Kadang-kadang kita berubah.
Kadang-kadang perubahan yang baik, kadang-kadang tidak.
Ada perubahan yang kekal, ada perubahan yang sementara.
Kadang-kadang kita tak sedar pun kita berubah, tapi orang sekeliling kita perasan. Kenapa?
Itu tandanya kita wujud dalam hidup mereka.
Itu tandanya kita hidup dalam dunia mereka.
Itu tandanya mereka kisahkan kita.
Kalau kamu gembira, saya pun gembira.
Kalau kamu risau, saya pun risau.
Kalau kamu sedih, saya pun sedih.
Kalau kamu murung, saya pun murung.
Ya, saya tahu hidup ini bukannya senang. Everything ada up and down.. Allah turunkan ujian nak tengok tahap sabar kita. Nak tengok macam mana reaction kita. Manusia mana yang tidak ada ujian? Nabi Muhammad pun ada ujian. Apatah lagi kita umat dia...
Ujian mungkin datang dari segi masa, wang, harta benda, nyawa, kesihatan.
Yang kaya mungkin banyak tanggungjawabnya. Ujiannya adalah memberi.
Yang miskin mungkin mewarisi susah. Ujiannya kena berusaha.
Yang sihat tapi sakit di dalam. Ujiannya menerima. Menerima takdir.
Dan yang penting kita kena sabar dan redha. Bukan pasrah sahaja.
Ujian adalah tarbiyah. Kenapa?
Tarbiyah supaya kita berubah kearah lebih baik. Ujian tanda Tuhan sayangkan kita. Ayat-ayat yang selalu saya guna pujuk adik-adik, "Sabarlah dengan ujian. Kalau sabar, dapat masuk syurga. Ujian tu bonus bagi orang-orang yang sabar. Kan Allah dah cakap yang DIA selalu bersama orang yang sabar!"
Kalau kita pandang ujian itu sebagai benda yang negatif, negatif lah natijahnya. Cuba kita pandang ujian itu satu peluang. Allah bagi kita peluang baiki diri. Tanpa masalah, kita tak akan berusaha membaiki diri. Kita akan biar masalah itu di takuk lama. Terbiar dan tak terbela. Dan akhirnya masalah itu menggunung dan apa yang kita buat tidak lain hanya merungut dan membuat pembaziran hati dan rasa. Geram, sedih, marah, kecewa, terkilan! Lihat sahajalah pada inovasi dunia...
Agak-agak ada tak orang nak cipta telefon kalau bukan susah nak komunikasi dengan orang jauh? Ada tak orang nak cipta lampu kalau tak tahan balamnya cahaya lilin? Ada tak orang nak cipta mee instant, kari instant kalau orang tu takde masa or tak reti masak? Ada tak orang nak cari penawar kanser kalau bukan kerana merananya sakit?
Ini usaha untuk berubah. Berubah untuk jadi lebih baik.
Ujian sentiasa datang. Kita tak boleh nak kata kita ni penyabar orangnya selagi ujian tak datang pada kita. Yelah macam mana nak tahu orang tu terer ke tak selagi tak tengok dia fight kan?
Setiap kali ujian datang, saya harapkan perubahan. Yang baik dan yang kekal. :)

Revive the spirit. Don't wilt!

Sesungguhnya orang-orang yang berkata tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir dalam diri mereka, dan mereka tidak pula bersedih hati. Mereka itulah penghuni syurga, kekal di dalamnya, sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.
Surah Al Ahqaf, Ayat 13 dan 14