Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, June 29, 2011

Bunga

Assalamualaikum W.B.T..

Short update, mahu sambung tido (Hari2 tido 3 jam, now its payback time!)

Written anat selesai. Harapnya tak perlu mengulang kertas semula.
Today, smiled ear to ear.. Dari pagi sampai malam :) Such a nice day.... Subhanallah!


Daerahku...

Usah disemai,
Andai diri enggan membaja.

Bila benar angin menggoyah,
Bila benar bunyi memeri,
Biarkanku berteleku dahulu,
Bersama dengan bijaksana.

Andai langit mula membiru,
Dan tanah juga memerah,
Barulah kita bina daerah jaya.


-Antara bunga dan penyeri laman-

p/s: mood puitis penangan ayahanda dan bonda... :)



I'm looking forward for this during summer leave :) Ibu, can u get ready the oven n the ingredients? Mahu lepas ngap!

Saturday, June 25, 2011

Kerana pintu...

Assalamualaikum W.B.T

Terasa mahu membebel di sini. Tapi tiada point untuk dibebelkan sebenarnya.

***

Teringat nukilan seorang rakan lama di sekolah dahulu. Mengenai bersangka-sangka. Ah, tapi lupa pula nukilannya bagaimana. Takpelah, kemudian sahaja saya quote.

Pagi:

Jam 3 pagi. Mata sudah kuyu membaca. Sabar menanti subuh... Aih, kang lelap, confirm2 rebah tak bangun...

Mata sudah separa tutup.. Ah, tilam nampak menggoda sungguh!! Tolak buku, amik bantal, tarik selimut. (habit tidur dengan selimut, walau bilik panas nak rak!)


Baru panas dunia =.="

Selang minit, azan subuh. Sedar dan mamai. Perasan je azan dan suara nyaring kakak-kakak mengejut bangun subuh... "Bangkit la dila... Bangkit! Bangun... Bangun... Bangkit.. Meh! Kit Kit Kit!"

Dalam mamai masih boleh lagi terasa nak tergelak, tapi tak bangun =.='

Dah terjaga tapi bermalas-malasan dulu. Sedar tak sedar, ahhh, kan dah terlepas jemaah! Meluru masuk bilik air, wuduk,solat..

Bang!!

Dinner:

Bang!!

Dia: Selalu ke pintu ni bunyi macam tu? Ingatkan ada orang dekat dalam...

Saya: Eh, ni ha Dila kat luar. Apa bendanya kat dalam pulak? =.='

Dia : Ingatkan Dila yang tutup. Gedegang bunyi pintu... Ingatkan marah.. Macam pagi tadi..

Saya :Heh! Bila pulaknya ni?

Dia: Subuh tadi... (Tunduk bawah...)

Saya: Adeiiii! Mana ada marah. Pintu tu memang bunyi kuatlah... Sebab tu lah selalu tutup pintu.Kalau tak tutup, berdegang bunyinya nanti...

Dia: Ooh! Jadi selama ni bunyi slam door tu bukanlah marah?? Memang bunyinya macam tu?

Saya: Yelah! Abis tu korang ingat selama ni Dila mengamuk la ehh?

Mereka: Ya! Nodded

Nasib la korang tanya... Kalau tak sampai ke sudah, duk ingat saya mengamuk... Hanya kerana pintu...

***

Kalau tak jumpa, cari.
Kalau tak tahu, belajar.
Kalau tak faham, tanya.
Kalau tak sahih, selidik.

Kemudian perhati, dengar dan analisa.
Jangan sangka-sangka, buat konklusi dan seterusnya menghukum.

"Don't judge people to much. Because at the end of the day, you might find yourself don't have much courage to love and care."

p/s: Cerita ini, cerita benar kemudian diputar belit... Penambah perisa dan perasa.. Kih kih kih... ^_^


note:


TIPU!!!

Next paper:
ANATOMY : Abdomen, Pelvis, Head and Neck, Neuroanatomy, Special Embryology....
Written exam: 29/6/2011
Oral exam : 3/7/2011

Doakan saya boleh jawab? Please :)


Tuesday, June 21, 2011

Bapak


Assalamualaikum W.B.T


Sempena Hari Bapa, saya nak mencoret sikit tentang ayah saya...

Panggilan saya buat ayah, adalah bapak. Klasik tak? Rasa macam dalam filem P Ramlee pulak dah... Dan bapak memang suka menyanyi ala-ala P Ramlee... Hee~

Saya masih ingat, waktu kritikal di KISAS, saya memanglah down semacam... Tgk C dan D berderet-deret dalam slip periksa... Hanya tinggal beberapa bulan je nak SPM, dengan resultnya macam tu, mestilah rasa down dan frustrated bukan? Classmates pulak sume A berderet-deret... Inferior inferior... Isk... Entah macam mana tercampak di kelas star tu..

Telefon family... Cerita itu dan ini dan tahan sebak... Sobs sobs...

Beberapa hari kemudian dapat surat... Dari bapak.. Ya, isinya sungguh klasik dan mengharukan... Saya baca sambil senyum dan menangis-nangis teresak-esak.. Aish, romantik betul ayah aku ni. Saya tunjuk surat bapak pada Yani, kemudian Umi.. Kemudian, habis satu dorm baca surat bapak tu. Zehan siap baca kuat2 lagi, bagi orang lain dengar... Isinya biasa sahaja, menyatakan kerinduan teramat pada anak yang jauh di mata, menceritakan perihal adinda-adinda, memberi semangat buat anak yang patah hati, mengingatkan si anak tentang harapan dari bonda dan ayahanda..

Iya, biasa-biasa sahaja. Tapi hati mana tak meruntun, hati mana tak sebak, hati mana tak rindu, hati mana tak terharu dengan si ayah yang begitu romantik ni??? Saya senyum sahaja dengar kenyataan mereka, yang bapak memang cool hantar surat cinta buat anak.. Sampai sekarang, kalau saya baca surat itu, air mata jatuh menitik dan tersenyum. Jadi pembakar semangat..

Bapak memang tip top dalam urusan rumah... Kalau nak dibandingkan dengan ketangkasan saya dan bapak dalam melipat kain, saya kalah! Dahla bila lipat kain tu, lining baju yang dilipat tu punyalah kemas, kalah saya...

Lagi, kalau di rumah, biasanya bapak yang basuh pinggan.. Kadang-kadang je saya basuh pinggan... Tangan ibu dan saya memang sensitif dengan sabun basuh... "Ala, bagilah kakak basuh pinggan ni." Bapak balas, "Tak payah, kakak dengan ibu tu sama jer. Sensitif sangat tangan. Nanti mulalah bila nak scan cap jari tak nampak.." - Ya, fingerprint saya selalu hilang. Bila nak scan fingerprint, mesti lama gila tenyeh dan tonyoh jari dekat scanner tu... Pastu bila tak nampak, kena marah dengan orang yang jaga kaunter... Isk, tapi saya basuh jugaklah kadang-kadang.. Amboi, anak dara mana tak reti buat kerja rumah, malulah.. :P

Kalau nak kemana-mana, bapak memang berjemput dan berambik anak dia.. Tak kiralah, nak balik rumah mandi tukar baju utk aktiviti koko semasa di SMART, atau balik hujung minggu or hujung bulan di KISAS, atau ambil saya di KLIA sewaktu evakuasi or cuti summer... Semua dia ambik.. Semua dia hantar...

"Bapak, orang kena pergi BTN lah dekat Bukit Sagu!" - Ok!

"Bapak, nak pergi outing dengan Miss H kul 4 bleh?"- Ok! Nanti dah siap call.

"Eh, kena pergi Yayasan Pahanglah isnin ni amik duit evakuasi."-Takpelah, I send you.

"Bapak, nak pergi TC (Teluk Cempedak) dengan kawan?" - Ok! Kita buat dua trip. (Kami berlapan masa tu)

"Bapak, nanti sape nak amik kakak kat KLIA ni? Bapak kan baru baik patah tangan..." -Bapak boleh drive lah.. Tak payahlah naik flight domestic..

Kalau saya kena migrain, bapak yang picit kepala saya..
Kalau saya kena bebel dengan ibu (heee! itulah nakal sangat), bapak yang sejukkan saya..
Kalau bangun sahur, bapaklah kejut saya.
Kalau ibu tak dapat teman saya shopping, bapaklah tolong ganti tempat ibu.. Berjam-jam tunggu anak dara dia pilih baju... Isk!

"Nanti nak cari hubby macam bapaklah!"-me

"Oh, please! Please find someone else better than me.." -bapak

Itu antara kisah yang saya ingat. Tak masuk lagi dari baby, kanak-kanak... Entah lagi macam ragam dan perangai... Betullah, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Membawa Bahagia... :') Selamat Hari Bapa dan Happy Birthday to you too! Terima Kasih Allah beri saya peluang macam ni..


Double entry, hari bapa and his birthday (25 Jun)






My Father.. Hmm any resemblance with me?

Tuesday, June 14, 2011

Mid Jun and Mid Year


Assalamualaikum W.B.T..

"Dila, ko kena ingat birthday aku! Birthday aku betul-betul jatuh pada mid year..."

Mid Year : Bulan Jun
Mid Jun : 15

Yes! It's her birthday today....

Orang Vienna apa khabar? Orang Vienna nak exam Matura kan? Sekarang oral kan? Macam mana preparations? Dah ready? Tengok status di Facebook, gaya macam nak jadi lawyer jer... hehehe... White Scarf - checked! Blazer - checked! Blouse - checked!

Orang Vienna, orang di sini rindu kamu. Mana taknya, kalau di sekolah dulu semua sebelah-sebelah. Katil sebelah, tempat duduk di kelas sebelah, almari di dorm sebelah, almari buku di kelas pun sebelah... Tak berenggang... "Deeela, eh apasal sebelah lagi niii?"

Biarlah, Allah dah susun begitu...

Tapi sekarang, kamu dekat sana. Saya dekat sini :(

Jauh tak?

Saya harap kamu terus kuat di sana...

Sebak tahu! Bila kamu mengadu, kamu selalu solat sorang2... Bila kamu beritahu, tiada siapa yang tasmik bacaan Quran kamu... Bila kamu selalu cerita yang kamu sorang2...

Menjadi satu-satunya pelajar Malaysia dan muslim di bumi asing, bukan kekuatanku... Kalau saya, mesti dah mentak2 mahu pulang... Budak manja macam saya mana tahan. Kalau di KISAS dulu time SPM, kamulah yang selalu pujuk saya. Suruh sabar. Cheering me up. Buatkan saya biskut tuna. :) Kalau saya gaduh dengan si dia, mesti kamu akan2 kutuk2 dia dan back up saya... Kesian dia... (Hahah tapi nampaknya kamu dulu berbaik dengan dia!)

Walau kamu berjuang sorang2 di sana, kamu lebih tahu dari saya.. Kamu cerita pasal Nouman Ali Khan.. Kamu cerita tentang Suhaib Webb.. Kamu cerita itu dan ini... Saya? Hmmm....

****

Semoga pada hari ni kamu terus kuat... Tak reti dah nak bermadah puisi, menabur kata-kata berbunga...

Semoga Allah berkati hidup kau sahabat! Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atas kau sahabat! Semoga iman, ilmu dan amal kau sentiasa bertambah sahabat! Demi Allah, aku harap ukhuwah ni terus segar hingga ke syurgaNYA.

Tim, Me and Huda... Happy Birthday Huda!! Ko dah tua... Hikhikhik!! :)

p/s: Nih kira hadiah la yer... kihkihkih!

Monday, June 13, 2011

Snacks


Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah 'ala kulli hal... Sudah selesai Exam Physiology 2nd Year!!! Both written and oral... Sedih? Terkilan? Menyesal? Ouh, melihat pada usaha yang tidak seberapa, saya redha. Namun, saya tahu rezeki Allah tu luas... Doa dan tawakkal saja lah..

Terima kasih Allah kerana masih sayangkan diri ini, masih memberi peringatan, masih membantu di saat hambaMu bergantung harap padaMu... Terima kasih juga buat rakan2 dan senior yang tidak putus membantu.. Dan yang dirindu dan disayangi, terima kasih mendoakan anakmu ini... :) - ceyt macam dah habis exam jer...

****

Ah, musim study leave banyak makan betul... Tapi gemuknya tidak jugak...

Isk~ Baru 10 minit merenung buku, mulut ni rasa kosong ajer nak mengunyah... Ah, takkan lah nak melantak nasi pulak... Tadi baru lepas makan. Tapi kenapa lapar nieh??? Masuk dapur buat airlah...

Boring2 study, bukak laptop kejap. Tengok citer apa ntah.. Sedang menonton cerita tu, perasan yang heroin tu tengah makan baby tomatoes as her snacks, when she was completing her assignment ... Ah!!!!! Eh kejap betul ke tomato yang dia makan tu, rewind balik...

Ahhhhh! Betul2!!


Tomatoes jadi snacks??? Eh, macam sedap jer....

*****

Kalau kita tengok movies atau baca buku atau study atau apa-apa sahajalah, biasanya snacks pilihan adalah pop corn (sangat sinonim dengan movies bukan?), chocolates (Yummies!!), Ice cream (drooling..), chips, keropok, biskut dan lain-lain lagi...

Naaaa, apa kata kita twist sikit kebiasaan makan snacks yang kurang sihat ni kepada yang lebih sihat.. Buah ke, carrot ke, tomatoes ke... Hihihi.. Mesti ada yang kerut muka membayangkan makan tomatoes sebagai snack... Saya sendiri pun tak pernah buat... Tapi, satu hari nanti nak cubalah... Kalau tak nak tomatoes, buat lah salad fruits... Apple, Orange, Cantaloupe - ramai orang ingat cantaloupe ni bahasa arab, sebab terbiasa dengan istilah honey dew di Malaysia (walau hakikatnya mereka berbeza).. Tak percaya cantaloupe tu bahasa inggeris? Pergi google... Ngee~


Dulu, di Malaysia, tak minat langsung makan tomatoes atau carrot.. Datang Mesir, baru lidah dan tekak bermesra dengan mereka... Sebab sedap! Seriously, sudah mula merindu pada kemanisan tomato.. Tomatoes musim soif (summer) ni kurang menjadi dan harganya mahal... Tapi summer pun best, ada cantaloupe, peach, apricots, bannati (bukan bananalah, bannati = baby grapes)... Makan time study best lah.. Sihat and nature gitu...

Banyaklah2 makan buah musim summer ni, jaga kesihatan...Especially pisang.. Sebab apa?? Sebab pisang banyak potassium ion, K+... Sebab apa?? Sebab bila musim panas, badan kita perlu banyak air....

Eh, apa kaitan potassium dengan air plak??

Hmm senang citer camni, bila dalam badan kita ada increase in potassium ion, potassium ion akan stimulate secretion of aldosterone hormone.. Pastu kan, aldosterone ni akan help ni reabsorption of water, jadinya badan kita akan dapat simpan banyak airlah... Takdelah lembik je nanti.. :) _Potassium ion is more potent stimulator to the secretion of aldosterone compared to other factors_

Jadi premisnya: Pisang=Potassium, Potassium=Aldosterone, Aldosterone=Air... Hikhikhik suka hati buat rule sendiri... -nampaknya penangan physiology tak hilang lagi. Jomlah switch ke Histo pulak...-
Ehh, what's up Doc?

Ok, jadi macam Bugs Bunny ni.. Makan carrot time study History.. Patutlah cunning semacam jer...



Pen off...




Monday, June 6, 2011

You! I Takutlah...

Assalamualaikum W.B.T

Nak exam rasa berdebar-debarlah... Ouh~ Sebab tahu bekalan nak bawak masuk exam tak cukup...
Kalau tidur malam, siap mimpi2 lagi apa yang baca before tidur. Tidur tak penah lekang dengan nightmare tak mampu jawab periksa...

Tahap tension menggunung, marah memuncak, mulut muncung, mata sembab (kurang tidur ke terlebih tidur tak tahulah), bilik bersepah, rumah bersepah, buku berterabur... Tak tenteram langsung... Hidup dengan buku sahaja, sampai tiada masa bermesra dengan penyapu, mop, span... ^^ (Laptop ada pulak, haiisshh)

Bila bangun tidur, solat, siap diri, pastu terus duduk depan buku, pulun2! Mengharapkan mampu compensate masa2 dahulu yang dihabiskan dengan main-main instead of studying...

Borak-Borak dengan Ahli Beit:
HI : Dila, ai takutlah!!!
AZ: Yu takut? Ai pun takutlah! Banyak giler tak cover nihhhh!!!!!!! (Jerit!) - suka benor menjerit
HI: Yang tu betullah... Tapi..... (Main cuit-cuit dan buat muka comel)
AZ: Apa cuit-cuit ni!! Macam orang nak menikoh je gayanya...
...
HI: Bukanlah!! Ai takut nak mati... Tak cukup bekalan lagi ni...

....Awkward silence....

AZ: Allah!! (Lepuk dahi)

.....

Berdebar-debar nak exam?
Tidur lambat sebab nak cover buku berjilid?
Sakit belakang sebab berteleku dengan soalan essay?
Mata sembab sebab tahan ngantuk menghadap buku berjam jam?
Muahahaha...

Berapa ramai yang ingat Tuhan saat Dunia menguji??

Kalau ditakdir Tuan MAUT meragut dahulu hidup ni, sebelum Tuan EXAM, maka, tiada peluang kedua untuk compensate balik kekurangan amalan dan bekalan... Entah, siapa nak teman diri saat ditanya dan diseksa di barzakh kelak... (nauzubillah!)



Tahu takut exam, takut mati tak cukup amalan tak selalu nak beringat pun... :p

Jom saling mengingatkan! :)

Akhirat adalah Ujian sebenar manusia. Good Luck and All the Best!!

Wednesday, June 1, 2011

Shell

I'm talking about this shell, not the syarikat SHELL tu...



Assalamualaikum W.B.T

"Kita sebenarnya hanyalah shell semata-semata"

Came across with this sentence when I met a forensic doctor few years back... "Saya bukan bedah orang, saya bukak shell je ni... Ahhhh~

.........
Eh, betul la kan?
Kita ni shell je.

Analogi:
Badan = Shell
Nyawa = The mollusca yang duduk inside the shell tu.. When, the mollusca died, dia tinggalkan shell tu.. Same goes to us...

Ada shell yang cantik macam kat picture atas tu, siap ada duri-duri lagi. Ada shell yang dull aje, macam shell siput babi tu.. Ada shell yang kaler hitam, ada yang kaler putih. Ada shell yang coiled, ada yang triangular macam sea shell tu.. Semua lain-lain.

Hakikat,
Cantik atau tidak, Allah tak pandang rupa. Semua sama. Yang membezakan darjat kita disisiNYA hanya amalan dan tingkah kita.


We will get grey and old, and when the time comes, we will leave our shells...
Kadang2 tidak perlu tunggu tua pun, hakikat cantik tu boleh hilang.
Penyakit, api, acid splashers... Bila-bila masa kalau Allah nak tarik balik, naaaa it is inevitable...


Pada si cantik dan si kacak, jangan nak menyombong,
Pada si hodoh dan si papa, jangan nak merungut,
Pada si montel dan si 'comel', jangan inferior,
Pada si kurus dan si lidi, jangan melayang.


Itu ujian kau. SABAR dan REDHA.

.............
Adizufly: "Apasal laki nak bini lawa jer?"

AkAr :"Aku nak cari bini cantik, sebab nak anak cantik"

Adizufly : Oooowh.. Ingatkan nak buat trophy wife. :P

p/s: My crush tak hensem pun (past ye, not present. Present tak da)... Ngee~



*Sekian*