Nak exam rasa berdebar-debarlah... Ouh~ Sebab tahu bekalan nak bawak masuk exam tak cukup...
Kalau tidur malam, siap mimpi2 lagi apa yang baca before tidur. Tidur tak penah lekang dengan nightmare tak mampu jawab periksa...
Tahap tension menggunung, marah memuncak, mulut muncung, mata sembab (kurang tidur ke terlebih tidur tak tahulah), bilik bersepah, rumah bersepah, buku berterabur... Tak tenteram langsung... Hidup dengan buku sahaja, sampai tiada masa bermesra dengan penyapu, mop, span... ^^ (Laptop ada pulak, haiisshh)
Bila bangun tidur, solat, siap diri, pastu terus duduk depan buku, pulun2! Mengharapkan mampu compensate masa2 dahulu yang dihabiskan dengan main-main instead of studying...
Borak-Borak dengan Ahli Beit:
HI : Dila, ai takutlah!!!
AZ: Yu takut? Ai pun takutlah! Banyak giler tak cover nihhhh!!!!!!! (Jerit!) - suka benor menjerit
HI: Yang tu betullah... Tapi..... (Main cuit-cuit dan buat muka comel)
AZ: Apa cuit-cuit ni!! Macam orang nak menikoh je gayanya...
...
HI: Bukanlah!! Ai takut nak mati... Tak cukup bekalan lagi ni...
....Awkward silence....
AZ: Allah!! (Lepuk dahi)
.....
Berdebar-debar nak exam?
Tidur lambat sebab nak cover buku berjilid?
Sakit belakang sebab berteleku dengan soalan essay?
Mata sembab sebab tahan ngantuk menghadap buku berjam jam?
Muahahaha...
Berapa ramai yang ingat Tuhan saat Dunia menguji??
Kalau ditakdir Tuan MAUT meragut dahulu hidup ni, sebelum Tuan EXAM, maka, tiada peluang kedua untuk compensate balik kekurangan amalan dan bekalan... Entah, siapa nak teman diri saat ditanya dan diseksa di barzakh kelak... (nauzubillah!)
Tahu takut exam, takut mati tak cukup amalan tak selalu nak beringat pun... :p
Jom saling mengingatkan! :)
Akhirat adalah Ujian sebenar manusia. Good Luck and All the Best!!
No comments:
Post a Comment