Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Friday, August 12, 2011

Teringin


Waktu sahur antara soalan common ditanya pada ibu adalah "Hari ini nak bukak puasa apa?"


Senior mother and young daughter preparing food in kitchen, having fun, smiling.� Stock Photo - 9209319
Mari memasak!

Hahaha belum pun mula puasa pada hari tersebut, dah mula tanya ibu nak masak apa. Bukannya gelojoh mahu fikir makanan saje, tapi nanti kalau ibu bagitahu menu awal2, boleh lah keluarkan ikan ke, daging ke, ayam ke, dari peti ais awal2... Tak pun tanak2 nasi awal2.. Nak kena mood ibu hari tu nak masak mee kari, saya pergi tanak nasi, tak ke membazir??

Tapi biasanya ibu tak bagitahu dia masak apa. Cuma suruh keluarkan daging atau ayam atau ikan atau udang atau apa-apa jelah yang dia berkenan nak masak dari peti ais awal. Defrost~

But one thing amazing about a mother ni adalah instinct mereka.

Kebiasaan saya, saya jarang menyebut teringin makan apa. Takut menyusahkan pulak. Tapi hati naluri ibu macam tahu je anak dia nak apa...

Nak makan gulai masam tempoyak, tup tup masuk dapur dia memang masak gulai tu.
Nak makan bihun, tup tup masuk dapur tengok bihun dah berendam.
Nak makan ala-ala western, tup tup tahu dia dan bpk baru balik Giant, beli lamb slice (yeke nama dia lamb slice? haha) dan segala accessory untuk makan western (onion ring, french fries, salad)

Bukan saya je dia dapat baca. Habis suami, adik, abang pun dia baca... ^^ Jadinya memang semua tak kempunan..

Bapak pun terer jugak baca fikiran orang ni. Semalam murtabak, hari ni biji nangka, esok lusa entahla apa... heheh but most of thing ada dalam list 'teringin nak makan'. Al maklumlah, sekali sekala balik Malaysia... Kehkekeh..

Dialog kekaguman saya "Wah, camne ibu tahu akak nak makan ____ (isi tempat kosong dengan apa yang diidamkan) hari ini?"

Jawab ibu, "Alah, ibu tahu sangatlah anak ibu teringin apa... Takpe jangan risau, nanti teringin nak kawen pun tak yah bagitahu. Ibu dah tahu awal-awal..."

=_=''


Terer la parents nih boleh baca anak-anak dia. Tak ramai ada skill parenting nih. Start from now la study parenting ^^


2 comments:

  1. waahhh.. nnt xpayah la nk introduce future husband kat mak sbb she already knew.. hahaha.. nice~~

    ReplyDelete
  2. haha...nak kawin pun bole tau..mantap2,,,

    ReplyDelete