"Aku tak faham macam mana orang boleh terer benda-benda fizikal ni" - Miss M.
Eh, saya pun tak faham. Sebab genetik kah? Praktis kah? Support kah? Niat kah? Respek lah korang!
Tadi baru selesai saringan PERUBATAN Cairo Sports Day utk akhawat. Overall korang memang awesome! Macam-macam gaya dan talent kalian ada rupanya :) Tahniah!
Akibat blurr dengan cara permainan, tak reti bawak bola, tak reti sepak bola, tak reti passing bola, tak reti gelecek bola (jadi mee instant yang tak sedap langsung!), tenaga kebanyakannya habis berlari dari hujung gol sini dan sana. Kalau profesianal tgk boleh jadi laughing stock jugak... hee :D
"Tadi menang tak?" - Ibu
"Tak.. Huhuh" - Saya
"Hehehe! Dah agak dah..." - Ibu
Apa pun nice experience, kecuali kaki yang terseliuh ni. :( Cepatlah baik kaki. Fuh Fuh Fuh!
Sunblock Team
Gen 09
Gen 09
(Suka hati jer letak nama... hehehe)
Okies, konklusi jom lah bersukan. Sudahlah jadi mandom nyer.. Kihkihkih. Kata nak slim~Faham je akhawat susah nak gi main kat court, tapi boleh je sukan dalam rumah. Hee mari buat kongres skipping ramai2. Good for your heart! Takpun 5 minit sebelum kelas start, baru keluar rumah, kemudian mari buat acara sprint ke kelas! Haaa kan dah excercise pagi-pagi. (Hahah kang kena marah dengan ajk akademik) Boleh jugak duduk imarah 10 tingkat yang takde lift. Kamudian bolehlah turun naik tangga untuk stamina... Haa buat la 4-5 kali. Konfem mantap stamina. (Heheh ini repekan semata)
Diri ni tak sempat sangat nak merasa sukan yg Rasulullah anjurkan. Masa kecik2 dulu adalah sempat belajar. Bila dah besar ni kuranglah sikit sebab kekangan tempat dan masa..
Memanah, berkuda, berenang
Saya tak banyak merasa benda-benda ni, tapi gonna make my children master these. :D
Bila tengok ada orang yang kurang anggotanya bersukan, rasa sayu juga.. Tiada kaki, tiada tangan, tapi masih mampu menyepak dan menampar orang yang cukup anggota macam saya ni untuk bersukan...
Jom bersukan kerana Allah! Hargai kaki, tangan, badan, jantung yang DIA bagi... Jadilah hamba yang bersyukur. :)
i'll make sure my kids also learn those sports for sure.. ngee~~ :D
ReplyDeleteplanning for the future!