Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Wednesday, August 10, 2011

Sini dan Sana

Assalamualaikum W.B.T








Fanoos. Egypt's Ramadhan Lantern


Ramadhan sudah beberapa hari berlalu.. Pandai2 lah refleks diri, berapa amal ibadat yang sudah dijalankan... Ramadhan bukan bulan tahan makan dan minum siang hari sahaja... ^^

Alhamdulillah, tahun ini menyambut Ramadhan bersama keluarga tercinta lagi di tanah tumpah darahku. Rasanya dalam 19 tahun hidup ini, hanya seminggu terkecuali berpuasa di Malaysia.

Seminggu itu di tanah anbiya, bumi kinanah. Seminggu apalah sangat~ Itu pun hari2 terperap di ARMA, menghadiri PSMB (Proram Sambutan Mahasiswa Baru) tahun 2009. Malamnya dikosongkan. Memberi ruang bagi mahasiswa/wi menunaikan sembahyang terawih... Haih, terasa rugi pula bila teringat semula. Jet lag. Baru terawih 2 rakaat, sudah mahu tumbang! Mengantuk sungguh!! Sudah lah itu minggu terakhir ramadhan. Membazir betul!

Bila fikir2 semula dan mengikut perancangan, mahu pulang ke Malaysia tiap2 tahun kalau ada rezeki. Tiap-tiap tahun? Hehehe... Ah, label budak manja dengan saya sudah sebati. Jangan risau, tak terasa pun, dan memang ada betulnya. Budak manja~

Ramai orang kata Ramadhan di Mesir semangat rohnya.
Jalan-jalan dihiasi dengan 'fanoos' berbagai bentuk, menyambut kedatangan Ramadhan.
Masjid-masjid penuh dengan saf-saf sehingga melimpah-limpah dijalanan.
Pemuda-pemuda bersungguh-sungguh mengedar kurma dan air.
Al Quran dibaca tak kira masa dan tempat. Dalam kereta, atas metro, kedai runcit, pasar..

Seronoknya kalau Malaysia juga ada semangat Ramadhan macam tu! Terasa semangat jugak nak buat amal ibadah.

Haihla, baru beberapa hari puasa, dah ada dah lagu raya.. Dah ada dah promosi sale raya... Dah ada dah kuih raya... Dah ada dah baju raya... Macam-macam lah... Takpun, orang sibuk nak pergi bazar Ramadhan. Yelah, macam-macam ada.

Terkejut sebenarnya dengan lambakan kuih raya. Banyak betul! Padahal puasa pun belum lagi masa tu...

Sewaktu mula-mula menyambut Ramadhan, beria-ria kita sebut Ahlan, Ahlan ya Ramadhan!! Ya, tetamu yang berkat :) Ditunggu-tunggu.. Harapnya semangat itu masih kekal dan bertambah-tambah lah. Nak-nak masa akhir Ramadhan... Jangan lalai sangat dengan persiapan raya ye :)

Hahaha teringat lawak abang,

"Patutnya Ramadhan Mubarak, tapi orang duk tunggu Ramadhan Murtabak!
Patutnya orang kejar Sale masa Lailatul Qadar, tapi orang duk tunggu Sale di Lailatul Kamdar!
"

Moga kita semua tak jadi macam tulah yer... Mana lah tahu kot2 ini Ramadhan akhir kita, rugi-rugi kalau jadi macam tu. Puasa boleh beri syafaat pada kita di akhirat nanti, jadi jomlah puasa lek lok yer :)


p/s: Nak banding makanan bukak puasa Malaysia dengan Mesir, tak payahlah.. Nanti orang sana sakit hati dan jeles... Haha...


No comments:

Post a Comment