Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi ^_^

Monday, December 30, 2013

Berbeza Realiti

Assalamualaikum W.B.T

Well, it's been quite long since my last post. Sesungguhnya there were so many things occurred since my last presence in this blog.

One of the biggest changes is that, I am no longer studying in Egypt. Due to some circumstances, I choose to continue medicine in Malaysia. It was not an easy decision. Stress tau dak nak buat pilihan! Masa nak isi borang stress, masa dah dapat keputusan masuk mana pun stress, bila dah masuk universiti baru pun stress, bila dah start blajar pun stress.

But one of the main reason I chose to stay in Malaysia is because of my istikharah. Istikharah is really powerful you know... Allah bagi ketenangan walaupun kita tahu benda ni bukan benda senang. Ingat jadi transfer credit student ni senang ke? Nak adapt dengan new friends, new lecturers, new surrounding, new systems.. Awal-awal ada yang dah psiko suruh balik Egypt smula. Trust me, it's not easy. Seriously not!!

However, Allah je ada kuasa bagi ketenangan dan kekuatan kat diri ni. That's why I always remind myself, to be happy and contented with istikharah. Berbahagia dengan istikharah. Beriman dengan ayat Allah bahawa setiap kesusahan ada kesenangan.

So, it's been like a month and half I'm here. Kehidupan sebagai student medic di Mesir dan Malaysia memang berbeza.

Here in Malaysia, basically no more spoon feeding. Not everything will be thought, mentioned by the lecturer. Lecturer will only give you sparks, but the one who should lit up the candle is you.

So to my friends who are studying in Egypt, don't worry. Rasanya lah based on my observation and theory, you guys tak payah risau sangatlah dengan clinical skills macam taking bp, buat venupuncture, buat physical examination. Clinical skills macam tu memang boleh acquire. I tried venupuncture few times, tapi failed. So takpelah, praktis lagi. Nanti kalau ada free time rajin2 la pergi attachment kalau you guys nak acquire clinical skills. Banyak lagi procedure kena tahu and buat. Bila dah jadi HO memang kerja amik darah je tiap2 hari...

You guys just kena RAJIN practice and have CONFIDENCE. Make sure tahu theory dia and then try to practice it. But there are few things yang make me concern la. These are few things that I want to point out:

1. Take proper history
Rasanya semua makruf je kan. History is the basic of diagnosis. Based on history, memang banyak la clue to make a diagnosis. Kalau boleh for every chief complaint, try to explain it more using SOCRATES method. I know kat Egypt, ada language barrier kan? But please try to clerk them jugak.

Takpelah kalau tak faham satu habuk mak cik pak cik tu cakap apa, but you have to train your brain to ask proper and related question regarding chief complaint. For example if patient complained having dyspnea, so what other related symptoms that you should ask to help you reach diagnosis or to exclude unrelated system? Train your brain to work, not memorizing the questions.

Kalau history cantik, diagnosis pun cantik.

2. Try to present cases
Lepas dah clerk (taking history) from patient, haa rajin-rajin la present cases. Ingat present cases ni saje-saje suka?
Bila patient first masuk hospital, orang pertama yang kena clerk and do all physical examination adalah HO. Lepas tu HO present case kat MO then to specialist. During ward round with specialist, specialist biasanya mana ada masa nak review case lama-lama. So kita kena pandai guide MO and specialist towards our diagnosis. Kalau tak kena cara present haa kena lah "why don't you mention this to me at the first place!" or sometimes they will say, "I don't have much time, just tell me what is important." Haa jangan gagap ye. Kesian patient nanti tak dapat proper review from specialist.

3. Try to synchronize your theory with your clinical findings.
Kalau boleh jangan lah hafal buku. Try to understand then apply it.

4. Rajin pergi ward round.
Hmm since aku pun tak penah pergi ward round kat Egypt, so I'm not sure macam mana procedurenya... But, kalau boleh pergi la ward round. Haa kalau pergi ward round tu, jangan la just tengok patient je. "Oooh patient CKD macam ni, patient CCF macam ni." Try la buat PE. Kalau tak dapat consent buat PE, haa learn to observe. Observe patient ni under nasal prong or neb, given TPN ke, given Normal Saline ke, Keep NBM ke. Lepas observe tu, jangan balik rumah minum susu pastu tidor. Try lah cari dia punya indication, contraindication. Bak kata one of my lecturer, "Everything in the wards is for you to learn."Tengok la sekali lab result, cxr, kub xray anything that available...

Same case with tengok procedure or surgery. That is not the time for you to take picture then post it at FB or instagram. Tahu, excited kan? But before you join any procedure, check la dulu latar belakang patient, his presenting illness, indication of procedure, complication bla bla bla.. At least you gain something.

5. Respect your lecturer!
Tahu kekadang ngantuk lah, boring la dalam kelas. Tapi bertahanlah... Appreciate their knowledge :) Not everything you can learn from the book.

6. Belajar manage patient
For every diagnosis, tahu the general management, investigation yang kena buat. FBC, RP, LFT, ESR.. Pastu belajar interpret result. Urea high, creatinine high but it was not proportionate.. So what is possible causes?

That's all I wanted to share. Aku pun tak pandai lagi. Banyak lagi nak belajar. Jadi sama-sama doakan...

Alright. I'm sleepy. Good night people.

For those who miss me (ada ke haha!), I'm surviving, contented and enjoying my new life :)


Kasr Al Ainy and UIA



Tuesday, September 3, 2013

How To Save a Life

Every senior doctors that I've met during this holiday, keep telling me a story. The Horrible Life Of House Officers.

Same story.
Masa mula-mula lapor diri dekat hospital, senyum panjang lebar, semangat dengan white coat, stethoscope.
After 2 - 3 months, everything turned upside down. Stress, absent, tak datang kerja, yang quit pun ada. Case then referred to psychiatrist. Dalam banyak-banyak yang quit tu, majority nya lelaki.
Stress kena maki dengarnya. "Stupid, Lembu, Idiot tu biasalah... Makan hari-hari."

Belajar dah susah, kerja lagi susah.

Pesan senior doktor juga, nanti dah jadi senior, dah jadi specialist, change the attitude and cycle. Layan anak-anak buah dan junior dengan baik. Treat the patient nicely too. Jangan ego dan berlagak dengan ilmu Tuhan.

Balik Malaysia kali ni, banyak juga dengar cerita orang yang tak puas hati dengan doktor. Doktor dengan attitude "Eh, aku tahulah aku buat apa. Kau jangan sibuk-sibuk nak mengajar aku."

Masalah attitude. Sampai masa, kita tukar kitaran.

Monday, July 8, 2013

Harapan

Tolonglah doakan Mesir.
Risau melihat keadaan sekarang.

Bila Dr Morsy jatuh,
bertepuk tangan gembira, terlolong suka-suka,
main mercun sampai bingit telinga.
Yang kau jatuhkan bukannya penyangak, tapi yang pegang Quran dan Sunnah.

Subuh hening,
Orang sedang enak solat subuh menghadap Tuhan, suka hati ditembak.
Yang ditembak bukannya musuh, tapi 'kawan dan saudara' sendiri,
Manusia yang makan arahan dari hamba, bukan dari Tuhannya.
Remuk.

Sudah jelas puak-puak yang menentang Islam.

Mesir dah jadi rumah kedua. Memang diakui, banyak benda dan perangai local yang aku tak suka. Tapi benci mana pun aku, tetap ada benda yang aku treasure dan aku sayang.

Rasa helpless dan teruk juga bila merungut exam asyik kena tangguh, sampai lupa untuk care pada isu yang lagi besar dan alarming.

Aku tak mampu nak mengulas panjang. Tiada fakta, hanya ada emosi dan teori.

Esok lusa nak Ramadhan dah. Aku terkenang senyuman dan darah merah si syahid. :'(
Doakan Syria, Palestin, Rohingya, Mesir dan setiap umat Islam di pelusuk dunia...

Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini, Allah ampunkan dosa dan makbulkan doa kita.
Ramadhan Kareem....

p/s: Budak Malaysia masing-masing dah ambil precaution duduk rumah. Dan kebanyakan penempatan students bukan di hot spot.. Maka, jangan bimbang. InsyaAllah, kami ok saje.

Wednesday, June 19, 2013

Distractions

Mengakulah, takdelah gila-gila sangat study.
Semalam jawab exam memang terkontang kanting.

Soalan Laser ke soalan rheumatoid arthritis ke soalan altitudinal field defect ke, I need silence lah nak jawab exam.
Tahu tak mental tengah penat, malam before exam cramming?
Stress bila pengawas exam duk terjerit-jerit and keep reminding about the papers and time.
Lepas tu, MCQ paper dapat lambat.
Hey, 2-3 minit tu berharga tahu!

Mujur sedar diri dan waras.
Kalau tak, aku pun terjerit sama. "Diamlah!"
Puas.

Dah 4 tahun exam kat sini.
Semalam lah rasa paling teruk dan perit sekali distractions yang ada.
Rasa nak lari jawab paper tempat lain.
Tapi apakan daya...

I wish mereka boleh bersistem sikit. Distribute the papers early, explain dulu how many hours do you have, macamne nak jawab bla bla bla like we used to have in Malaysia.

Kadang-kadang terfikir, agaknya aku ni manja sangat. Asyik nak macam Malaysia je. Demand macam-macam.

Bila buat perjumpaan dengan Dean, bolehla usulkan proper management papers distribution and explanation before exam. Besarnyalah impian aku nih....
Someone lah tolong? Pleaseeeeeee! I have stage fright. Hee ^_^

One modifiable thing I should do is, go to bed early lah before exam. Have a good rest, so that pagi esoknya  tak sakit kepala and stress masuk dewan exam.
Dah 4 tahun dah, Adilah. Patutnya dah kena biasakan diri dengan situasi unik Mesir yang tak bersistem ni.


 p/s: Masih bersyukur dewan exam tu is not equipped with microphone and p.a system! Phew!

Wednesday, June 12, 2013

Iron Baju

"Musim-musim exam ni, benda paling tensyen nak kena pikir adalah pikir baju apa nak pakai gi exam esok."

Memang. Sebab malas nak iron baju, iron tudung.
Kalau boleh nak pilih baju yang paling tak obvious kedut dia dan senang nak iron.
Nak iron complete set ambik masa 15 minit. .
Kalau kat Malaysia, boleh mengada-ngada buli adik dan abang tolong iron kan baju. Especially bila dah lambat.
 *tapi penah je dorang tolong iron kan tudung sampai terbakar! Nak menangis rasa...*

Kalau esok nak exam, dua tiga hari sebelum dah fikir nak pakai apa.
Sebab bila pikir malam exam, memang berceramukla minda.
Dengan tak habis baca lagi, lepas tu nak pikir nak pakai baju apa.

Pointnya malas pilih dan iron baju musim exam.
Tapi kalau sepanjang masa malas, tak kemana kita...

Nak makan pun kena usaha.
Nak pergi exam pun kena usaha.
Nak mati pun kena usaha.

p/s: Refleks post ini rindu pada abang dengan adik. 

Friday, May 31, 2013

Kicauan Burung yang Menjengkelkan

Assalamualaikum and Hai!

Aku sebenarnya cukup tak berkenan dengan bunyi loceng rumah dekat negara ni. Bunyi burung. Burung serindit ke, burung merak ke, burung murai ke, entah aku tak tahu. Annoyed!

Kalau fikir logik, sepatutnya bunyi kicauan burung itu mendamaikan. Terbayang waterfall, sungai, burung terbang-terbang, lagu ala-ala Kitaro gitu... Ah tapi loceng rumah bunyi kicauan burung itu jadi igauan aku. Hampir semua rumah dekat sini, bunyi loceng rumah sama. Takda "Ting Tong" macam kat Malaysia or kat US or kat mana-mana lah..

Kenapa aku rasa irritated dengan bunyi loceng ni? Entahlah, rasanya sebab kuat dan nyaring sangat. Kadang-kadang sebab bunyinya lama sangat. (Tak reti nak tulis macam mana bunyi tu... Kalau yang duduk Mesir mesti familiar lah.. Kalau nak tahu bunyi camne, meh la datang Mesir ni...) 

Dan aku malas bukak pintu kalau ada orang Arab yang tekan loceng tu. Dah lah tekan lama.. Lama jugaklah bunyi tu memekak kat telinga. Kadang-kadang ada yang jenis sikit-sikit tekan, macam pakcik zibalah (pakcik yang angkut sampah) lagi lah aku tak nak bukak. Datang mintak duit je... 10 genih pulak tu. Tak mahu aku. Lagi rasa nak marah je bukak pintu.

Tapi bermula semalam, tiada lagi bunyi loceng tuh, atau lagi tepat lagi it's no more functioning. Happy happy! Haha! Tapi cerita disebalik non functioning loceng tuh, memang traumatik dan sadis.

So the story starts with kami serumah dah habis gas nak memasak. Jadi panggil lah pakcik ammubah (pakcik gas) datang naik rumah, mintak tukar gas. Harga asal 20 genih. Macam tak percaya.. Apasal murah sangat.. Tapi tak kisahlah, janji murah kan??

Bila dah siap pasang, pakcik tu cakap 40 genih... Oh, ini kes menipu ni! Bengang lah. Tawar punya tawar, bagi 30 tak nak... Actually boleh je nak bagi 40, tapi sebab dah banyak kali dah rasa teraniaya dengan perangai certain orang Arab ni, today is not your day, pak cik! Tak nak bagi can..

Bajet berani, suruh pakcik tu ambil balik gas yang dia dah siap pasang.. "Kalau kau tak nak amik duit ni, kau ambik balik gas ko tuh!" Surprisingly, pak cik tu ambik balik gas tu and still insisting suruh kami serumah bayar jugak.  "Aku penat-penat naik tingkat 7, takkan ko tak nak bayar?"



Tak nak lah bayar pakcik. Pakcik tipu kitaorang kan? :p

Cepat-cepat tutup pintu dan buat bodo dan sambung study... Takde ruang dah bagimu pakcik.

And the pakcik started tekan loceng rumah banyak kali. Agak persistent lah. Almost 15 min non stop. Pasang MP4, dengar X Ray Dog. Memang tak dengarlah bunyi burung memekak tu.. (Dalam kepala dah start fikir nak panggil sape musyrif ni... Cuak lah jugak)

And suddenly nampak asap somewhere dekat circuit breaker (yeke nama dia ni?) and boomed! Meletup... Box yang operate bunyi loceng tu overload. Hoooh, memang nak kena sumpah la pakcik ni.. Tapi, Alhamdulillah takde yang injured.. and the rest is history....

So that is the price that we paid. Loceng rumah yang rosak dan trauma. Tapi puas. Agaknya mesej sampailah kot dekat pakcik tu "Heh, jangan ingat kami foreigner, kami boleh dibuli dan ditipu sesuka hati!" Hah, kacau lagi budak medik tension study! 

Tapi aku sukalah, bunyi loceng tu dah takde.. :D Lepas ni bolehla ketuk pintu rumah dan bagi salam cara melayu, "Assalamekommmmmm!" to notify us that you guys in front the door. Haa dapat sikit pahala bagi dan jawab salam. Kalau tekan loceng je takde... (^_^)



Dan siapa nak tolong panggil pakcik ammubah? Haha! Aku masih trauma...
Peristiwa tu memang bahaya. Dah trauma. Tapi serik? Tak tahu... Sebab hari-hari kena menghadap mereka ni.

Hai, Mesir, Mesir!

p/s: Memang Mesir ni banyak betul cabaran. Mengajar hakikat bersabar....

Wednesday, May 22, 2013

Saya dan ENT

Assalamualaikum and Hai!

Just finished my ENT (pronounce the alphabet) end round exam. It was great and awesome. Took most of the time thinking the correct answers for functions of nose.. I tipu je great and awesome tu... As always, lepas habis exam je mesti ada je rasa regret tak belajar betul-betul, main-main. Tapi, memang I kinda jenis late starter. 3 days before exam baru bom pum pang nak pegang buku, buat MCQs, cases. So, whatever good results that I had before, itu semua dari Allah. :) And all the mistakes, wrong answers, tak tahu jawapan, itu memang my own problems and kelemahan lah.

Tak sangka nak habis dah tahun 4. Cepat betul masa berlalu dan semua orang makin tua. Sobs! *heh tapi perangai macam budak-budak lagi* Final exam nak start dah. Mujahadah balik nak bukak buku Commed, Fortox... Tak sampai suku pun lagi baca. Haih, like I said before, I'm a late starter...

Satu amazing fact yang tak boleh nak percaya sampai sekarang, I never seen a female doctor teaching us ENT in our department. Like seriously! I wonder why? Geli ke? *Mucous, ear wax ha apa lagi yang dorang buat muka time doctor buat endoscope* Or memang tak minat? I don't know... Anyone? ENT ni rasis ke? Ahaha!

Tapi kalau tanya diri sendiri, ENT ni ok lah. Nak kata minat sangat-sangat tu tak jugak, tapi part yang paling interesting for me bab Larynx. Tak suka sangat study Ear because all the symptoms and signs are confusing. Recurrent infection causing Acute Otitis Media and bla bla bla tetibe we have Chronic Otitis Media and suddenly back to recurrent infection. Huhu I cannot accept this lah... The cycle is just complicated to structure. *Actually malas fikir, tu yang jadi macam ni*

Another thing, kalau jawab case and dapat diagnose, huh happy sengih-sengih kat meja. Tapi bila masuk soalan management, jaw drop. Tak tahu jawapan. Padahal being a doctor, the job is not just to identify the disease, but we need to manage the case too. Start investigations, give proper treatment. Diagnosing memang best sebab rasa macam dah solve puzzle, tapi kalau tak reti treat, bye bye lah!

I still have 2 years and half to finish medicine. Tetibe rasa sangat grown up. Dah patut plan nak kerja and settle down kat mana nanti...

*ENT = Ear, Nose and Throat.

Tuesday, April 30, 2013

Masuk Dapur

Aku sebenarnya anti juga duduk dapur lama-lama. Fokus pada 'lama-lama'. Bukannya tak suka masuk dapur langsung...
Kalau raya nak dekat, sebelum masuk dapur, kena letak mind set "Aku Boleh!" Lagi-lagi kalau buat kek lapis or buat kuih raya. Patah pinggang. Itu belum masuk lagi periuk belanga, pinggan, cawan yang perlu dibasuh.

Baru-baru ni PERUBATAN buat bazar. Ada nasi kerabu, nasi ayam, sup perut, nasi paprik..
Tapi yang aku ni entah apa pasal semangat nak join berniaga. Last minute decide... Malam tender nak tutup, baru cakap nak join. Buat kuih je pun.. Bukannya buat nasi lemak, nasi dagang, rendang pun..

Tak minat sangat nak buat kuih moden or pastry macam cheese cake, carrot cake, or red velvet. Tapi kalau makan tu suka lah...

So I decided nak buat kuih cara. Memang tradisional sungguh lah. Melampau duduk depan dapur dari pukul 6 pagi sampai 1 petang...  Buat kuih ni, bukannya boleh lari dari dapur. Silap haribulan, hangus! 

Entah roh rajin mana datang meresap. Sanggup pulak tu. Hasilnya, dapatlah 160 biji kuih cara berlauk and 50 cara manis. Sedap tak sedap, pejam mata. Yang penting selesai... Penat woo...
Cik Sabiha lagila. Rojak, cendol, kuih bakar lagi.. Memang superwoman sungguh!

I thought yang 160 tu nak divide dua je. Half ikhwah, half akhawat.. Hmm tapi hampeh. Akhawat ni banyak makan jugak ye.. Tak sampai pukul 3 dah habis.. Terkocoh-kocoh balik, sambung duduk depan dapur dengan Sabiha top up balik jualan. Total up lebih 300 biji. Yeay! New record definitely for me!

Walaupun penat, tapi enjoy lah. Ibu gelak je bila cerita kat dia. Haha! Maklumlah, kat rumah tak penah-penah buat, tapi sekarang siap berniaga lagi. Merasa sunnah Nabi, Ibu...  :)


Jangan tanya resepi. Serius, aku main campak je...

"9/10 Rezeki datang dari Perniagaan."
Kagum dengan orang yang berniaga. Kena jadi extra rajin, sabar, berstrategi, optimist, kuat... Adilah ni, first time try dah lembik, camne... Haha!

p/s: Patik mohon ampun kalau tak sedap, terover manis ke, hangus ke. Itu kali pertama patik buat. Jadi tak reti bajet... Terima kasih kerana membeli!

p/sssss:  Semoga Islam kan menang di Malaysia. Kita wariskan generasi akan datang dengan bi'ah solehah, keadilan, budi pekerti dan all positive things. So, make a change! Ini Kalilah! 

Monday, April 8, 2013

Surat

Baru baca buku kak Yana bagi. Tapi tak habis lagi, walaupun muka suratnya tak sampai 65. Ah, blame my poor time management..

Ada banyak benda yang menyentuh hati. Nak share satu poem dalam buku ni. Rasa macam lepas kena cili  dan potong bawang je bila baca.


A pigeon cooed in weakness in the darkness of the night,
On a branch, while I was asleep,

I lied; for I swear if I loved Him,
Not the pigeon alone, but I too would weep;

I claimed to be lovesick, ardent lover for my Lord,
but I weep not, though animals weep.


And another one yang best:

Luqman Al Hakim advised his son saying, "O my son, Let not the cock be cleverer than you; it crows at dawn while you are asleep." 

Siapa yang lagi taat sekarang. Manusia ke binatang? Masing-masing jawab.




Hadiah dari Murabbi kesayangan :)


Buku ni sebak baca. Sebab terasa seolah olah Imam Al Ghazali cakap dengan kita. Buku ni sebenarnya nasihat dan pesanan Imam Al Ghazali pada anak muridnya. Anak murid Imam Al Ghazali minta nasihat daripada beliau, dan Imam Al Ghazali tulis surat pada anak murid tersebut... Maka, tulisan tersebut dibukukan dan dikongsi dengan orang ramai...

Saturday, April 6, 2013

Fluid Day

Gastroenteritis is not fun.
I feel bored resting and sleeping, but what else can I do...

Semalam ada I.C.E. Lebih kurang sports day lah. I was on duty yesterday for MedTeam. But sadly, it turned out that I was sick. Irony huh?
I feel bad towards Kak CTK, because I needed to rush back home. Dah lah tak cukup orang... Kesian mereka. I got nauseated after applying the muscle spray to injured contestant. I threw up ALL of my breakfast and dinner.. Sorry, I'm full of self pity. Not to that 'attention deficit' extend. 

Sekarang, masih feverish, cramps, and vomiting. Hilang 5 kg in 1 day. Ohhh! Hawa commented on how pale I look.

What a coincidence... SGD Medteam yang lepas, group kitaorang present pasal food poisoning and the main highlight was home made ORS. Minta tolong Hawa carikan ORS, and Aina suggested broad spectrum antibiotic (we second diagnosis of food poisoning case due to fever). Tapi malangnya, tiada ORS di farmasi and I forgot how to make the home made ORS as our team proposed on the presentation day.

Dan hari ini, hanya fluid je yang boleh masuk dalam mulut. No solid food. Na ah..

Tetibe teringat one of the episodes dalam Big Bang Theory portrayed The Soft Sheldon demanding soup and singing Soft Kitty.

Leonard: Drink plenty of fluid.
Sheldon: Yeah. What else should I take? Solid? Gas? Ionized plasma?
Biasalah, tengah sakit memang vulnerable. Haha! I can't believe Sheldon turned out that way! Singing Soft Kitty song. But still, his sarcasm remained...

Semoga esok lebih baik.

p/s: Rasa bosan sangat sebab tu mengarut dalam blog. Yalah, technically memang takde energy nak buat apa-apa.

*ORS - Oral Re-hydration Solution

Thursday, March 28, 2013

Subuh Semalam

Subuh semalam berselang azan,
Ku lihat susuk tubuh gelandangan,
di padang rumput milik Tuhan,
berbumbung langit, beralas lengan,
lena meringkuk dalam kesejukan.

Subuh semalam berangin dingin,
Deras pantas si rajin,
Mengatur perhiasan tangan di atas papan,
Mencari punca suapan tanggungan.

Subuh semalam terbit bingit,
di kala burung belum mencicip,
Suara jerit pekik,
Bak halilintar dan petir.
Barangkali hingga tekak jadi perit,
Berbalah dan menyalah takdir.

Panggung manusia melatar dunia,
Ada suka, tangis dan duka.
Di sebalik ruang konkrit,
Aku intai kehidupan dan lakonan,
Yang berpura-pura atau betul-betul berusaha.

Saat lakonan terhenti dan mati,
Kita pulang bertemu Tuhan,
membawa bekal ke kampung abadi,
Samada dosa atau pahala,
Menjadi lara atau bahagia.

Masih belum selesai menjuri puisi. Inilah penangannya, terngiang-ngiang puisi siang dan malam. Minta-mintalah siap malam ni, esok nak cuti!!

Thursday, March 21, 2013

Seni Warisan

Nasib jadi juri. Syok-syok baca dan marking puisi orang, tapi diri sendiri tak boleh berseni kata. (bajet!) Jadi aku tulis jugakla sempena i-Fest. Tema Palestin. Tajuknya: Dewasa Anak-anak Aqsa.

Suara teriak anak kecil,
Memanggil tubuh kaku tak bernyawa,
Diragut rakus tangan pendosa,
Tangis berselang sendu,
"Duhai ayah, duhai bonda!"

Hai anak-anak Aqsa!
Orang tuamu pulang ke syurga!
Berhentilah menangis wahai adinda,
Penamat bahagia menanti mereka.

Anak-anak kecil di sana,
Mengutip batu kerikil,
Menjadi peluru dan senjata.
Gemerincing uncang batu,
Detik abadi tiba buat mereka.
Sedang aku menghadap buku dan pena,
Masih leka dan bermain di mimpi dunia.

Bilakah pejuang akan bangun?
Tidakkah banyak resolusi dilantun?
Hingga penat si katib mencatat
isi debat di sidang mesyuarat?

Berhenti mengampu dunia!
Tidakkah kalian cemburu rasa,
Perihal dewasa anak-anak Aqsa?
Api jihad marak di jiwa!

Mari kumpul kudrat dan suara,
Bersama asah otak geliga,
Perhebat senjata dan juga doa,
Kita ranapkan benteng musuh durjana,
Biar bebas bumi Aqsa,
Sejauh ufuk cahaya merdeka.

Tiup semangat membara,
Semarak angin sejahtera,
Biar bahagia kemudi bahtera.

Aku bukannya boleh menulis sangat pun. Feel pun kadang-kadang tiada. Bahasa pun main taram je. Tapi membaca dan menulis puisi ini best, sebab kita boleh bercerita sambil berselindung. Tak expose semua benda. Orang-orang yang berfikir akan dapat maknanya.
Al-Quran pun sebaik-baik puisi dan kata. Jadi rajin-rajinlah baca dan fahami Al-Quran.





Friday, March 15, 2013

Kelopak Kuning

Si guru blindfold mata anak muridnya yang kesedihan.
Perlahan lahan dibawanya pergi.
Sampai di destinasi, si guru membuka ikatan mata pada anak muridnya.
Mereka di ladang bunga matahari. Bright and beautiful.
Kata si guru:



"Did you know why the sunflower is called a sunflower?

It's because it always blooms towards the sun.
When the sun goes east, it faces to the east. When the sun goes west, it faces to the west.

It's a flower that looks for the sun and blooms. It blooms as a smiling yellow flower everyday.


So if you are having a bad day, you can come here and talk to the sunflower everyday.


Then you'll be fine."


Sejak daripada itu, aku jatuh cinta pada bunga ini.  Itu scene drama Great Teacher Onizuka kalau tak silap. Kecik-kecik dulu rajin tengok. Tapi benda yang aku paling ingat sampai sekarang, scene sunflower itu lah. Rasa lapang dan semangat tengok scene tu. Terharu pun ada.
Mula dari situ aku reti lah sikit hargai sunflower ni.

Memang Sunnatullah, warnanya kuning dan ceria, saiznya besar, memberi aku semangat. Fuh! Dugaan dan ujian banyak betul akhir-akhir ni. Nama arabnya 'Abadi Shams. Aku pinjam semangat kau ya, duhai bunga matahari :)



Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami, serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu dustakan. 

Surah Ar Rahman 12-13


Walaupun, hidung aku gagal detect bau bunga ni (tak sure ada bau ke tak), kewujudan bunga inilah antara nikmat yang aku suka dan syukuri. Belajar hidup dari alam, dari sunnatullah.

Maka dengan duit yang ada, pantang nampak sunflower terus cekau dua tiga batang. Rare nak jumpa sunflower dalam kedai bunga. Jadi lepas ni, kalau ada yang berkira-kira nak bagi bunga pada aku, boleh lah cari si bunga Matahari ye. Aku tak mahu Rose (haha demand!)


Ah, aku mula risau bila kelopaknya satu-satu gugur. Nampaknya, balik Malaysia, beli rumah dan tanam pokok Matahari banyak-banyak.

*edited*

Tuesday, February 26, 2013

Muka Tembok


Akhir-akhir ini selalu memilih jalan yang extraordinary sedikit.
Solusi yang biasa-biasa terlontar oleh orang-orang luar, tak kena pada situasi diri.
Atau sebenarnya, diri ni yang degil dan keras kepala sedikit.

Makanya. pilih untuk bersendiri di jalan yang orang jarang pilih. Ala-ala The Road Not Taken.
Tapi, cubaan menjadi minoriti bukan senang. Mana nak cekau courage entah!

Risiko kegagalan, risiko ketakutan bersendirian sampai ke hujung jalan bermain di kepala.
"Life is real," pesan ibu. Bukan suka-suka. Bukan main-main.
Jadi, perlu siap siaga dengan keputusan nanti.

Ah, budak muka tembok memang begitu! 
Semoga Allah mudahkan :)


p/s: Esok lusa dah masuk bulan Mac. Akhir bulan Mac sudah nak end round.  Nampaknya tahun 4 hampir tamat... Cepatnya masa berlalu!

Thursday, February 21, 2013

Fateh

Ustazah: Kalau ibu bapa kamu nak kahwinkan kamu dengan anak Pakcik Ahmad, tapi kamu nak kahwin dengan anak Pakcik Soleh. Kamu nak buat apa?

Dengar je soalan ni buat masing-masing tersipu dan keseganan nak menjawab. Suasana kelas, dikira sebagai suasana formal. Kebiasaan topik kahwin ini memang membuatkan suasana hiruk pikuk dengan gosip sana sini. Tapi topik ini jadi topik muhadasah (perbualan) arab. Kekok nak menjawab dalam suasana kelas, di samping keterpaksaan kononnya 'menetapkan' pilihan hati di hadapan kawan-kawan.

Pilihan saya adalah pilihan hati. Anak Pakcik Soleh. Tapi ustazah cuba defend anak Pakcik Ahmad, katanya anak Pakcik Ahmad cerdik, kaya, kacak, bergaya, katang, dan jujur. Goyah!
Anak Pakcik Soleh kurang kaya, kurang kacak, kurang bergaya, kurang katang, segalanya kurang jika dibandingkan dengan anak Pakcik Ahmad.

Jawapan final saya: Kena solat istikharah dan solat hajat dahulu. Tapi kalau boleh mahu pilihan hati juga.

Ustazah balas, anak muda memang fikir hati dulu. Orang tua fikir kehidupan kemudiannya. Tak mahu anak hidup susah, tak cukup makan, miskin dan lain-lain. Tapi kalau kita tak suka dia, memang susah nak hidup dan berkomunikasi. Kena ada satu meeting point antara pasangan, dan pada saya point itu adalah tujuan hidup: hidup bertuhan. Kalau perkara kecil kita susah nak berlapang dada dengan pasangan, apatah lagi perkara besar? Itu penting hati dan perasaan juga bila nak kahwin ini.

Muka memang dah panas bila terpaksa jadi terbuka macam tu. Malu, segan, dah la takde pengalaman.
Ikut hati memang nak jawab, "Saya tak tahu! Takde pengalaman lah..."

Ustazah macam faham je monolog hati. Pesan ustazah, "Kamu tak boleh kata kamu tak tahu. Kamu kena fikir. Kamu kena terbuka. Kalau saya ada masalah, kemudian saya minta pendapat kamu. Tapi kamu jawab tak tahu. Memang kamu tiada pengalaman dalam bab kahwin, bab cerai, bab tarbiyatul awlad, tapi sebagai seorang Muslim, kamu tak sepatutnya menjadi seorang yang tak kisah dan tertutup. Jadi terbuka!"



Point ustazah adalah sikap keterbukaan dalam memberi pendapat dan berfikir. Jangan hanya jadi tukang angguk dan tukang geleng.

Nota bahasa: Fateh bererti buka dalam bahasa Arab.

Thursday, February 7, 2013

Wangi



Semerbak bau mengharum,
Titis-titis rindu mengembun,
Jatuh memecah jiwa rapuh.

Yang nyata,
Pendosa seperti aku juga perindu,
Perindu belasan dan syurgaNya.

Maqam Nabi Yusha' bin Nun. Tergamam melihat kepanjangan kubur ini...


Maqam nabi Allah, Nabi Syua'ib A.S.

Maqam Abu Ubaidah Ibn Al Jarrah.
Salah seorang sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah.


Maqam Mu'az bin Jabal

Maqam Zaid bin Harithah. 



Banyak lagi maqam yang dilawati sebenarnya. Tapi maklum sahajalah Internet seperti kura-kura, tak mampu berlari seperti Jaguar. Maka ini sahajalah yang larat utk di uploadkan. Antara maqam lain yang kami pergi Maqam Saidina Jaa'far bin Abi Talib (bapa saudara nabi), Maqam Shurahbil Ibn Hasana, Maqam Dirar Al Azwar (saudara lelaki Khawlah Al Azwar) dan Maqam Amar bin Abi Waqas.

Semerbak bau wangi. Anugerah Allah untuk mereka... Semoga kita tergolong sama. Amin.

Saturday, January 26, 2013

Extra Hours

I've been running here and there siang tadi. Full of self-pity. I'm tired.

Hari ini ada seminar PERUBATAN. It was fun, informative, interesting, and happy to see beloved faces :) Thank you doctors!
Tapi terpaksa ponteng sesi petang. I'm not proud of it, tapi I did that. Terpaksa!

Hehe, malas sejak cuti ni. Kerja bertimbun sejak ditangguh-tangguh. So pressure build up, and hempap me.

Bakal musafir ke Jordan, lusa. Dan luggage beg masih di atas almari, collecting dust. Kamera menunggu untuk di charge, duit tak tukar lagi, baju tak basuh-jemur-lipat-packing lagi, snacks tak beli lagi, bilik tak kemas lagi, report tak siap lagi. And saya ada esok sahaja untuk selesaikan semuanya. Seminar berbaki sehari lagi - esok! Oh, semuanya menunggu esok!

Tapi, malam ini masih bermalas-malasan (rehat sebenarnya) di atas katil. Tension headache selepas hari yang hectic dan serabut. Pergi jumpa Dr Zaid, cabut lower jaw braces and got the transparent plastic-made retainer for it. As usual, spent more time waiting rather than actually seeing the doctor. =.='

Quite upset with my money management skills. Oooh duit keluar memang laju seperti air terjun. Hampir sifar. :O Sudah mula cuak memikirkan masa depan yang terumbang ambing. Diet dan puasa sahajalah. Jangan ajak saya makan luar. Nak belanja tak apa.... Hehe!
Terasa menyesal sebab duduk belakang dalam dewan tadi. Kalau tidak, mesti boleh berlari dapatkan 50 USD yang Mr. Amin offer tadi... Maka, benarlah katanya "Opportunity sometime comes once." Orang lain cekau dulu.

I talked about myself a lot today. Better stop bebel right now, before exposing too much... ^^''
Semoga esok hari yang bahagia, ceria dan tenang buat semua.

Esok seminar lagi. Tajuk pun power, presenter pun mantap! Semoga beroleh manfaat dan impak :D
Dan, doakan permusafiran saya dipenuhi barakah, ibrah dan salamah!

Esok masih 24 jam sehari. Tiada extra hours. Manfaatkan masa.

p/s: Mesir sudah mula cuti winter. Cuti target nak habiskan 2 buku. Agak-agak possible tak? Haha sejak berjaya menghabiskan buku novel yang dipinjam sejak 2 tahun lepas, semangat pulak nak membaca yang lain. Hehe.. Semoga tidak seperti melepaskan batuk di tangga. 



Ini sebenarnya batok. Dulu2, sebelum naik rumah kena basuh kaki pakai batok. Certain orang dia malas, lepas guna campak je batok ni kat tangga. So dari situ datangnya peribahasa tu...




Melepaskan batuk di tangga bukan begini ya maksudnya :D



Friday, January 11, 2013

Beku

Beku!


Tiada salji, tapi cukuplah dengan kebekuan yang melanda ini.

Cenderung berselimut setiap masa. Sudahlah tiada heater, konon mahu berjimat dan kawal perbelanjaan.
Elmo dan Lily pun kerjanya berlingkar setiap masa. 

Back in October, Elmo was smaller than Lily.
Otak pun beku juga musim-musim begini. Fokus terbatas sebab sejuk sangat. Cuba duduk menghadap buku secara statik, mengumpul haba tapi sejuk lagi mencengkam rupanya!


Sudah Tuhan lagi tahu apa yang kita mampu. Ada hikmah aku bukan di situ, tempat yang aku mahu.

Sedang cuba belajar Community Medicine dengan riang dan gembira. Khabar yang didendang, memang tak sedap ditelinga. Katanya Community Medicine antara subject killer dan juga subjek tercorot dalam carta favourite saya :(

Cubalah buat paksa suka, lama-lama nanti jatuhla cinta.
Ahh! Tapi hati mana boleh paksa paksa T______T

Ada end round exam 16 Jan ni. Doakan saya jadi super rajin!

Janganlah sombong sangat dengan bidang ilmu ini, nanti bahana!


Eh eh, tapi Commed ni seronok je sebab ada visit. :)
Our last Commed Visit: Rural Visit 2.0
ihsan gambar: Afif Fahim
p/s: Unstable. Doakan!