Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Tuesday, August 2, 2011

Dijemput dahulu

Assalamualaikum W.B.T

Hakikat yang datang, pasti pergi.
Hakikat yang hidup, pasti mati.

Malam 1 Ramadhan, seusai sampai ke rumah, log in FB... Terpapar status kawan2 di mesir.. Frasa pertama Inalillahi wainna Ilaihi Rojiuun.. Frasa yang sudah cukup membuat pandangan kabur... Air mata sudah mula bergenang... Frasa seterusnya dapat saya agak.. Gagahkan juga diri membaca sampai noktah terakhir...

Allah! Sudah sampai masanya dijemput Illahi... Perginya sebagai syuhadah dalam jalan menuntut ilmu.. Perginya menjelang Ramadhan, di mana berkat dan rahmat dariNYA melimpah-limpah... Sebak tak tertahan, tumpah juga air mata...

Ukhti dan juga sahabat seperjuangan, Fatin Fasihah telah kembali menghadap Yang Maha Esa malam Sabtu lepas (waktu mesir)...

Mula mengenali arwah ketika di KISAS.. Sekelas dengan arwah... Sifatnya yang eager mahu belajar, belajar, dan belajar memang saya kagumi dan cemburui. Saya tidak tahan dengan kehidupan monotonous, berlainan betul dengan sikap Fatin. Arwah memang kebal dengan monotonous... Malah, dalam penat beliau bertarung dengan penyakitnya, buku2 sentiasa di sisi... Kalau ada kesempatan datang melawat beliau di hospital, diajaknya kita discussion... Haish! Adooi, kita yng sihat walafiat ni pun tak habis lagi study... Malu!

Memang rasa terpukul! Nikmat sihat yang Allah beri pada saya kurang digunakan dengan sebaiknya.. Malas menelaah. Bukan sifat yang boleh dibanggakan langsung.

"Fatin ni fighter!" - Pak Cik Hanafi, ayah arwah.
Betullah tu! :) Kagum!!
3 bulan berjuang di medan peperiksaan dalam keadaan beliau yang lemah... Tak pernah patah semangat.

She's being true and straight to me.
"Tudung ko jarang." - sampai sekarang hanya belek tudung tu dalam almari. Tak berani pakai dah, sebab ditegur.
"Tak payah la pakai celak" - hari raya aidilfitri 2009, baru seminggu usia kami di bumi Anbiya.
"Tak yah nak ngada-ngada. Ko ok jelah dulu kat kelas" - bilamana kami sok sek sok sek memori sekelas di kisas dulu.
"Jom tangkap gambar ramai2 ex kisas" - Raya haji 2010 (The last pict taken with her)


Pemergian beliau memang dirasai... Semoga tenang kamu di sana... Al Fatihah... Hargailah orang di sekeliling kita sementara mereka masih menghiasi hidup kita...

p/s: banyak benda hilang dari saya sejak akhir2 ini. Redha...

Jika engkau mencintai bunga,
Sedarlah engkau bunga itu akan layu.

Jika kau cintakan manusia,
Sedarlah suatu hari dia akan pergi.

Jika kau mencintai harta,
Harta itu nanti kau akan tinggalkan.

Jika kau mencintai Ilahi,
Hanya Dia yang akan kekal abadi.

Cintailah Ilahi!



7 comments:

  1. "Jika kau cintakan manusia,
    Sedarlah suatu hari dia akan pergi."

    sedih ayat ni dilah.
    aku yang berada jauh dari arwah ni pun still mcm tak percaya ada sahabat yg dah pergi,
    korang yg depan mata, sama-sama berjuang,apatah lagi kan?

    ReplyDelete
  2. ada dgt cerita psl pemergian fatin nafisah ni tapi tak taw reason knp. apa sebab sbnanye arwah meninggal ek?

    ReplyDelete
  3. yup, slalu dgr ayah fatin cite yang fatin ni rajin study walaupun sakit,
    malam2 org tido, dia study,
    kat wad pun, bila kawan2 datang diajaknya discuss pasal study..

    ReplyDelete
  4. to zue, itu bait lagu Cintailah Ilahi by InTeam tak silap... Hmm itulah dah sampai masa dia pergi dahulu. Tak apa bersedih sekejap, but don't get carried away (even sometimes aku pun tak percaya lagi arwah dah takde). Perjuangan kena teruskan jugak.

    sara: fatin fasihah sakit autoimmune disease.
    about a year jugaklah menderita sakit.

    nisa: T___T

    Alia: InsyaAllah, sama2 doakan untuk arwah dan untuk kita jugak.

    Faris: Kita yang sihat ni pun kena amik pengajaran dan semangat dari beliau...

    ReplyDelete
  5. kenangan dgn arwah sentiasa segar~

    nanti2 time2 belajar dan dah jadi doktor, kena sentiasa ingat ada sorang sahabat yg kuat dan cekal berjuang utk jadi doktor jugak tapi sampai kat situ je perjuangannya, Allah lebih sayangkanNYA~ T_T

    al-fatihah~

    ReplyDelete