Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Tuesday, April 30, 2013

Masuk Dapur

Aku sebenarnya anti juga duduk dapur lama-lama. Fokus pada 'lama-lama'. Bukannya tak suka masuk dapur langsung...
Kalau raya nak dekat, sebelum masuk dapur, kena letak mind set "Aku Boleh!" Lagi-lagi kalau buat kek lapis or buat kuih raya. Patah pinggang. Itu belum masuk lagi periuk belanga, pinggan, cawan yang perlu dibasuh.

Baru-baru ni PERUBATAN buat bazar. Ada nasi kerabu, nasi ayam, sup perut, nasi paprik..
Tapi yang aku ni entah apa pasal semangat nak join berniaga. Last minute decide... Malam tender nak tutup, baru cakap nak join. Buat kuih je pun.. Bukannya buat nasi lemak, nasi dagang, rendang pun..

Tak minat sangat nak buat kuih moden or pastry macam cheese cake, carrot cake, or red velvet. Tapi kalau makan tu suka lah...

So I decided nak buat kuih cara. Memang tradisional sungguh lah. Melampau duduk depan dapur dari pukul 6 pagi sampai 1 petang...  Buat kuih ni, bukannya boleh lari dari dapur. Silap haribulan, hangus! 

Entah roh rajin mana datang meresap. Sanggup pulak tu. Hasilnya, dapatlah 160 biji kuih cara berlauk and 50 cara manis. Sedap tak sedap, pejam mata. Yang penting selesai... Penat woo...
Cik Sabiha lagila. Rojak, cendol, kuih bakar lagi.. Memang superwoman sungguh!

I thought yang 160 tu nak divide dua je. Half ikhwah, half akhawat.. Hmm tapi hampeh. Akhawat ni banyak makan jugak ye.. Tak sampai pukul 3 dah habis.. Terkocoh-kocoh balik, sambung duduk depan dapur dengan Sabiha top up balik jualan. Total up lebih 300 biji. Yeay! New record definitely for me!

Walaupun penat, tapi enjoy lah. Ibu gelak je bila cerita kat dia. Haha! Maklumlah, kat rumah tak penah-penah buat, tapi sekarang siap berniaga lagi. Merasa sunnah Nabi, Ibu...  :)


Jangan tanya resepi. Serius, aku main campak je...

"9/10 Rezeki datang dari Perniagaan."
Kagum dengan orang yang berniaga. Kena jadi extra rajin, sabar, berstrategi, optimist, kuat... Adilah ni, first time try dah lembik, camne... Haha!

p/s: Patik mohon ampun kalau tak sedap, terover manis ke, hangus ke. Itu kali pertama patik buat. Jadi tak reti bajet... Terima kasih kerana membeli!

p/sssss:  Semoga Islam kan menang di Malaysia. Kita wariskan generasi akan datang dengan bi'ah solehah, keadilan, budi pekerti dan all positive things. So, make a change! Ini Kalilah! 

2 comments:

  1. perghhh.. nnt blh lah mntk order ngn dila.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha! kita buat sistem barter la. Ko bagi Red Velvet, aku bagi kuih cara nak? :D

      Delete