Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Friday, December 7, 2012

Kot Putih


Baru selesai makan petang hari ini. Alhamdulillah, rezeki sotong goreng celup tepung hari ini. Terasa balik ke Malaysia pula, ditambah dengan angin-angin sepoi bahasa yang masuk ke rumah tingkat tujuh ni.
Terima kasih buat saudari yang tolong masakkan sotong goreng. Untung saya dapat kawan serumah macam saudari... Hehe!

Lepas makan ni, biasalah, tenaga tengah banyak. Nak bercerita tentang semalam boleh?

Semalam. Ada apa dengan semalam? Semalam hari yang menarik. Semalam ada lawatan ke Fever Hospital bagi subjek Community Medicine. Secara keseluruhan, dapat saya simpulkan lawatan tersebut memang seronok dan bermanfaat! Dapat sisi pandangan baru mengenai tugas doktor...



Sebelum terdedah dengan maklumat tentang Fever Hospital, terfikir, kenapa nama hospital ni Fever Hospital? Kalau diterjemah jadi 'Hospital Demam' dalam bahasa Melayu. Kedengaran janggal. Dan kenapa perlu ada hospital yang khusus untuk demam sahaja?

Saya rasa saya ni agak kurang sikit lah tentang pengetahuan am di Malaysia mengenai hospital. Sebab saya tak pernah dengar pun pasal Fever Hospital di Malaysia. Di Mesir sendiri, ada lebih kurang 12 buah Fever Hospitals. Banyak kan? Di Malaysia? Saya tak pernah dengar satu pun. Kebanyakan hospital di Malaysia adalah general hospital dan private hospital.

Hospital ini menempatkan kebanyakan case Tetanus, Gas Gangrene, CNS infection dan HIV. Department di hospital ini juga berubah mengikut keperluan dan kekerapan kes.

Sebenarnya Fever Hospital adalah salah sebuah hospital yang special. Special and specific. Satu refleksi dapat dibuat adalah, tenaga kerja dalam sektor kesihatan di sini luas. Bayangkan, hampir setiap sistem tubuh badan, ada hospitalnya tersendiri di sini. Kalau di Cairo sahaja sudah ada Bilharzial Institute, Cancer Institute, Children Hospital di Abou Rish, Fever Hospital dan tak silap doktor yang mengajar kami ada mention tentang Dialysis Center dan Liver Institute. Kalau di Malaysia, hospital yang specific saya pernah dengar hanyalah Institut Jantung Negara (IJN). 

Refleksi lagi, katanya di Mesir ini ramai doktor pakar. Dalam subjek Community Medicine sendiri, doktor ada mention tentang khidmat doktor pakar di outpatient clinic di general hospital. Saya sendiri pernah pergi. Yang buat examination tu memang doktor pakar mata (Ophthalmologist). Untung bukan rakyat sini? Dan saya dengar (hanya dengar, saya tiada fakta yang tepat) kalau di Malaysia referral system mungkin mengambil masa lebih kurang dua bulan. Lama. Cukup untuk buat si pesakit naik muak dan tertunggu tunggu jawapan, diagnosis dan rawatan. Ya, mungkin kerana Malaysia kekurangan tenaga pakar.

Pernah terbaca satu statement dari seorang figura, "Sesiapa yang nak jadi doktor, please rethink." Kenapa sampai terkeluar persoalan ini.
Adakah terlalu ramai dan crowded medical students dan HO? 

My point of view, kebanyakan hospital memang perlukan tenaga pakar. Tetapi yang ramai sekarang adalah chronic medical students dan HO. Yang kurang latihan, pendedahan, soft skills, confidence, attitude, dan segala bagai sifat positif dan competency. Saya bukan bercakap mengenai orang lain, sebab saya rasa saya ada ciri ciri lacking yang saya sebutkan tadi. Malu nak sebut lacking itu. ^-^''

Semasa sesi lawatan semalam pun, saya hampir terasa nak meluru keluar dari bilik ICU selepas tengok patient. Bukan geli, bukan kesian, bukan risau. Tapi takut, nervous! 

Sewaktu lawatan untuk sesi Environmet Hospital di Kasr Al Ainy, perkara yang sama juga berlaku. Satu usungan di tolak oleh pekerja hospital. Atas usungan itu, terbujur mayat kaku. Ketar lutut tengok. 

Kata-kata hikmah keluar dari Dr Sherif semalam, Kot Putih walaupun sifatnya ringan, tapi sebenarnya kot itu berat. Berat dengan amanah. Amanah dari pesakit dan yang paling penting Tuhan. Pesan Dr lagi, semoga bilangan pesakit yang kita rawat, lagi ramai dari pesakit yang kita 'bunuh' dek sikap careless, negligence dan ignorance kita.   

Sudah dusta berbau di madah,
Baru tahu retak percaya,
Sudah tanah berbau darah,
Baru tahu tiada geliga.

Mungkin ramai yang akan keluar dari sekolah perubatan di serata pelusuk dunia. Bilangannya pasti ramai. Pasti berbondong bondong. Berapa pun kuantitinya, semoga kualitinya mengatasi tahap 'biasa-biasa sahaja'

Mahu jadi lebih dari biasa-biasa sahaja, usahanya patut lebih dari biasa-biasa sahaja.
Mungkin boleh mula dengan aktif interaksi di kelas. Active listening and questioning.

Kes Kaposi Sarcoma  pada pesakit HIV yang kami lihat sewaktu lawatan. - Sumber Gambar Google.
Semoga kot putih ini menjadi amal untuk akhirat kelak.

Di hadapan Special Immunity Department. Siapa sangka bangunan usang di belakang banyak 'permata'. Terima Kasih  Dr!

No comments:

Post a Comment