Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Saturday, December 29, 2012

Branding

So what I learnt today was about branding.
Forget about the interview. Reluctant to talk about interview because it makes you tachycardiac, sweating, nervous, cold and blank.

Bila ada interview, kita akan sedaya upaya nak cakap yang baik-baik sahaja pasal diri kan? Orang kata sebab nak ambil hati para penemuduga. Jadi perlulah, cakap yang baik dan yang perlu sahaja. Cerita pasal kelebihan, jawatan, pengalaman, pengaruh dan lain-lain. Yang buruk-buruk dan lompang-lompang seboleh-bolehnya ditutup.

Sebab masa ni kita tengah promote diri kita. Nak branding diri kita. Jadi jenama yang hebat-hebat. Macam Apple, macam Samsung, macam Costa Cofee, macam SK II, macam Prada. Benda yang orang-orang inginkan dan demand.

Nak jadi brand yang hebat, setiap aspek kena hebat. Contoh kalau kasut Prada, dengar je Prada rasa macam kaya sangatlah pakai Prada. Maklumlah brand hebat, brand kaya. Tapi bila pakai, ya Allah, seksanya. Ketatlah, melecetlah, jahitan tak kemas lah. (Ini contoh, penggila jenama Prada jangan marahkan saya pula)

Manusia bila branding diri dia, seboleh boleh nak nampak dirinya perfect supaya 'dibeli' oleh penemuduga. Tapi setiap orang ada kelemahan sendiri kan? Kelemahan yang tak dicerita pada orang bukan untuk dilupakan dan dilupuskan dari sistem memori, sebab kelemahan tu akan tetap kekal kalau tiada perubahan dilakukan.

I tried to cover what I lack during the interview. Tapi dalam hati tahu perangai sendiri macamne. Cakaplah macamne pun, pujilah diri macamne pun, promotelah betapa hebat pun, yang tetap lemah itu manusia. Kena cari ruang untuk berubah.

Ada orang dakwah sana sini, brand dia daie. Tapi hakikat, solat subuh, subuh gajah. Spoil tak brand ni?
Ada orang kerja persatuan hebat, brand aktivis persatuan. Tapi hakikat ponteng kelas. Spoil juga rasanya.
Ada orang, depan orang lain pijak semut pun tak mati. Kat belakang orang, mak ayah macam nak mati kena pijak dengan dia.

Dalam sibuk nak branding, cari kelebihan kita, kena ingat kelemahan yang mesti dibaiki. Jangan syok sendiri nak branding diri sendiri. Nanti makan diri. Honest in branding yourself.

Sekian. Hah. Apa aku merepek kat atas ni...

p/s: Hari ini ada interview Medical Team PERUBATAN. Unit untuk latihan klinikal yg dibuka  untuk student klinikal year.


Friday, December 21, 2012

Fahami Iqra'

Saya gelar ucapannya Masterpiece. Mampat dan padu. Penuh dengan benih-benih ilmu yang mengembangkan minda. He is young and mature and I envy him. He is in my idol list sekarang~
So, I heard his secret being so brilliant and moving is by reading.

Ada beza orang yang kuat membaca dan tidak membaca. Orang yang tiada ilmu bila berkata, cakapnya kosong. Kedengaran hebat, tetapi bila diteliti isinya, tidak kukuh dan tiada asas. Kalau dibawa bahas, nescaya kalah pada pusingan pertama lagi macam debu dibawa angin.

Itu pentingnya membaca. Wahyu pertama Nabi pun tentang membaca. 
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" - Surah Al' Alaq ayat 1

 Saya bercita-cita untuk membaca. Membaca dengan banyak. Kalau boleh nak buat habit. Tapi sampai sekarang tidak mampu lagi nak konsisten.

Jika dikatakan masa penghalangnya, semua orang punya 24 jam. Tetapi yang lainnya cara orang menguruskannya. Masa yang lapang juga sebenarnya ujian. Zaman sekarang, jarang kalau dengar masa lapang orang habiskan dengan membaca. Kebanyakannya memilih untuk menonton tv, melayan movie, shopping, berborak borak. Kalau ada pun membaca, bahan bacaan kebanyakan orang adalah novel cinta, manga, komik.



Tidak salah pun sebenarnya melayan cerita-cerita korea tu semua selagi tidak lalai untuk solat, belajar, memasak untuk ahli serumah, kemas rumah dan bilik. Tapi bila kita terlalu fokus pada cerita-cerita fantasi itu, kita terkurang fokus pada penceritaan diri kita sendiri. Terlalu asyik dengan cerita orang. Bilanya kita nak mula bina cerita kita? Mahu bina cerita sendiri yang hebat sampai generasi anak cucu boleh dibangga, tapi asas cerita tiada. Bergantung harap pada fantasi movie dan drama-drama happy ending.

Membaca sebenarnya mahal nilainya. Membaca perlukan perhatian, penilaian isi, pemahaman, masa, tenaga yang banyak untuk fokus. Sebab itu kebanyakan orang lebih suka untuk duduk dan tonton cerita (termasuk saya) Tenaga yang diperlukan tidak banyak.

Kalau ikut salah satu definisi oleh DBP, membaca bererti memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya



Membaca bersifat aktif, bukan pasif. Menggerakkan  minda. Sebab itu orang yang membaca otaknya cair. Laju sahaja mindanya bergerak. Knowledge is Power!

Al Quran juga diturunkan untuk dibaca dan difahami. Biarpun bahasanya berbeza, kalau dah namanya membaca, sila rujuk definisi yang saya bagi tadi. Perhati isi dan faham. Kenal huruf, tajweed, tanda baca, bacaan panjang pendek, makhraj, itu penting. Itu asas. Bagaimana mahu membaca Al Quran kalau perkara-perkara tadi tidak dikuasai.


Cuba baca road sign ini. Kenal huruf? Faham makna?

Membaca bukan sekadar menyebut huruf dan menggabungkannya membentuk perkataan. Elemen lain dalam membaca adalah faham. Untuk faham, kita perlu penguasaan bahasa.

Doktor yang mengajar kami di sini pernah bertanya, "Do you read Quran? In Arabic?"
"Yes!"
"So you do understand the Quran."

"Err no. We only know how to read."

"Then, how come you can read but you cannot understand?" 
Sah lah selama ni baca Al Quran, sekadar sebut huruf dan kalimat-kalimat Al Quran. Fahamnya tidak. Berjinak-jinaklah kita dengan bahasa Arab. Bahasa Al Quran...

Macam itu jugak baca buku pelajaran. Baca tu baca, tapi faham ke tak? Mata laju berlari atas buku, tapi otak statik je, tak bergerak dan berfikir. Sebab tu saya cakap tadi sifat membaca ni aktif dan banyak tenaga diperlukan. 


Mambaca dapat menjana banyak input kepada kita. Tapi nak dapatkan input tu, kita kena rajin. Jomlah jadi rajin membaca! Satu lagi, ramai orang bercita-cita untuk memberi. Macam falsafah Ustaz Hasrizal, Erti Hidup Pada Memberi.
Tapi kalau kita tiada apa-apa input, tiada apa-apa untuk diberi, macam mana nak bagi output. Memberi perlukan daya dan usaha. :) 


Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! 
Budayakan Iqra' :)


Monday, December 17, 2012

Menjadi Sempurna


Perkara yang boleh nak settle dalam masa 10 minit jadi, 1 jam.

Nabi pesan supaya tahan marah. Jangan marah,
Kalau marah, orang bijak pun nampak bodoh. Orang waras pun boleh jadi gila...

Nak update akaun dan keluarkan duit di bank. Biasa dalam 30 minit dah selesai urusan. Tapi, nasib hari ni melangok dekat bank hampir 1 jam setengah.


Bila kata pada encik pegawai di sana yang kami ada kelas, digelak-gelak. "Bisur'ah? Bisur'ah?" Terasa diejek. Kalau ikut kepala yang tak waras, dah lama bagi penumbuk sebijik.

Hilang respect pada customers kah? Kalau anggap kami ni macam budak kecil pun, kami pun ada hak juga. Kami datang dahulu, kenapa dahulukan orang selepas kami? Geram! Bukan seorang dua, tapi nak sampai 5 orang bagi potong line..

Kak Wan dah hilang sabar. Tahan marah sampai menangis...

Kak Kie steped out from that building. Tak tahan nak mengamuk dah...
Saya saja yang tinggal di dalam. 30 minit berlalu, masih tak ada tanda yang encik tu nak siapkan updating akaun kami. Hilang sabar jugak...

"Excuse me!"

"Just one more minute please..." 

"What do you expect!! It has been an hour already we waited here!"

Encik buat muka annoyed.

Kami lagi annoyed dgn encik dan seluruh servis encik!! Takde respect langsung.

Akhirnya mereka dapat surat cinta dari somebody. "Worst service ever!"

*******************************
Bila kena macam ni, teringat subjek Commed, tajuk Quality.

Definition Quality according to the book: 


"Doing the right thing, right, for the first time and every time."


Henry Ford (founder Ford Motor Company) cakap:
"Quality is doing the right thing, even when there is no one to supervise you." 

Islam punyalah syumul. Konsep quality dan professional ni dah lama wujud dalam Islam. Hadis ke dua dalam Hadis Arbain (40) ceritakan tentang Iman, Islam dan Ihsan.

Lalu Baginda bersabda: "Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah, seolah-olah engkau melihatNya. Jika engkau tidak mampu merasa melihatNya, maka Dia melihat engkau."

Manusia ni sentiasa diawasi. Setiap perbuatan dan perlakuan dicatat. Buat kerja biarlah bermanfaat pada orang lain, bukan menyusahkan...

Kadang-kadang rasa takut kalau buat kerja tak betul dan menyusahkan orang lain. Risau kalau kerja yang dibuat tambah fitnah pada diri, keluarga, masyarakat, persatuan... Risau tentang pandangan orang tentang kerja kita yang tak perfect.

Pegang konsep Ihsan bila buat kerja. Kalau kita rasa sentiasa diawasi, kerja mesti rasa nak perfect all the time. Walaupun perfect tu noun milik Allah sahaja, tapi sekurang-kurangnya berusahalah capai yang terbaik.

Satu jari tuding kat orang lain, yang lagi empat tunjuk ke diri sendiri.

p/s: Seronok belajar Commed (Community Medicine) Banyak applicable falsafah Islam. Terasa Islam tu syumul.

Nota Bahasa:
1. Bisur'ah! : Dengan cepat

*edited*

Friday, December 7, 2012

Cari Gali

Masing-masing sudah sengih sumbing.
Aku pandang engkau, engkau pandang dia, dia pandang sana, sana pandang bawah.

Taklifan Smart Circle (nama lain: Bulatan Gembira, Usrah, Liqa) minggu lepas di bangkitkan semula. Pasti, semua sudah mencari, tapi mungkin malu nak berkongsi. Atau ada yang tidak berjumpa jawapan.


Soalan yang sama diulang soal. Soalan yang menanti jawapan. Soalan yang bukan mahu buka aib, atau uji minda, atau untuk lihat siapa pandai, tapi untuk muhasabah.

"Siapa sudah berjumpa potensi diri, dan boleh kaitkannya untuk disumbangkan pada Islam?"

***********************************

Pagi itu, bau cekodok pisang sudah menusuk hidung. Cekodok yang comel-comel, bulat-bulat, montel-montel, gebu-gebu, panas-panas, lemak manis, rangup-rangup. Irresistible! Itu cekodok yang dia buat.

Kalau cekodok saya, pasti leper, pleomorphic, tak gebu, dan tak layak di jual di pasar malam.

"Sedap giler!! Apasal pandai sangat awak masak nih?"

"Alhamdulillah, rezeki saya pandai masak. Awak tu, rezeki pandai menulis"

Allah!

Jauh panggang dari api. Tulisan saya tak seberapa.
Malah ada yang tidak mencambah minda, membasah dan menumbuhkan iman, dan menggerakkan jiwa. Ada yang lebih baik dari saya. Sekadar berpaut pada idea yang kadang bertandang dan pergi.

Setiap orang ada elemen sendiri. Ada bakat sendiri. Ada potensi sendiri. Ada nikmat sendiri.
Ada yang sudah berjumpa, ada yang belum 'sedar'.

Orang kata, bakat itu semula jadi. Itu anugerah. Ada yang semula jadi pandai melukis. Bagi sahaja pensil dan kertas. Sampai sahaja zouq, terus siap satu lukisan. Ada yang pandai masak. Bagi tepung, gula, telur, butter, susu, siap sebuku kek, berbuku buku cup cakes, berjela-jela pastry. Ada yang pandai bercakap, bagi sahaja mic dan pentas, dua tiga empat jam, tiada masalah. Ada yang pandai main bola, ada yang pandai jadi planner, ada yang pandai martial arts, ada yang pandai fesyen, ada yang pandai belajar. Macam-macam!

Kadang-kadang ada orang rasa dia tiada bakat pun. Tapi sebenarnya setiap orang ada kelebihan sendiri. Ada added value masing-masing. Allah dah cipta kita masing-masing dengan keunikan masing-masing. Mesti Allah dah letak potensi dan keupayaan kita baik-baik dalam DNA kita. Allah kan sebaik-baik pencipta?

Teringat satu cerita pasal seorang budak Thai. Namanya Pong. Pong salah seorang mangsa Tsunami di Thailand. Sewaktu kejadian Tsunami berkenaan, Pong berada di sekolah yang terletak di tanah tinggi. Sudah nasib Pong agaknya, seluruh ahli keluarga Pong ada di tanah rendah. Tsunami yang mengganas telah meragut kesemua nyawa ahli keluarga Pong. Waktu tu, Pong berumur 5-6 tahun begitu.

Maka, tinggallah Pong seorang diri. Anak yatim dan piatu. Tidak beribu dan berayah. Menghadapi dan menjalani kehidupan di dunia ini tanpa keluarga disisi. Suatu hari, datang satu rombongan dari Malaysia. Sepasang suami isteri dari Malaysia ternampak Pong di pusat jagaan anak-anak yatim di Thailand. Si suami sudah tertarik hati dengan Pong, lalu mereka decide nak ambik Pong sebagai anak angkat. Lalu bermulalah kehidupan baru Pong bersama keluarga angkatnya.

"Betul ke encik nak ambik Pong jadi anak angkat? Pong ni sebenarnya ada masalah kesihatan sedikit. Pong sakit. Pong cacat pendengaran dan bisu sejak kecil. Tambahan pula, Pong ada masalah attitude. Sedikit hyperactive berbanding kanak-kanak biasa." 
Kondisi Deaf and Dumb. Suami isteri tersebut nekad juga walaupun dihantui dengan perasaan resah dan gelisah tentang cara nak handle Pong.

Sekarang hampir 8 tahun berlalu. Pertama kali saya jumpa Pong, saya kagum dengan Pong dan ibu bapa angkatnya. Walaupun dengan kekurangan yang dia miliki, Pong buktikan depan ramai orang dengan memenangi pingat emas dalam event 'kata'. Event kata dalam karate bukan event yang senang. Bukan sekadar hafal steps.

Event kata adalah disiplin yang tersangat disiplin. Setiap step perlu padu, jitu, dan laju. Latihan kata juga memenatkan. Lenguh kaki buat shikodachi, cramp harmstring buat yoko geri , longgar lutut buat nikouachi, lebam lebam training, sakit tekak tahan breathing. Pong bertanding dengan orang-orang yang normal, bukan sepertinya orang yang kurang upaya. Kemudian menang. Emas pula tu!

Terasa rindu pada Karate. Setahun sekali berlatih memang cramp satu badan bila training.


Siapa sangka budak deaf and dumb, budak yang mungkin masih trauma dengan kejadian Tsunami, yang hilang ibu bapanya dalam tragedi, punya potensi yang sangat besar? Macam mana ibu bapa angkatnya cari gali potensi Pong dan menggarapnya dengan baik sekali?

**************************

Terus cari gali. Siapa tahu anda bakal berjumpa dengan berlian dan permata?
Semua orang ada potensi diri. Semua kena sedar itu.

Kadang-kadang buat itu rasa tak kena, buat ini rasa tak kena. Mahu melukis gambar kucing, tapi jadi tikus pula. Mahu menulis seloka, jadi pantun dua kerat pula, mahu berjenaka, tapi hambar pula. Lepas itu rasa down. 
Baby are you down down down, even if the sky is falling down~ sambung nyanyi sendiri lah.. Haha!









Key pointnya adalah terus berusaha dan jangan putus asa. Kalau bukan sekarang, mungkin masa akan datang akan berjumpa? Berputus asa dan berhenti tidak akan mendekatkan kalian dengan kejayaan sedikit pun. Kalau penat, berehat seketika, tapi jangan lama-lama.


10 Muasafat Tarbiyah

Cari galilah potensi, dan sumbangkanlah untuk Islam. Buat baik bukan untuk orang lain, tapi buat baik untuk diri juga. Pemberat di mizan nanti.

"Saya rasa potensi saya belajar. Sebab saya nak belajar, kemudian jadi orang yang berjaya, dan seterusnya menjaga nama baik Islam." - Cik M

"Potensi saya adalah planning. Saya suka planning hari-hari saya. Bila kita plan hari kita, kita tak akan membazir masa dan terkapai-kapai mencari aktiviti. Planning untuk Islam penting supaya orang akan nampak Islam ni tersusun dan berstrategi. Kebenaran yang tidak bersistem akan dapat dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun bukan?" - Cik N

"Potensi saya adalah tangkap gambar. Tangkap gambar alam, supaya manusia dapat taddabur alam ciptaan Allah. Tangkap gambar peristiwa, supaya jadi pengajaran untuk generasi akan datang. Tangkap gambar proses kehidupan, supaya jadi bahan didikan untuk anak-anak." - Cik I 
Soalan tadi mula terjawab. Satu satu jawapan keluar dari mereka. Rasa seronok pula mendengar. "Banyak rupanya yang kita boleh buat. Kadang-kadang tak terbuat, sebab tak pernah nak cuba cari jalan nak memaksimumkan kebolehan kita."

Apa apa pun potensi kita, lorongkanlah ia ke arah kebaikan dan letakkanlah 'untuk Islam' dalam setiap perkara yang kita lakukan. Biarpun sekecil-kecil perkara, Allah akan pandang juga.




Kot Putih


Baru selesai makan petang hari ini. Alhamdulillah, rezeki sotong goreng celup tepung hari ini. Terasa balik ke Malaysia pula, ditambah dengan angin-angin sepoi bahasa yang masuk ke rumah tingkat tujuh ni.
Terima kasih buat saudari yang tolong masakkan sotong goreng. Untung saya dapat kawan serumah macam saudari... Hehe!

Lepas makan ni, biasalah, tenaga tengah banyak. Nak bercerita tentang semalam boleh?

Semalam. Ada apa dengan semalam? Semalam hari yang menarik. Semalam ada lawatan ke Fever Hospital bagi subjek Community Medicine. Secara keseluruhan, dapat saya simpulkan lawatan tersebut memang seronok dan bermanfaat! Dapat sisi pandangan baru mengenai tugas doktor...



Sebelum terdedah dengan maklumat tentang Fever Hospital, terfikir, kenapa nama hospital ni Fever Hospital? Kalau diterjemah jadi 'Hospital Demam' dalam bahasa Melayu. Kedengaran janggal. Dan kenapa perlu ada hospital yang khusus untuk demam sahaja?

Saya rasa saya ni agak kurang sikit lah tentang pengetahuan am di Malaysia mengenai hospital. Sebab saya tak pernah dengar pun pasal Fever Hospital di Malaysia. Di Mesir sendiri, ada lebih kurang 12 buah Fever Hospitals. Banyak kan? Di Malaysia? Saya tak pernah dengar satu pun. Kebanyakan hospital di Malaysia adalah general hospital dan private hospital.

Hospital ini menempatkan kebanyakan case Tetanus, Gas Gangrene, CNS infection dan HIV. Department di hospital ini juga berubah mengikut keperluan dan kekerapan kes.

Sebenarnya Fever Hospital adalah salah sebuah hospital yang special. Special and specific. Satu refleksi dapat dibuat adalah, tenaga kerja dalam sektor kesihatan di sini luas. Bayangkan, hampir setiap sistem tubuh badan, ada hospitalnya tersendiri di sini. Kalau di Cairo sahaja sudah ada Bilharzial Institute, Cancer Institute, Children Hospital di Abou Rish, Fever Hospital dan tak silap doktor yang mengajar kami ada mention tentang Dialysis Center dan Liver Institute. Kalau di Malaysia, hospital yang specific saya pernah dengar hanyalah Institut Jantung Negara (IJN). 

Refleksi lagi, katanya di Mesir ini ramai doktor pakar. Dalam subjek Community Medicine sendiri, doktor ada mention tentang khidmat doktor pakar di outpatient clinic di general hospital. Saya sendiri pernah pergi. Yang buat examination tu memang doktor pakar mata (Ophthalmologist). Untung bukan rakyat sini? Dan saya dengar (hanya dengar, saya tiada fakta yang tepat) kalau di Malaysia referral system mungkin mengambil masa lebih kurang dua bulan. Lama. Cukup untuk buat si pesakit naik muak dan tertunggu tunggu jawapan, diagnosis dan rawatan. Ya, mungkin kerana Malaysia kekurangan tenaga pakar.

Pernah terbaca satu statement dari seorang figura, "Sesiapa yang nak jadi doktor, please rethink." Kenapa sampai terkeluar persoalan ini.
Adakah terlalu ramai dan crowded medical students dan HO? 

My point of view, kebanyakan hospital memang perlukan tenaga pakar. Tetapi yang ramai sekarang adalah chronic medical students dan HO. Yang kurang latihan, pendedahan, soft skills, confidence, attitude, dan segala bagai sifat positif dan competency. Saya bukan bercakap mengenai orang lain, sebab saya rasa saya ada ciri ciri lacking yang saya sebutkan tadi. Malu nak sebut lacking itu. ^-^''

Semasa sesi lawatan semalam pun, saya hampir terasa nak meluru keluar dari bilik ICU selepas tengok patient. Bukan geli, bukan kesian, bukan risau. Tapi takut, nervous! 

Sewaktu lawatan untuk sesi Environmet Hospital di Kasr Al Ainy, perkara yang sama juga berlaku. Satu usungan di tolak oleh pekerja hospital. Atas usungan itu, terbujur mayat kaku. Ketar lutut tengok. 

Kata-kata hikmah keluar dari Dr Sherif semalam, Kot Putih walaupun sifatnya ringan, tapi sebenarnya kot itu berat. Berat dengan amanah. Amanah dari pesakit dan yang paling penting Tuhan. Pesan Dr lagi, semoga bilangan pesakit yang kita rawat, lagi ramai dari pesakit yang kita 'bunuh' dek sikap careless, negligence dan ignorance kita.   

Sudah dusta berbau di madah,
Baru tahu retak percaya,
Sudah tanah berbau darah,
Baru tahu tiada geliga.

Mungkin ramai yang akan keluar dari sekolah perubatan di serata pelusuk dunia. Bilangannya pasti ramai. Pasti berbondong bondong. Berapa pun kuantitinya, semoga kualitinya mengatasi tahap 'biasa-biasa sahaja'

Mahu jadi lebih dari biasa-biasa sahaja, usahanya patut lebih dari biasa-biasa sahaja.
Mungkin boleh mula dengan aktif interaksi di kelas. Active listening and questioning.

Kes Kaposi Sarcoma  pada pesakit HIV yang kami lihat sewaktu lawatan. - Sumber Gambar Google.
Semoga kot putih ini menjadi amal untuk akhirat kelak.

Di hadapan Special Immunity Department. Siapa sangka bangunan usang di belakang banyak 'permata'. Terima Kasih  Dr!