sembelih diri sendiri?? Ngeri-ngeri... Dosa tu dah satu hal, yang berani gila tu pasal. Baiklah guna keberanian tu solve problems yang duk menggunung tu (if he is sane) daripada bunuh diri.

Belajar forensic banyak teringat pasal mayat. Terbayang bila nyawa dah pergi dari badan, kita akan jadi macam tu juga.. Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khotimah. Insaf tengok mayat manusia tak bernyawa. Badan kita ni hanya 'shell' semata. Satu hari nanti mereput juga. Tak kekal.

Takpelah kena sumbat dengan teori, tapi pandai-pandailah digest supaya satu badan dapat benefit. Jangan ko muntah sudah.. Kawan-kawan yang amik medik kat tempat lain, seniors, adik beradik gen09, nanti share-share lah dengan saya. Noob tahu bab klinikal ^^'

*Dah almost 3 weeks balik Egypt. Sebelum balik selamat hantar parents pergi haji :) dan sempat amik gradding. Thank you sensei and senpai. Yeay dah jadi senpai jugak. Hehe~ Arigatou ne!

p/s: pergi kelas arab pun kena basuh dengan ustazah lagi sekali pasal teori dan amali. Belajar bahasanya banyak tapi time buat latihan dan muhadasah gagap lah, apa lagi.... *Sobs!*