Terasa mahu membebel di sini. Tapi tiada point untuk dibebelkan sebenarnya.
***
Teringat nukilan seorang rakan lama di sekolah dahulu. Mengenai bersangka-sangka. Ah, tapi lupa pula nukilannya bagaimana. Takpelah, kemudian sahaja saya quote.
Pagi:
Jam 3 pagi. Mata sudah kuyu membaca. Sabar menanti subuh... Aih, kang lelap, confirm2 rebah tak bangun...
Mata sudah separa tutup.. Ah, tilam nampak menggoda sungguh!! Tolak buku, amik bantal, tarik selimut. (habit tidur dengan selimut, walau bilik panas nak rak!)
Baru panas dunia =.="
Selang minit, azan subuh. Sedar dan mamai. Perasan je azan dan suara nyaring kakak-kakak mengejut bangun subuh... "Bangkit la dila... Bangkit! Bangun... Bangun... Bangkit.. Meh! Kit Kit Kit!"
Dalam mamai masih boleh lagi terasa nak tergelak, tapi tak bangun =.='
Dah terjaga tapi bermalas-malasan dulu. Sedar tak sedar, ahhh, kan dah terlepas jemaah! Meluru masuk bilik air, wuduk,solat..
Bang!!
Dinner:
Bang!!
Dia: Selalu ke pintu ni bunyi macam tu? Ingatkan ada orang dekat dalam...
Saya: Eh, ni ha Dila kat luar. Apa bendanya kat dalam pulak? =.='
Dia : Ingatkan Dila yang tutup. Gedegang bunyi pintu... Ingatkan marah.. Macam pagi tadi..
Saya :Heh! Bila pulaknya ni?
Dia: Subuh tadi... (Tunduk bawah...)
Saya: Adeiiii! Mana ada marah. Pintu tu memang bunyi kuatlah... Sebab tu lah selalu tutup pintu.Kalau tak tutup, berdegang bunyinya nanti...
Dia: Ooh! Jadi selama ni bunyi slam door tu bukanlah marah?? Memang bunyinya macam tu?
Saya: Yelah! Abis tu korang ingat selama ni Dila mengamuk la ehh?
Mereka: Ya! Nodded
Nasib la korang tanya... Kalau tak sampai ke sudah, duk ingat saya mengamuk... Hanya kerana pintu...
***
Kalau tak jumpa, cari.
Kalau tak tahu, belajar.
Kalau tak faham, tanya.
Kalau tak sahih, selidik.
Kemudian perhati, dengar dan analisa.
Jangan sangka-sangka, buat konklusi dan seterusnya menghukum.
"Don't judge people to much. Because at the end of the day, you might find yourself don't have much courage to love and care."
p/s: Cerita ini, cerita benar kemudian diputar belit... Penambah perisa dan perasa.. Kih kih kih... ^_^
note:
TIPU!!!
Next paper:
ANATOMY : Abdomen, Pelvis, Head and Neck, Neuroanatomy, Special Embryology....
Written exam: 29/6/2011
Oral exam : 3/7/2011
Doakan saya boleh jawab? Please :)
habit tidur dengan selimut [ sama ! ]
ReplyDeletebiasanya orang akan abaikan selimut utk tidur. jarang jumpa org suka tidur dgn selimut.
ReplyDelete