Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Friday, January 11, 2013

Beku

Beku!


Tiada salji, tapi cukuplah dengan kebekuan yang melanda ini.

Cenderung berselimut setiap masa. Sudahlah tiada heater, konon mahu berjimat dan kawal perbelanjaan.
Elmo dan Lily pun kerjanya berlingkar setiap masa. 

Back in October, Elmo was smaller than Lily.
Otak pun beku juga musim-musim begini. Fokus terbatas sebab sejuk sangat. Cuba duduk menghadap buku secara statik, mengumpul haba tapi sejuk lagi mencengkam rupanya!


Sudah Tuhan lagi tahu apa yang kita mampu. Ada hikmah aku bukan di situ, tempat yang aku mahu.

Sedang cuba belajar Community Medicine dengan riang dan gembira. Khabar yang didendang, memang tak sedap ditelinga. Katanya Community Medicine antara subject killer dan juga subjek tercorot dalam carta favourite saya :(

Cubalah buat paksa suka, lama-lama nanti jatuhla cinta.
Ahh! Tapi hati mana boleh paksa paksa T______T

Ada end round exam 16 Jan ni. Doakan saya jadi super rajin!

Janganlah sombong sangat dengan bidang ilmu ini, nanti bahana!


Eh eh, tapi Commed ni seronok je sebab ada visit. :)
Our last Commed Visit: Rural Visit 2.0
ihsan gambar: Afif Fahim
p/s: Unstable. Doakan!

No comments:

Post a Comment