Masing-masing sudah sengih sumbing.
Aku pandang engkau, engkau pandang dia, dia pandang sana, sana pandang bawah.
Taklifan Smart Circle (nama lain: Bulatan Gembira, Usrah, Liqa) minggu lepas di bangkitkan semula. Pasti, semua sudah mencari, tapi mungkin malu nak berkongsi. Atau ada yang tidak berjumpa jawapan.
Aku pandang engkau, engkau pandang dia, dia pandang sana, sana pandang bawah.
Taklifan Smart Circle (nama lain: Bulatan Gembira, Usrah, Liqa) minggu lepas di bangkitkan semula. Pasti, semua sudah mencari, tapi mungkin malu nak berkongsi. Atau ada yang tidak berjumpa jawapan.
Soalan yang sama diulang soal. Soalan yang menanti jawapan. Soalan yang bukan mahu buka aib, atau uji minda, atau untuk lihat siapa pandai, tapi untuk muhasabah.
"Siapa sudah berjumpa potensi diri, dan boleh kaitkannya untuk disumbangkan pada Islam?"
***********************************
Pagi itu, bau cekodok pisang sudah menusuk hidung. Cekodok yang comel-comel, bulat-bulat, montel-montel, gebu-gebu, panas-panas, lemak manis, rangup-rangup. Irresistible! Itu cekodok yang dia buat.
Kalau cekodok saya, pasti leper, pleomorphic, tak gebu, dan tak layak di jual di pasar malam.
"Sedap giler!! Apasal pandai sangat awak masak nih?"
"Alhamdulillah, rezeki saya pandai masak. Awak tu, rezeki pandai menulis"
Allah!
Jauh panggang dari api. Tulisan saya tak seberapa.
Malah ada yang tidak mencambah minda, membasah dan menumbuhkan iman, dan menggerakkan jiwa. Ada yang lebih baik dari saya. Sekadar berpaut pada idea yang kadang bertandang dan pergi.
Setiap orang ada elemen sendiri. Ada bakat sendiri. Ada potensi sendiri. Ada nikmat sendiri.
Ada yang sudah berjumpa, ada yang belum 'sedar'.
Orang kata, bakat itu semula jadi. Itu anugerah. Ada yang semula jadi pandai melukis. Bagi sahaja pensil dan kertas. Sampai sahaja zouq, terus siap satu lukisan. Ada yang pandai masak. Bagi tepung, gula, telur, butter, susu, siap sebuku kek, berbuku buku cup cakes, berjela-jela pastry. Ada yang pandai bercakap, bagi sahaja mic dan pentas, dua tiga empat jam, tiada masalah. Ada yang pandai main bola, ada yang pandai jadi planner, ada yang pandai martial arts, ada yang pandai fesyen, ada yang pandai belajar. Macam-macam!
Kadang-kadang ada orang rasa dia tiada bakat pun. Tapi sebenarnya setiap orang ada kelebihan sendiri. Ada added value masing-masing. Allah dah cipta kita masing-masing dengan keunikan masing-masing. Mesti Allah dah letak potensi dan keupayaan kita baik-baik dalam DNA kita. Allah kan sebaik-baik pencipta?
Teringat satu cerita pasal seorang budak Thai. Namanya Pong. Pong salah seorang mangsa Tsunami di Thailand. Sewaktu kejadian Tsunami berkenaan, Pong berada di sekolah yang terletak di tanah tinggi. Sudah nasib Pong agaknya, seluruh ahli keluarga Pong ada di tanah rendah. Tsunami yang mengganas telah meragut kesemua nyawa ahli keluarga Pong. Waktu tu, Pong berumur 5-6 tahun begitu.
Maka, tinggallah Pong seorang diri. Anak yatim dan piatu. Tidak beribu dan berayah. Menghadapi dan menjalani kehidupan di dunia ini tanpa keluarga disisi. Suatu hari, datang satu rombongan dari Malaysia. Sepasang suami isteri dari Malaysia ternampak Pong di pusat jagaan anak-anak yatim di Thailand. Si suami sudah tertarik hati dengan Pong, lalu mereka decide nak ambik Pong sebagai anak angkat. Lalu bermulalah kehidupan baru Pong bersama keluarga angkatnya.
"Betul ke encik nak ambik Pong jadi anak angkat? Pong ni sebenarnya ada masalah kesihatan sedikit. Pong sakit. Pong cacat pendengaran dan bisu sejak kecil. Tambahan pula, Pong ada masalah attitude. Sedikit hyperactive berbanding kanak-kanak biasa."
Kondisi Deaf and Dumb. Suami isteri tersebut nekad juga walaupun dihantui dengan perasaan resah dan gelisah tentang cara nak handle Pong.
Sekarang hampir 8 tahun berlalu. Pertama kali saya jumpa Pong, saya kagum dengan Pong dan ibu bapa angkatnya. Walaupun dengan kekurangan yang dia miliki, Pong buktikan depan ramai orang dengan memenangi pingat emas dalam event 'kata'. Event kata dalam karate bukan event yang senang. Bukan sekadar hafal steps.
Event kata adalah disiplin yang tersangat disiplin. Setiap step perlu padu, jitu, dan laju. Latihan kata juga memenatkan. Lenguh kaki buat shikodachi, cramp harmstring buat yoko geri , longgar lutut buat nikouachi, lebam lebam training, sakit tekak tahan breathing. Pong bertanding dengan orang-orang yang normal, bukan sepertinya orang yang kurang upaya. Kemudian menang. Emas pula tu!
Terasa rindu pada Karate. Setahun sekali berlatih memang cramp satu badan bila training. |
Siapa sangka budak deaf and dumb, budak yang mungkin masih trauma dengan kejadian Tsunami, yang hilang ibu bapanya dalam tragedi, punya potensi yang sangat besar? Macam mana ibu bapa angkatnya cari gali potensi Pong dan menggarapnya dengan baik sekali?
**************************
Terus cari gali. Siapa tahu anda bakal berjumpa dengan berlian dan permata? |
Semua orang ada potensi diri. Semua kena sedar itu.
Kadang-kadang buat itu rasa tak kena, buat ini rasa tak kena. Mahu melukis gambar kucing, tapi jadi tikus pula. Mahu menulis seloka, jadi pantun dua kerat pula, mahu berjenaka, tapi hambar pula. Lepas itu rasa down.
Baby are you down down down, even if the sky is falling down~ sambung nyanyi sendiri lah.. Haha!
Baby are you down down down, even if the sky is falling down~ sambung nyanyi sendiri lah.. Haha!
Key pointnya adalah terus berusaha dan jangan putus asa. Kalau bukan sekarang, mungkin masa akan datang akan berjumpa? Berputus asa dan berhenti tidak akan mendekatkan kalian dengan kejayaan sedikit pun. Kalau penat, berehat seketika, tapi jangan lama-lama.
10 Muasafat Tarbiyah |
Cari galilah potensi, dan sumbangkanlah untuk Islam. Buat baik bukan untuk orang lain, tapi buat baik untuk diri juga. Pemberat di mizan nanti.
"Saya rasa potensi saya belajar. Sebab saya nak belajar, kemudian jadi orang yang berjaya, dan seterusnya menjaga nama baik Islam." - Cik M
"Potensi saya adalah planning. Saya suka planning hari-hari saya. Bila kita plan hari kita, kita tak akan membazir masa dan terkapai-kapai mencari aktiviti. Planning untuk Islam penting supaya orang akan nampak Islam ni tersusun dan berstrategi. Kebenaran yang tidak bersistem akan dapat dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun bukan?" - Cik N
"Potensi saya adalah tangkap gambar. Tangkap gambar alam, supaya manusia dapat taddabur alam ciptaan Allah. Tangkap gambar peristiwa, supaya jadi pengajaran untuk generasi akan datang. Tangkap gambar proses kehidupan, supaya jadi bahan didikan untuk anak-anak." - Cik I
Soalan tadi mula terjawab. Satu satu jawapan keluar dari mereka. Rasa seronok pula mendengar. "Banyak rupanya yang kita boleh buat. Kadang-kadang tak terbuat, sebab tak pernah nak cuba cari jalan nak memaksimumkan kebolehan kita."
Apa apa pun potensi kita, lorongkanlah ia ke arah kebaikan dan letakkanlah 'untuk Islam' dalam setiap perkara yang kita lakukan. Biarpun sekecil-kecil perkara, Allah akan pandang juga.
Suka entri ini, serius. Bergenang air mata baca.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih farah. Segan ana~
Delete