Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Friday, December 21, 2012

Fahami Iqra'

Saya gelar ucapannya Masterpiece. Mampat dan padu. Penuh dengan benih-benih ilmu yang mengembangkan minda. He is young and mature and I envy him. He is in my idol list sekarang~
So, I heard his secret being so brilliant and moving is by reading.

Ada beza orang yang kuat membaca dan tidak membaca. Orang yang tiada ilmu bila berkata, cakapnya kosong. Kedengaran hebat, tetapi bila diteliti isinya, tidak kukuh dan tiada asas. Kalau dibawa bahas, nescaya kalah pada pusingan pertama lagi macam debu dibawa angin.

Itu pentingnya membaca. Wahyu pertama Nabi pun tentang membaca. 
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" - Surah Al' Alaq ayat 1

 Saya bercita-cita untuk membaca. Membaca dengan banyak. Kalau boleh nak buat habit. Tapi sampai sekarang tidak mampu lagi nak konsisten.

Jika dikatakan masa penghalangnya, semua orang punya 24 jam. Tetapi yang lainnya cara orang menguruskannya. Masa yang lapang juga sebenarnya ujian. Zaman sekarang, jarang kalau dengar masa lapang orang habiskan dengan membaca. Kebanyakannya memilih untuk menonton tv, melayan movie, shopping, berborak borak. Kalau ada pun membaca, bahan bacaan kebanyakan orang adalah novel cinta, manga, komik.



Tidak salah pun sebenarnya melayan cerita-cerita korea tu semua selagi tidak lalai untuk solat, belajar, memasak untuk ahli serumah, kemas rumah dan bilik. Tapi bila kita terlalu fokus pada cerita-cerita fantasi itu, kita terkurang fokus pada penceritaan diri kita sendiri. Terlalu asyik dengan cerita orang. Bilanya kita nak mula bina cerita kita? Mahu bina cerita sendiri yang hebat sampai generasi anak cucu boleh dibangga, tapi asas cerita tiada. Bergantung harap pada fantasi movie dan drama-drama happy ending.

Membaca sebenarnya mahal nilainya. Membaca perlukan perhatian, penilaian isi, pemahaman, masa, tenaga yang banyak untuk fokus. Sebab itu kebanyakan orang lebih suka untuk duduk dan tonton cerita (termasuk saya) Tenaga yang diperlukan tidak banyak.

Kalau ikut salah satu definisi oleh DBP, membaca bererti memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya



Membaca bersifat aktif, bukan pasif. Menggerakkan  minda. Sebab itu orang yang membaca otaknya cair. Laju sahaja mindanya bergerak. Knowledge is Power!

Al Quran juga diturunkan untuk dibaca dan difahami. Biarpun bahasanya berbeza, kalau dah namanya membaca, sila rujuk definisi yang saya bagi tadi. Perhati isi dan faham. Kenal huruf, tajweed, tanda baca, bacaan panjang pendek, makhraj, itu penting. Itu asas. Bagaimana mahu membaca Al Quran kalau perkara-perkara tadi tidak dikuasai.


Cuba baca road sign ini. Kenal huruf? Faham makna?

Membaca bukan sekadar menyebut huruf dan menggabungkannya membentuk perkataan. Elemen lain dalam membaca adalah faham. Untuk faham, kita perlu penguasaan bahasa.

Doktor yang mengajar kami di sini pernah bertanya, "Do you read Quran? In Arabic?"
"Yes!"
"So you do understand the Quran."

"Err no. We only know how to read."

"Then, how come you can read but you cannot understand?" 
Sah lah selama ni baca Al Quran, sekadar sebut huruf dan kalimat-kalimat Al Quran. Fahamnya tidak. Berjinak-jinaklah kita dengan bahasa Arab. Bahasa Al Quran...

Macam itu jugak baca buku pelajaran. Baca tu baca, tapi faham ke tak? Mata laju berlari atas buku, tapi otak statik je, tak bergerak dan berfikir. Sebab tu saya cakap tadi sifat membaca ni aktif dan banyak tenaga diperlukan. 


Mambaca dapat menjana banyak input kepada kita. Tapi nak dapatkan input tu, kita kena rajin. Jomlah jadi rajin membaca! Satu lagi, ramai orang bercita-cita untuk memberi. Macam falsafah Ustaz Hasrizal, Erti Hidup Pada Memberi.
Tapi kalau kita tiada apa-apa input, tiada apa-apa untuk diberi, macam mana nak bagi output. Memberi perlukan daya dan usaha. :) 


Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! 
Budayakan Iqra' :)


No comments:

Post a Comment