Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Monday, October 17, 2011

Tiga

Officially 3 minggu mula belajar dan

bergelar senior tahun 3.

Ahh, junior tahun 2 pun tak habis kenal lagi, tambah pulak junior tahun 1... Wah, ramainya untuk dikenal. Memang wajib masuk list 'Apa yang perlu saya capai tahun ini'. :D
Rasa macam sekejap sungguh belajar di sini.. Eh, eh dah tahun 3 rupanya saya. Bila flashback, mengeluh sakan. Pencapaian tidak membanggakan langsung..

Dulu masa mula2 sampai, sibuk. Sibuk dengan hal yang remeh. Adapting lah, home sick lah.
Bila dah tua-tua ni rasa masa macam tak sempat nak grab je. Sudah mula sibuk. Sibuk dengan hal yang mula berat dan adult. Tergapai-gapai juga nak cari ruang bernafas. Mujur ada juga yang nak tolong tarik, kalau tak, dah tentu mati lemas... Hehehe.

Mesir masih banyak yang tidak saya teroka. Rugi!!!
Ah, bila masuk tahun 3 rasa macam nak masuk sume kelas. Kelas arab ammi, kelas arab fushah, kelas tahsin, kelas qiraat, kelas dekat masjid Azhar... Macam tamak je kan nak ambik sume, entah mampu entah tidak.. Ah, rugi betul tahun 1 dan tahun 2 banyak main... T_T

Tahun ini tahun yang ketiga. Kalau tak ada penambah baikan dari tahun sebelumnya, haih!! Nak kena ketuk lah Adilah ni! Kata nak bawak balik mutiara Mesir... Hee~

Jadi list 'Apa Yang Perlu Saya Capai Tahun Ini' makin panjanglah nampaknya... List tu tak akan memendek kalau takde usaha. Dan kalau usaha tapi setakat hangat-hangat tahi ayam, ala rugi2!

Jadi kalian, sila tolong saya rajinkan diri. Insyaallah demi Tuhan yang Menciptakan, mari rajinkan diri kita semua :D

No comments:

Post a Comment