Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Friday, November 4, 2011

Atas Alasan yang Hakiki

Assalamualaikum W.B.T

Membesar dalam kalangan masyarakat Arab selama 2 tahun ini banyak memberi headshot kepada saya.. Kasih saya terhadap Mesir membuah hari-hari, walaupun ini bukanlah bumi yang saya pilih untuk bidang saya.

***

Baru 3 kali kami berlima masuk ke kelas arab. Awal-awal lagi Ustazah Jihad sudah basuh kami. Rasa mahu mengalir air mata juga kalau ikutkan. Tapi buat macho-macho sahajalah ^^'

"Tulis 10 sebab kenapa kamu mahu ambil kelas arab. 10 minit sahaja. Yallah ya banat!" kata Ustazah Jihad.

Kami tekun menulis. Haih, terkebil-kebil jugalah kami menulis. Imlak habis tunggang langgang, nahu berterabur, kaedah entah kemana-mana, vocab pun takde. Masa tu barulah terbayang muka Ustazah Amirah, Ustazah Zakiah, Ustazah Raudhatul Akma, Ustazah Norhayati yang sungguh-sungguh mengajar arab sewaktu di sekolah dahulu... Sudah tua-tua ni baru nak sedar, muda-muda dulu main je kerjanya!

Satu sebab yang konkrit sudah ditulis. Ada lagi 9 sebab untuk ditulis.. Berkerut-kerut juga dahi memikirkan sebab-sebab yang lain.. Setelah beberapa ketika, dapatlah dalam 5 alasan~ Haih, ada 4 lagi alasan yang harus di'goreng'. Akhirnya jawab ikut skema PMR dulu juga.

6. Liannaha lughatul Quran
7. Liannaha lughatul Jannah
8. Linnaha lughatul masyhurah
9. ................. (tak ingat)
10...................... (tak nak tulis sebab banyak salah nahu ^^'')

Setelah 10 minit berlalu, Ustazah suruh kami baca out loud sebab-sebab kami nak belajar arab semula...

"Jayyid ya bannat! Bagus betul semua alasan dan sebab-sebab kamu tu." Ustazah pun sudah mula menguntum senyum yang agak lebar, kekaguman agaknya dengan alasan kami. (hehehe)

"Tapi! Tapi ya banat, adakah semua alasan-alasan ini adalah alasan yang HAKIKI? Kalau betul kamu semua mahu belajar Al Quran, mahu faham Islam, mahu faham Hadis, mahu mencontohi Rasulullah dalam percakapannya, kenapa tidak dari dulu? Kenapa bukan dua tahun yang lepas? Kenapa baru sekarang kamu mula??"

"Ingat ye ya banat, kamu ada 6 tahun di sini. Kenapa Allah pilih kamu belajar disini?"

Ini bukan bumi yang saya pilih!! Saya pilih yang lain. Tapi kerna rancangan Allah itu lebih baik, saya di sini, di Mesir. Jauh lebih baik dari pilihan saya. Jauh lebih indah dari rancangan saya..

"Kalau kamu belajar medik sahaja, baik kamu belajar di Malaysia sahaja.. Dapat juga belajar medik. Tapi kenapa kamu di sini? Kamu seharusnya ambil sesuatu untuk bawak balik! Kalau tidak sia-sia sahajalah masa kamu di sini!"

Budak Malaysia di sini macam dah buat perkampungan Malaysia sahaja di sini. Pergi U dengan budak Malaysia, pergi pasar dengan budak Malaysia, pergi bank dengan budak Malaysia, pergi jaulah dengan budak Malaysia...

Berapa ramai kawan arab yang kita ada? Haha masing-masing kira sendiri lah... Ramai ke sikit? Saya sudah tentu sedikit~

"Kamu ambik kelas ni pun untuk 33 jam. Kalau kamu fikir dah cukup, kamu salah! 33 jam tu sama dengan 1 hari setengah sahaja untuk setahun. Kalau ikutkan, kamu hanya belajar untuk 1 hari setengah sahaja setahun. Bukan seminggu setengah, bukan sebulan setengah. Itu kamu panggil cukup? Dan berdasarkan alasan-alasan yang kamu beri tu, Ustazah rasa susah kamu nak capai target tu."

Sampai bila kita nak ditakuk yang lama? Sampai bila kita nak pentingkan rehat kita? Sampai bila kita nak berkurung dengan medik sahaja?
Saya tidaklah power atau dewa atau terrer sangat pun dalam study. Itupun terkontang-kanting lagi.
Tapi saya tahu masa saya tidak banyak yang tinggal... Sementara ada, jom kita guna! Kalau kita mahu, akan tercipta mampu. Tapi wajib bersungguh-sungguh!

Kagum dengan Imam Syafie yang berlumba-lumba mengejar ilmu. Bersungguh-sungguh menghafal ilmunya, takut ilmunya hilang. Bersungguh-sungguh mencari guru, menambah ilmu.

"Ilmu di dada, bukan di buku". Setelah dihafal, dikoyaknya buku-buku.. To make sure the knowledge implanted permanently. No chance of reviewing them back~
Kalau kita, mampu ke?? Kita kehulu kehilir bawa buku. Tapi bacanya tidak juga.. Entah-entah sekadar koleksi sahaje.

2 comments:

  1. mcm tu lah kak kena tembak ngn ustazah dulu2.

    :)

    ReplyDelete
  2. hahaha...ustzh jihad mmg suka basuh org..best2.
    insaf kejap..

    ReplyDelete